Thursday, June 30, 2022

Menu Oishii Jepun Dari MARRYBROWN

Hi Korang,

Jom citer pasal makan-makan lagikkk

Marrybrown, rangkaian makanan segera Halal tempatan terbesar yang mana Marrybrown kini mempunyai 500 buah restoran di 16 buah negara di Malaysia, kini membawa peminatnya pada hidangan yang cukup istimewa yang sememangnya 'something different' bersempena dengan kempen Around the World'. 


Kali ini diinspirasikan dari negara matahari terbit, Jepun!- Jepun ialah destinasi keempat hidangan bertemakan Marrybrown's Around the World

Kenalkan menu terbaharu mereka Marrybrown Oishii Jepun. Menu ini telah dilancarkan pada 23 Jun 2022.

Dato' Joshua Liew (center), Chief Executive Officer of Marrybrown merasmikan Hidangan Marrybrown Oishii Japan

Menurut Dato' Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown;
Jepun mempunyai pelbagai jenis makanan lazat yang menyelerakan untuk memikat hati anda. Ciri-ciri makanan Jepun boleh dikatakan hampir serupa dengan masakan Malaysia, dimana kedua-duanya sedap, segar, lengkap dan unik bagi setiap hidangan. Itulah sebabnya rakyat Malaysia mudah menerima makanan Jepun dan berasa amat selesa dengan hidangan dari negara matahari terbit itu. Oleh yang demikian, kami tidak sabar untuk memperkenalkan menu Oishii Japan kami yang unik namun sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia.

Uniknya Marrybrown Oishii Japan ini ianya didatangkan dengan sos Teriyaki yang rasanya manis-manis memikat dengan kepedasan wasabi. Ianya "sesuatu yang berbeza" untuk rakyat Malaysia namun tetap memikat selera.



Selain itu keunikan Marrybrown Oishii kita boleh dilihat pada warna roti (bun) berwana merah jambu. Begitu juga dengan air minuman yang diperkenalkan iaitu air Sakura Fizz. Yang mana ianya menggambarkan keindahan pokok bunga sakura.

Peminat MB boleh membayangkan diri mereka berada di ladang bunga Sakura ataupun di bandar Tokyo yang meriah apabila menikmati hidangan yang punyai rasa teriyaki wasabi yang unik, begitu juga dengan roti Oishii Burger berwarna merah jambu serta ketika menghirup minuman Sakura Fizz.


Menu OISHII JAPAN

Ada 4 Set Menu OISHII JAPAN di Marrybrown :


2-pcs Oishii Chicken (Combo)


Kombo 2 Ketul Ayam Oishii
2 ketul Marrybrown’s Crispy Chicken di hidangkan bersama potato wedges dan air Sakura Fizz. Dan juga sos teriyaki + wasabi.


Oishii Rice Bowl

Kombo Oishii Rice Bowl
Peminat nasi. Korang boleh pilih set ini.
Set ini didatangkan bersama potongan Marrybrown’s Crispy Chicken diselaputi sos teriyaki Wasabi, nasi dan air Sakura Fizz



Oishii Box Meal

Marrybrown’s Oishii Box Meal
Kalau teringin nak cuna burger dan ayam, Boleh ambil set ini yang didatangkan bersama Oishii Burger, 1 ketul Marrybrown’s Crispy Chicken , Potato Wedges dan air Sakura Fizz


Oishii Burger (Combo)

Kombo Burger Marrybrown Oishii
Set burger Oishii bersama Potato Wedges dan air Sakura Fizz. Ahem. Roti (bun) warna merah jambu yang sangat comel.

Apa macam, menarik kan!!!

Untuk Rice Bowl harga bermula dari RM12.90 yang mana ayam disaluti dengan sos teriyaki wasabi diinikmati bersama nasi dan juga sedikit sayuran. Begitu juga dengan kombo 2 ketul Ayam Oishii bersama potato wedges dan ais Sakura Fizz, harga yang ditawarkan bermula dari RM20.50.

Jemu dengan ayam, bolehlah mencuba Burger Oishii, patoto wedges dan Sakura Fizz, pada harga ditawarkan bermula dari RM15.30.

Jika keliru hendak mencuba yang mana satu, saya syorkan anda mencuba Marrybrown's Oishii Mox Meal yang didatangkan bersama Oishii Burger, 1 ketul Ayam Oishii, potato wedges dan air minuman Sakura Fizz yang ditawarkan pada harga bermula RM23.90.



Untuk maklumat lanjut mengenai menu terbaru Marrybrown, hidangan Around the World, applikasi MB, promosi dan perkhidmatan penghantaran boleh layari:-




Tuesday, June 28, 2022

Menu Serba Baharu Daripada Jackson’s Fried Chicken

Hi Korang,

Jika ada satu perkara yang rakyat Malaysia benar-benar suka, sudah semestinya makanan!


Juga tidak salah jika dikatakan, makanan yang paling digemari ramai ialah ayam goreng rangup yang penuh berperisa. Dengan harapan untuk memenuhi cita rasa rakyat Malaysia dan meraikan rasa cinta terhadap kepelbagaian makanan tempatan, foodpanda kini menawarkan menu yang cukup sempurna dan serba baharu yang menyajikan ayam goreng yang cukup lazat.

Walaupun Jackson’s Fried Chicken bukanlah restoran hidangan ayam goreng yang baru, namun ia masih lagi yang terbaik. Beroperasi sejak 2020, Jackson’s kini telah mengorak langkah dengan membawakan lebih banyak lagi hidangan citarasa tempatan ke dalam segmen perkhidmatan makanan segera. Menu baharu dan ditambah baik itu menggabungkan hidangan tempatan yang digemari ramai seperti Nasi Lemak dan pelbagai pilihan pencuci mulut yang pastinya memikat selera korang.

Eh betul korang tak kena tipu hah!!


Dengan hasrat untuk mengangkat hidangan ayam goreng ke satu tahap yang lebih tinggi, Jackson’s menggabungkan ayam goreng rangup dan lazat mereka dengan hidangan kebanggaan rakyat Malaysia, Nasi Lemak yang enak lagi beraroma! Para pelanggan kini boleh menikmati Nasi Lemak dengan Jackson’s Popcorn Chicken, sama ada yang berperisa asli atau perisa pedas berapi! Memang sumpah sedap!


Walaupun bukanlah hidangan tempatan, namun kentang wedges rangup berkeju yang digemari ramai adalah antara penambahan terbaharu di dalam menu Jackson’s. Dilimpahi dengan sos keju yang enak, ianya pasti merangsang selera korang. 


Bukan setakat itu sahaja, satu lagi hidangan tempatan iaitu Bubur Ayam turut dimasukkan ke dalam menu Jackson’s Fried Chicken. Hidangan yang menyelerakan ini, digabungkan dengan ketulan ayam rangup menjadi satu hidangan sempurna yang mampu menenangkan jiwa. Bubur yang dimasak sempurna ini juga boleh dinikmati sama ada dengan ketulan ayam rangup berperisa asli atau pedas.

Nikmati Double Chocolate Muffin yang pasti cair di dalam mulut anda. Muffin istimewa ini padat dengan cip coklat dalam setiap gigitan dan tiada yang lebih sedap berbandingnya. Selain daripada itu, pelanggan juga boleh memilih Banana Chocolate Chip Muffin, satu kombinasi klasik yang memberikan keseimbangan rasa pisang dan coklat yang sempurna.

Ada banyak lagi! 


Biscoff Baked Cheesecake adalah salah satu daripada menu baharu yang pastinya akan merangsang deria rasa anda. Ia sememangnya seperti yang diimpikan oleh semua penggemar biscoff. Akhir sekali, nikmati keenakan Burnt Cheesecake yang pastinya akan membuat anda ingin cuba lagi.

Jangan berlengah lagi! 


Pesanan boleh dibuat menerusi foodpanda dan pastikan korang tidak lupa untuk melihat menu baharu yang disediakan di sini!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Jackson’s dan penawaran terbaharu mereka, sila ikuti Instagram mereka juga!


Monday, June 27, 2022

Pelancaran Lagu dan Video ‘Mudahnya Berzakat’ Kolaborasi Omar dan Hana Bersama PPZ-MAIWP-

Hi Korang,

Siapa tak kenal dengan Omar dan Hana!!

2 karektor kartun Omar dan Hana, dua anak kecil yang comel dengan keletahnya, bijak dan suka bertanya, kini mendapat tempat di hati anak-anak sekali dan kini kartun animasi Omar dan Hana telah berkolaborasi bersama dengan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah melancarkan lagu yang bertajuk "Mudahnya Berzakat".


Jika selama ini Omar dan Hana cukup dikenali sebagai animasi yang menyajikan cerita dan lagu-lagu tauladan seperti cerita sahabat nabi, solat, puasa dan pelbagai lagi. Kali ini pihak Digital Durian telah berkerjasama dengan pihak PPZ-MAIWP bukan sahaja menghasilkan lagu bahkan video digital "Mudahnya Berzakat". Satu inisiatif yang hebat bukan sahaja dapat menarik perhatian anak-anak kecil bahkan para ibu bapa juga tentang kewajipan berzakat.


Apatah lagi sekarang ini pihak PPZ-MAIWP sendiri menyediakan pelbagai saluran memudahkan masyarakat Malaysia untuk mengeluarkan zakat. Antaranya seperti melalui:-

10 Kaunter PPZ-MAIWP

Sepuluh kaunter yang dibuka dari Isnin hingga Jumaat di seluruh Wilayah Persekutuan dan waktu operasinya adalah dari jam 8.15 pagi sehingga 4.45 petang. Manakala 8.15 pagi hinga 12.45 tengahari, hanya dibuka pada minggu 1 dan minggu 3 untuk dua hari hujung minggu Sabtu dan Ahad.


Skim Potongan Zakat Bulanan (PZB)

Cara ini paling mudah, dimana bayaran zakat secara berjadual dan konsisten melalui potongan gaji. Kita boleh daftar Skim PZB melalui laman web ptg.zakat.com.my. PPZ sendiri memang menggalakan masyarakat Islam membuat potongan berjadual melalui skim ini. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.zakat.com.my

Perkhidmatan Kaunter Zakat Digital (KZD)

Pembayar zakat boleh berurusan tanpa perlu ke mana-mana kaunter dengan cara membuat temujanji yang diselia oleh pegawai zakat PPZ-MAIWP sehingga selesai proses pembayaran zakat. Temujanji boleh dilakukan melalui myteujani.zakat.com.my

Perkhidmatan Door to Door

Ini merupakan perkhidmatan khas yang mana pembayar zakat ingin mendapat layanan secara esklusif, lebih personal atau mempunyai kekangan masa untuk ke kaunter. Pembayar boleh menggunakan perkhidmatan Ride2U dan juga Kaunter Zakat Bergerak (KZB). Tempahan boleh dibuat di 1300-88-5757. Waktu operasi dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Bayaran melalui portal rasmi

Ini terutama zakat harta boleh dibayar melalui portal rasmi zakat.com.my

Ejen Kutipan Zakat

Kita juga boleh mebayar melalui perbankan internet. Ada 15 bank yang boleh kita pilih. Ataupun melalui e-wallet samada Boost, Shopee dan GoPayz.

Aplikasi MyZakat

Kini lebih mudah dengan adanya aplikasi MyZakat. Pembayar boleh kira, bayar dan semak penyata zakat. Boleh muat turun MyZakat menerusi Google Play Store dan juga Apple Store.


Majlis Pelancaran Lagu ‘Mudahnya Berzakat’ Di Aeon Alpha Angle, Wangsa Maju.


Kak liy bersama rakan-rakan lain berkesempatan untuk menyaksikan sendiri majlis pelancaran lagu ‘mudahnya berzakat’ bersama-sama team PPZ-MAIWP dan juga karektor Omar dan Hana itu sendiri dan di sertai jugak dengan karektor Ustaz Amin.



Pelbagai aktiviti menarik di sajikan seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, kuiz mudah dan juga nyanyian bersama-sama kanak-kanak yang berkunjung ke roadshow ini.

Melalui pengenalan lagu "Mudahnya Berzakat" sememangnya dapat melahirkan generasi muda yang celik zakat dan secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan kutipan zakat untuk disalurkan pada mereka yang memerlukan seperti golongan asnaf.

Sebenarnya berzakat tidak hanya untuk orang dewasa sahaja, bahkan kanak-kanak juga tidak terkecuali.



Cuma dalam kewajipan menunaikan zakat haruslah menepati syarat zakat iaitu cukup haul dan nisab. Zakat ke atas kanak-kanak wajib ditunaikan oleh ibubapa/penjaga kanak tersebut.

Untuk info lanjut sila ke www.ppz.com.my


Sunday, June 26, 2022

Premium and Affordable Creamery Butter, Mega Food Butter launches in Malaysia

Hi Everyone,

Mega Food, part of SCC Marketing, announced its newest Mega Food Butter as a price-conscious alternative for discerning Malaysians who do not compromise on taste and quality. Established in 2003, SCC Marketing is one of Malaysia’s market leaders for FMCG products such as Bundaberg, CED, Mega Fresh, Selva and more.



Originating from Denmark, Mega Food Butter stands out amongst other brands with its desirable trait of containing over 80% pure butter fat content. Mega Food Butter’s high butterfat content in milk has a softer, smoother, melt-in-your-mouth texture without feeling greasy.


Made from pure cream of fresh cow’s milk, Mega Food Butter is a creamery butter free from flavouring and the fermentation process of lactic butter, which contains lactic acid and a tangy flavour. Its rich golden colour is free from preservatives and colourings, making it nutritious, natural and healthy. In addition, its high butter fat content means it cuts clean when sliced, whereas compared to other brands with lower butterfat, butters often crumble. Mega Food Butter also contains vitamin D, a vital nutrient for bone growth and development. It also has calcium, which is essential for bone strength.

A recent taste test showed almost 80% of the tasters preferred the richer flavour and price of the Mega Food Butter over competitors.

“Chefs, avid or new, home cooks can look forward to highly moist butter, which allows for smoother incorporation of flavours in cooking recipes and a milky, sweet flavour that enhances baking recipes or when used on its own as a spread,” says Brian Chan, Head of Food Service, SCC Marketing.

He adds, “Mega Food Butter is perfect for any occasion in the kitchen, from baking to cooking, as a spread or just about anything you want to make in the kitchen.”

The market for dairy products, such as butter, has increased with the growing number of bakers, chefs, and businesses who have sprung up cooking during the lockdown. With a marked increase in consumer awareness, with more than 70%** of Malaysian families paying more attention to the amount spent on food, Mega Food Butter is responding to the market's rising demand for premium dairy products at affordable prices.

(L-R): Mr Ong Wui Chuan (Sales Director), Ms Looi Hooi Chin (Trade Marketing Manager), Ms Ann Lee Chooi Kin (Food Service Manager), Mr Brian Chan Lai Kian (Head of Food Service)

As part of Mega Food's growth expansion plan to increase its market share for its dairy product line established in 2019, Mega Food Butter is one of the first few products in its “Own Brand” line.



With a forecasted growth of at least 25% in the next three months, consumers can look forward to more product rollouts. Currently, Mega Food also distributes Mega Food Australian Cheddar Sliced Cheese.



"We are pleased to introduce Mega Food’s creamery butter to Malaysians because we believe anyone should be able to cook with the best ingredients and not be limited by cost. With this in mind, we set out to source from reputable farms and firms across the globe who share the same business philosophies and values - helping and inspiring Malaysians to get more out of life without the hefty price tag,” says Mr Ong Wui Chuan, Sales Director, SCC Marketing.




Beginning in June 2022, Mega Food Butter will be available in salted and unsalted versions in 250g in the butter aisle throughout the country at major supermarkets at the recommended price of RM12.50.

For additional information, recipes, cooking tips and more, please visit w w w.megafooddair y.com

Thursday, June 23, 2022

HDC Lancarkan Kempen "Jadikan Halal Pilihan Utama Anda" Bantu Tingkatkan Jualan Produk Halal PMKS

Hi Korang,

Tidak dinafikan di pasaran Malaysia terdapat begitu banyak jenama produk berstatus halal. Namun masih terdapat produk halal yang tidak mendapat liputan secara meluas hatta dikalangan penduduk Malaysia sendiri.

Menyedari tentang ini, Halal Development Corporation Berhad (HDC) telah melancarkan kempen “Jadikan Halal Pilihan Utama Anda”. Ianya merupakan satu program di bawah Inisiatif Bajet 2022 yang dilancarkan baru-baru ini dan kak lily berkesempatan untuk menghadirinya.



Sejumlah 500 usahawan halal dari sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) telah terpilih untuk menyertai kempen anjuran Halal Development Corporation Berhad (HDC). Kempan yang mendapat kerjasama secara proaktif daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui agensinya iaitu HDC dan juga Kementerian Kewangan (MOF) menerusi Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA).

Matlamat kempen ini adalah untuk membantu melonjakkan pertumbuhan industri Halal ke tahap yang lebih tinggi, dengan menyasarkan peningkatan penjualan purata syarikat halal PMKS yang difasilitasi antara 20%-30% sepanjang tempoh kempen dari April hingga Julai 2022.

Kempen ini terbahagi kepada dua kategori :-

1. Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS di pasaraya-pasaraya besar. Di mana HDC telah menjalinkan kerjasama dengan Lulu International Group dan Lotus’s Store (Malaysia) Sdn. Bhd. Kerjasama strategik ini akan menyaksikan kempen bermula hari ini (22 April) di semua cawangan pasaraya Lulu, manakala kempen akan bermula pada 28 April ini di semua cawangan Lotus’s di seluruh negara.

2. Program Penjenamaan Digital Produk Halal PMKS, akan melibatkan kerjasama dengan Food Panda Malaysia, penyedia platform secara dalam talian (e-commerce) dan logistik terkemuka, yang akan bermula dari 1 Jun hingga 31 Julai 2022.

Pelbagai promosi dan harga menarik ditawarkan di sepanjang kempen sekaligus mensasarkan matlamat kempen ini sendiri antara lain seperti:-

· Untuk meningkatkan capaian dan prestasi jualan.

· Bagi mengatasi isu jurang visibiliti produk halal tempatan yang bersaing dengan produk halal luar negara.

· Ke arah meningkatkan kapasiti dan keupayaan pengeluaran produk halal tempatan.


Majlis Pelancaran Kempen HDC "Jadikan Halal Pilihan Utama Anda"


Acara pelancaran kempen ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), dan turut dihadiri oleh YBhg. Encik Hairol Ariffin Sahari, Ketua Pengawai Eksekutif, HDC serta wakil-wakil pengurusan tertinggi MITI dan rakan strategik kempen.


'Saya menyeru agar semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam usaha memartabatkan industri Halal negara menjadi pusat Halal dunia. Kita perlu sentiasa bersedia dan sanggup meneroka peluang yang terbuka luas dalam industri Halal yang dijangka akan memberikan imbuhan serta pulangan yang cukup bernilai' kata Datuk Lokman Hakim.

Menurut beliau lagi, Saya percaya, Kempen Jadikan Halal Pilihan Utama oleh HDC ini, dengan kerjasama agensi swasta dan kerajaan, akan mampu memberi kesan dan faedah yang positif dalam meningkatkan produktiviti dan daya saing industri halal negara.


Peningkatan Eksport Halal

Di majlis yang sama, Datuk Lokman Hakim turut mengumumkan prestasi eksport Halal negara yang mencatat pencapaian memberangsangkan, di mana peningkatan sebanyak 19 peratus direkodkan bagi tahun 2021, daripada RM30.5 billion kepada RM36.3 billion. Peningkatan ini membuktikan kepentingan industri Halal terhadap ekonomi Malaysia.walaupun berdepan cabaran Covid19.

Dari segi sumbangan sektoral, sektor makanan & minuman Halal terus menjadi penyumbang utama kepada ekonomi halal Malaysia dengan nilai keseluruhan RM17.64 bilion, diikuti Bahan Halal RM13.49 bilion, Kosmetik & Penjagaan Diri RM2.44 bilion, Derivatif Minyak Sawit RM1.71, Kimia Perindustrian RM0.75 bilion dan Farmaseutikal Halal RM0.28 bilion masing-masing di tempat kedua hingga keenam. Bahan Halal dan Derivatif Minyak Sawit menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan masing-masing daripada RM8.83 bilion dan RM0.89 bilion pada 2020.

Sementara itu, China telah mengatasi Singapura sebagai destinasi eksport halal terbesar pada 2021 masing-masing sebanyak RM4.6 bilion dan RM3.7 bilion, diikuti Jepun, Amerika Syarikat dan Indonesia. Pelaburan langsung ke Taman-taman Halal di Malaysia pada tahun 2021 juga mencatatkan pertumbuhan sebanyak RM210 juta dari tahun sebelumnya. Ini menunjukkan tarikan industri Halal negara yang mempunyai potensi besar meskipun berdepan cabaran COVID-19 sejak tahun 2020.

Sejumlah 303 syarikat sedang beroperasi di kesemua 14 Taman-taman Halal bertaraf HALMAS di seluruh Malaysia, dengan 44 syarikat merupakan syarikat multinasional (MNC), manakala 259 syarikat adalah syarikat milik tempatan. HDC telah menetapkan sasaran yang tinggi bagi menarik dan menyepadukan sekurang-kurangnya 50,000 PKS ke dalam industri Halal Malaysia menjelang 2030. Peningkatan daripada permintaan global yang seterusnya meningkatkan aliran dagangan Halal antarabangsa dan Malaysia adalah berikutan daripada peralihan ke Fasa Endemik dan juga pembukaan sempadan antarabangsa yang bermula 1 April yang lalu.


Kempen "Jadikan Halal Pilihan Utama Anda" di Lulu Hypermarket


Lulu hypermarket turut sama menyertai kempen ini dengan membuka peluang pada pelbagai usahawan PMKS untuk memasarkan produk halal mereka di seluruh cawangan Lulu di Malaysia. Dari produk kering, sejuk beku dan masakan panas dari jenama halal di Malaysia ada ditawarkan di sini


Apa yang menarik bukan sahaja banyak pilihan, bahkan jika dilihat dari segi pembungkusan memang setanding dengan jenama antarabangsa lain di pasaran.






Produk yang sentiasa di cari pelanggan memandangkan ianya adalah barangan keperluan yang perlu ada di setiap rumah. Inisiatif untuk membawa jenama usahawan PMKS ini ke hadapan merupakan satu langkah yang besar bagi membantu negara dalam memacu ekonomi pada hari ini.

Apa yang lebih penting kualiti yang ditawarkan juga terbaik setanding dengan jenama lain yang sudah sekian lama popular.






Lebih membanggakan lagi, ada antara jenama halal PMKS bukan hanya mempunyai 1 produk bahkan terdapat begitu banyak produk dibawahnya. Ini membuka peluang yang lebih besar bagi syarikat ini untuk memasarkan produk mereka bukan sahaja di Malaysia bahkan ke seluruh dunia.



Jika korang datang membeli-belah di Lulu Hypermarket, nak dapatkan produk halal lihat sahaja pada label "Jadikan Halal Pilihan Utama Anda".

Jom sama-sama sokong produk halal dari Malaysia. 



Produk halal PMKS ini bukan sahaja ditawarkan pada harga yang berpatutan. Bahkan kualitinya memang terbaik dan boleh dibanggakan.



Wednesday, June 15, 2022

SAMBUT HARI BAPA DI NEGERI SELANGOR : 7 AKTIVITI PELANCONGAN TERBAIK YANG PASTI MENGGEMBIRAKAN HATI BAPA ANDA!

Hi Korang,

Meluangkan masa bersama bapa anda semasa Hari Bapa adalah kualiti terbaik yang boleh anda lakukan! Hargai jasa bapa anda dengan membawa mereka ke tempat yang menarik di Negeri Selangor ini. Hari Bapa jatuh pada 19 Jun setiap tahun, dan Tourism Selangor telah memilih 7 tempat secara rawak untuk anda menyambut Hari Bapa bersama bapa, ayah, abah, suami, datuk, atau apa-apa gelaran yang anda gunakan. ‘Pusing Selangor Dulu!’ bersama bapa anda sempena hari bapa ini!


1. Aktiviti Memancing dan Makan ‘Seafood’ di Jeti Sirip Biru, Bagan Lalang

Jeti Sirip Biru yang terletak di Bagan Lalang merupakan destinasi popular bagi penggemar makanan laut (Pusat Memancing Setempat). Kawasan ini menarik dalam kalangan bapa yang gemar memancing kerana menawarkan pelbagai pakej memancing antaranya laut dalam, memancing sambil memukat dan rumah rakit. Terdapat lebih daripada sepuluh rumah rakit tersedia di sini, tempat pemancing boleh bermalam bersama keluarga atau menyertai acara. Pengunjung boleh menginap dan bermalam di rumah rakit yang disediakan di tebing sungai sambil menikmati aktiviti memancing secara santai bersama keluarga dan rakan-rakan jika mereka ingin merasai suasana berbeza dan menemui ketenangan. Pakej yang tersedia juga menawarkan hidangan makanan laut yang sangat enak dan ‘fresh’. Pasti bapa anda berpuas hati!


2. Bermain Golf di Amverton Cove Golf, Pulau Carey

Hari Bapa ini, Amverton Cove adalah tempat yang sesuai untuk keluarga menghabiskan masa bersama sambil bapa bermain golf 18 lubang di padang golf yang memenangi anugerah. Kedua-dua pemain golf profesional dan amatur akan menikmati Padang Golf Amverton Cove. Dengan pantai, kolam, tasik, hutan bakau dan dedaunan yang subur, padang golf terletak dalam suasana yang indah. Hutan bakau mengelilingi enam lubang golf, dan laluan pejalan kaki yang memanjang ke belakang lubang 4 membawa kepada berjalan kaki sejauh 70 meter melalui hutan pasang surut.


3. Aktiviti Memanah di Stars Archery, Sunway Pyramid

Stars Archery ialah pengendali perkhidmatan aktiviti memanah jarak jauh tertutup terbesar di Malaysia, dengan matlamat untuk membawa dan menggalakkan orang ramai merasai pengalaman sukan memanah. Tarikan ini dapat menunjukkan kepada bapa dan keluarga anda tentang sukan memanah yang unik dan menarik. Mereka mempunyai tenaga pengajar memanah yang berkelayakan untuk membantu dan memastikan segala aktiviti yang dilakukan di sana selamat dan selesa. Sesiapa sahaja dari pelbagai peringkat umur boleh mencuba aktiviti memanah ini. Pemanah berpengalaman yang ingin menggunakan peralatan memanah mereka sendiri juga dialu-alukan untuk datang tetapi mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. Lebih daripada sekadar pengalaman memanah, ianya melatih untuk mengkoordinasi, anggaran, keupayaan kita untuk kekal tenang dan kesabaran semasa memanah.


4. Berlumba di Morac Go Kart Track, 1 Utama, Petaling Jaya

Morac Go Kart Track hanya 20 minit dari bandar dan terletak di kompleks beli-belah paling popular di Selangor, 1 Utama Shopping Centre. Terdapat banyak tempat letak kereta disediakan, serta lokasi yang indah untuk penonton dan peserta. Padang 420 meter direka supaya semua orang boleh menikmati karting tanpa teragak-agak. Morac Go Kart Track ialah trek kart yang menyeronokkan untuk seisi keluarga. Semua orang boleh menikmati masa yang selamat dan menyeronokkan memandu Sodikarts serba baharu mengelilingi litar. Morac Go Kart Track sesuai untuk seisi keluarga, termasuk kanak-kanak seawal tujuh tahun (Yang melepasi sekatan ketinggian mereka).


5. Makan Tengahari di House of Kambing, MAEPS Serdang

Kambing bakar terbaik di Lembah Klang boleh didapati di House of Kambing. Setiap makanan di menu dijamin sangat segar, kerana restoran ini mengkhususkan konsep "Ladang ke Meja". Keupayaan House of Kambing untuk menyediakan hidangan yang berperisa dan sangat murah menjadikan ia sebuah restoran yang unik. Penyediaan yang sangat baik, perapan, dan memasak kambing akan membuatkan anda inginkan lebih banyak lagi. Nasib baik, terdapat banyak hidangan lazat untuk dipilih. Nasi Kukus Kambing Bakar adalah hidangan istimewa mereka. Ia terdiri daripada satu hidangan kambing yang baru diperap dan satu pinggan nasi kukus.


6. Melawat National Automobile Museum, Sepang International Circuit, Sepang

Muzium National Automobile terletak di Welcome Centre International Sepang Circuit. Segmen pengenalan Muzium Automobil Negara, yang merangkumi sejarahpembangunan pengangkutan Malaysia dan kereta awal, dipamerkan di tingkat bawah. Brushmobile dan Ford Speedster adalah dua contoh kereta yang telah digunakan di Malaysia. Litar Antarabangsa Sepang ialah peringkat seterusnya, yang menganjurkan acara sukan seperti perlumbaan Formula 1, perlumbaan Siri Antarabangsa Super GT, dan perlumbaan MotoGP. DRB-Hicom, PROTON, BUFORI, MODENAS, dan PERODUA adalah beberapa syarikat Malaysia yang menyumbang dan menambah baik sektor automobil Malaysia. Pelbagai koleksi kereta dan motosikal syarikat dipamerkan.


7. Menginap sambil bercuti di Nafas Cube, MAEPS Serdang

Mengapa anda perlu merasai pengalaman NAFAS Cube @ MARDI yang terletak di MAEPS Serdang, Selangor sempena Hari Bapa ini? Untuk tetamu yang mencari lokasi percutian yang unik dalam masa yang singkat. Dengan penginapannya yang tersendiri dan selesa, NAFAS Cube menyediakan tempat percutian yang tenang jauh dari kesibukan bandar. Tapak itu, yang dikendalikan sepenuhnya oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), merupakan destinasi popular bagi pengunjung yang mencari pengalaman agro pelancongan yang unik dan mendebarkan. NAFAS Cube menawarkan bilik gaya hotel dengan konsep berasaskan kontena dan pembetung (paip pembetung konkrit). NAFAS Cube juga menyediakan konsep glamping, atau perkhemahan dengan pemandangan tasik yang indah, untuk individu yang menikmati percutian perkhemahan. Bagi mereka yang menggemari tempat penginapan jenis culvert dan tandas disediakan tidak jauh dari bilik.

Hari Bapa adalah sambutan hari yang istimewa yang tidak boleh dilupakan. Terdapat banyak aktiviti menarik untuk anda lakukan bersama bapa tersayang di Selangor. Apa yang kami cadangkan di atas ini adalah beberapa tarikan yang terbaik di Negeri Selangor. 

Dengan mengikuti idea ini, anda boleh menjayakan sambutan hari istimewa ini bersama bapa anda. Jika anda sedang mencari idea untuk sambutan Hari Bapa yang tiada dalam senarai kami, boleh merujuk kepada artikel dan direktori pelancongan kami di laman web kami atau laman media sosial rasmi kami. 

Jangan lupa untuk kongsikan tentang pengalaman #PusingSelangorDulu anda! Kongsi foto dan video anda bercuti di Negeri Selangor di Instagram, Facebook, Tiktok, dan Twitter dengan hashtag #PusingSelangorDulu, #SplendidSelangor, ‘tag’ kami!