Hi Korang,
Bertemu kembali di dalam entry makan-makan di blog www.ciklilyputih.com ek
Restoran lnColonial sebuah restoran chinese muslim friendly yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur ini menawarkan pelbagai masakan mengikut citarasa msyarakat cina Malaysia. Restoran yang telah beroperasi sejak tahun 2014 ini terletak di Intermark Mall dan dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.
Kak lily memang biasa area ini, perasan akan kewujudannya tapi tak berkesempatan untuk singgah kerana kalau waktu peak iaitu lunch and dinner memang senantiasa full house. Yelah The Intermark ini bangunan pejabat so memang sangat ramai orang di waktu-waktu kemuncak ini.
Kak lily amat gemarkan dekorasi didalam restoran memang sangat cantik, ianya berkonsepkan zaman kolonial satu masa dahulu. Susunatur seolah berada didalam sebuah koptiam yang esklusif memberi lebih keselesaan terutama bagi mereka yang datang sama ada bersendiri bersama keluarga mahupun berteman.
Restoran InColonial dimiliki oleh Kapten Jaffar dan isteri Puan Latifah yang merupakan seoarang juruterbang senior yang cukup berpengalaman. Beliau sehingga kini masih berkhidmat sebagai juruterbang bersama Singapore Airlines.
Untuk satu-satu masa restoran ini boleh menempatkan sehingga 150 orang. Dan jika korang mahukan ruang lebih privasi seperti makan besar bersama keluarga, terdapat 3 bilik yang menempatkan 3 meja bulat besar dengan dekorasi yang cukup istimewa.
Untuk memilih ruang makan esklusif ianya bergantung kepada kekosongan tempat memandangkan Restoran InColonial sering juga menjadi tumpuan untuk lokasi majlis keraian dan pertemuan. Memang sangat disarankan setiap pelanggan yang datang membuat temujanji terlebih dahulu. Namun begitu tiada masalah jika pelanggan datang juga secara walk-in, ada je tempat untuk korang tau.
InColonial merupakan restoran chinese muslim friendly yang dijamin menggunakan 100% bahan halal dan paling penting setiap hidangan yang disediakan adalah 'homemade' iaitu dari dapur sendiri.
Diketuai oleh seorang chef yang berbangsa cina dan dibantu oleh Chef Shamsul, seorang chef yang begitu banyak pengalaman didalam bidang penyediaan makanan dan kulinari.
Apa yang penting semua hidangan di Restoran InColonial ini disediakan secara 'fresh' dari dapur, teknik penyediaan juga adalah mengikut budaya masyarakat Cina Malaysia seperti penggunaan api besar bagi memastikan kualiti masakan yang disediakan adalah asli dari budaya masyarakat kita sendiri.
Hidangan Dim Sum Kegemaran Masyarakat Cina Malaysia
Di Restoran InColonial menawarkan pelbagai jenis hidangan masakan Cina Malaysia. Jika melihat pada menu memang hidangan yang ditawarkan sudah cukup banyak pilihan dan bervariasi. Antara hidangan yang sering menjadi kegemaran (signature dish) ramai seperti blackpepper chicken. butter chicken dan sup ikan (menggunakan isi ikan kerapu).
Namun begitu bagi memberi kelainan kepada para pelanggan, Restoran InColonial memperkenalkan hidangan dimsum sebagai antara menu baru. Dan kak lily sendiri telah mencuba dimsum dan beberapa hidangan lain yang memang direkomen sendiri oleh pihak chef yang katanya rasanya memang unik dan sangat sedap.
Untuk menu dimsum hanya ditawarkan dari jam 10.30 pagi sehingga 5 petang sahaja.
BBQ Chicken with cheese Pao, Custard Pao, BBQ Chicken Pao, Siew Mai, Har Gao
Pelbagai jenis minuman sejuk ditawarkan. Ada minuman buahan, sparkling dan sebagainya.
Terdapat juga latte, minuman teh dan pelbagai lagi Namun seperti biasa jika kita menikmati makanan cina, minuman teh panas adalah yang terbaik digabungkan bersama. Dan di InColonial terdapat pelbagai teh jenis teh cina yang ditawarkan samada kita mahukan yang teh lebih pekat ataupun yang lebih muda.
Ternyata InColonial merupakan restoran chinese muslim friendly yang bukan sahaja menawarkan persekitaran yang cukup selesa bahkan terdapat pelbagai pilihan masakan masyarakat Cina Malaysia yang cukup istimewa.
Tidak hairanlah restoran ini sering dikunjungi orang ternama dan selebriti yang ingin menikmati sendiri masakan masyarat Cina Malaysia.
Voucher Khas Untuk Korang
Kalau korang datang ke sini, boleh guna Promo Kod : InCoLily dan korang berpeluang untuk mendapat potongan sebanyak 10% daripada harga bil yang dikenakan.
Untuk pertanyaan dan RSVP: +6012 7849033
Jom kite ke :
Lot G13, The Intermark,
348 Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
Kalau ada occasion yang korang nak celebrate pun sesuai kat sini, yelah dalam city centre. Parking pun mudah.
So why not? cuba try dulu.
Lagipun payah kan nak cari kedai makan chinese muslim friendly ni, eh diorang menggunakan bahan-bahan yang halal ye so dont worry.
Boleh kot datang hujung bulan ni, makan besoooo...
No comments :
Post a Comment