Wednesday, May 18, 2022

Butik Kecantikan AINZ & TULPE Di Pavilion Bukit Jalil

Hi Korang,

Ainz & Tulpe (A&T) mengalu-alukan ketibaan para penggemar produk kecantikan ke gedung pertamanya di Asia Tenggara yang terletak di BUKIT JALIL TSUTAYA BOOKS di Pavilion Bukit Jalil. 


Dengan pembukaan rasminya pada 20 Mei, A&T bakal membawakan rangkaian produk kecantikan buatan Jepun yang terbaik ke gedung yang berkeluasan 3,569 kaki persegi ini.



A&T menawarkan 4,000 produk daripada 250 jenama unik Jepun yang tiba ke pasaran Malaysia buat julung kalinya, dan ia merangkumi produk penjagaan kulit, peralatan solek serta fesyen. Luangkan masa untuk mengenali dengan lebih dekat produk-produk yang ditawarkan dan bersedialah untuk A Time to Discover bersama A&T, bertujuan untuk membawa para pelanggannya dalam satu perjalanan penemuan diri bagi menyerlahkan kecantikan dalaman melalui produk-produk berkualitinya.


“Kami merasa teruja untuk memperkenalkan produk-produk kecantikan dan kosmetik buatan Jepun yang terbaik ke pasaran Malaysia menerusi gedung kami yang pertama di Asia Tenggara. Di A&T, kami percaya bahawa produk-produk kami adalah setanding, malah lebih baik berbanding dengan jenama penjagaan kulit dan kecantikan dari negara-negara lain. Ini terbukti dengan jumlah penggemar produk kami yang semakin meningkat. Kepada pelanggan setia kami, saya ingin ucapkan terima kasih kerana menjayakan pembukaan gedung ini dan kepada pelanggan yang baharu, marilah cuba produk-produk buatan Jepun yang telah dipilih dengan rapi, khas untuk anda. Matlamat utama kami adalah untuk membantu menyerlahkan kecantikan dalaman semua pelanggan kami dan saya berharap agar setiap orang dapat menemui semula versi terbaik diri mereka apabila menggunakan produk-produk daripada A&T,” kata Kimei Rieko, Ketua Pegawai Eksekutif AMC Retail Malaysia Sdn Bhd di majlis pembukaan rasmi gedung tersebut.

Beliau menambah bahawa gedung pertama di luar Jepun ini bakal membuka jalan kepada lebih banyak gedung-gedung antarabangsa di masa akan datang. Setakat ini, pelan pengembangan A&T merangkumi lima buah gedung lagi yang bakal dibuka di Malaysia dalam tempoh dua tahun akan datang. “Matlamat kami adalah untuk membawa A&T dari Jepun ke Malaysia. Ia bukan sekadar gedung dan produknya, malahan pengalaman yang menyeluruh dan suasana membeli-belah seperti mana di A&T Jepun. Kami ingin para pelanggan kami dapat menikmati pengalaman membeli-belah ala Jepun dengan sepenuhnya di Malaysia,” kata beliau.




Gedung ini juga berhasrat untuk memberi pendedahan kepada para pelanggan berkenaan trend kecantikan dan kosmetik terkini serta meningkatkan kesedaran berkenaan produk kosmetik Jepun yang serba ringkas dalam rutin penjagaan kulit. Dengan adanya bimbingan daripada pembantu-pembantu stor yang sentiasa bersedia untuk membantu, para penggemar kecantikan kini boleh mengetahui dengan lebih mendalam tentang pelbagai produk dengan rumusan yang unik dan tekstur lembut untuk memelihara kulit.

Antara jenama-jenama terkemuka eksklusif yang harus diberi perhatian adalah AYURA, LIPS & HIPS dan DAZZSHOP.


AYURA berjaya meraih anugerah-anugerah kecantikan dengan konsisten untuk produk-produk terlarisnya – AYURA Clear Refiner dan AYURA Balancing Primer, kini boleh didapati dengan mudah di gedung ini. Dipetik dari perkataan Sanskrit “ayus” yang bermakna kehidupan, jenama ini mempunyai matlamat untuk menyebarkan elemen positif dan harmoni antara insan, alam semula jadi dan alam semesta dengan meningkatkan kesihatan dan kesejahtaraan dalaman. Setiap produk jenama ini diperbuat daripada ramuan berasaskan tumbuhan semula jadi yang dirumus dengan rapi, menjadikannya amat sesuai untuk kulit sensitif.


LIPS & HIPS meraikan kewanitaan dan kegembiraan dengan haruman dan bungkusan yang menarik. Diperbuat daripada ramuan-ramuan lembut untuk kulit yang dipilih dengan cermat oleh ahli farmasi, LIPS & HIPS tidak pernah gagal untuk menyuntik sensasi kemanisan di dalam produknya bagi menceriakan hari anda. Cubalah krim tangan terlaris yang melembapkan dan tersedia dalam empat haruman yang mempesonakan – Lily Bergamot, Savon, Romance Bouquet dan Fruity Rose.



Sementara itu, serlahkan kecantikan mata anda dengan pilihan rona-rona yang tiada penghunjungnya untuk solekan mata dengan DAZZSHOP. Anda pastinya akan kagum dengan jenama rangkaian produk solekan mata berkualiti tinggi ini yang tidak pernah gagal untuk menghasilkan solekan mata yang memukau. DAZZSHOP berbangga dengan falsafah jenama uniknya dan tidak berkompromi dalam perihal kualiti dan keselamatan produknya. Salah satu produk terlaris yang mesti dicuba adalah DAZZSHOP Sparking Gem – pembayang mata berkrim, mewah dan berpigmen yang mudah untuk dicampurkan dan tahan lama.

Para pelanggan juga boleh menumpukan perhatian kepada produk-produk terlaris A&T yang lain seperti Oneskin Cica Cream; Fujiko FPP Powder; AYURA Rhythm Concentrate Water; Chacott Finishing Powder Matte; The Public Organic Super Bouncy DM Shampoo and Treatment; dan Vasilisa Perfume Stick.

Sempena pembukaan gedung ini juga, A&T telah melancarkan aplikasi mudah alih bagi keahliannya. Para pelanggan boleh mendapat satu mata ganjaran dengan setiap pembelian RM20, sama ada di gedung fizikal atau secara dalam talian. Apabila mencapai 60 mata ganjaran terkumpul, para pelanggan boleh mendapatkan diskaun RM60 untuk pembelian yang berikutnya. Aplikasi mudah alih ini boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play, Apple App Store dan Huawei AppGallery.


Jadi, apa yang dinantikan lagi? 

Marilah alami terapi membeli-belah produk kecantikan Jepun tanpa perlu keluar negara kerana A&T telah bersedia untuk membawa para pelanggannya ke dalam sebuah perjalanan penemuan diri di gedung terbaharu ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang A&T dan jenama-jenama yang ditawarkan, sila layari https://ainz-tulpe.com.my/.


No comments :