Sunday, April 3, 2022

Kempen HADA LABO WE CARE FOR SOCIETY Beri Manfaat Kepada USAHAWAN B40 Dan KOMUNITI B40

Hi Korang,

Hada Labo dengan kerjasama Women of Will (WoW) dan Watsons kini memasuki tahun ketiga menjalankan Kempen 'We Care For Society'. Tahun ini, Hada Labo akan menyokong tukang jahit wanita B40 dan juga pembuat biskut wanita B40 dalam perniagaan mereka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.


12 usahawan wanita B40 di Pusat Jahit Komuniti di Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang akan ditugaskan untuk menjahit 1,500 topeng muka manakala sepuluh usahawan wanita B40 dari Projek Perumahan Rakyat Batu Muda akan membakar 10,000 keping biskut untuk diedarkan kepada 500 keluarga yang tinggal di lima kawasan berbeza Projek Perumahan Rakyat di sekitar Lembah Klang.


Menurut Ketua Pegawai Operasi WoW, Lakshwin Muruga, WoW menjalankan pelbagai projek untuk membantu meningkatkan kehidupan wanita yang kurang bernasib baik dengan memperkasakan mereka dengan kemahiran dan mengajar mereka untuk berdikari.

“Kami bersyukur kerana mempunyai Hada Labo sebagai rakan kongsi jangka panjang dalam menyokong usahawan B40. Sejak dua tahun lalu, sumbangan daripada Hada Labo telah membantu 230 usahawan wanita B40 untuk mengekalkan perniagaan mereka dan seterusnya membantu mereka menyara keluarga. Ia juga memberi manfaat kepada 300 keluarga daripada tiga Projek Perumahan Rakyat dengan projek pengedaran biskut raya. Tahun ini, sumbangan itu akan terus memberikan kegembiraan kepada komuniti golongan B40 dan usahawan wanita,” kata Ketua Pegawai Operasi WOW, Lakshwin Muruga.

Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (M) Sdn Bhd, Lim Mei Yuen berkata kempen yang diadakan sempena sambutan Hari Raya ini bertujuan untuk menyumbang kepada kesejahteraan usahawan wanita B40 dengan memperkasakan mereka dengan kemahiran keusahawanan supaya dalam jangka masa panjang mereka akan dapat menjana pendapatan yang mampan untuk menyara keluarga dengan kualiti kehidupan yang lebih baik.

“Melalui Kempen Hada Labo, ‘We Care For Society’ kami akan terus menyokong usahawan wanita B40 dengan kutipan dana. Kami percaya perniagaan masih terjejas oleh Covid- 19 dan dengan inflasi pasaran semasa, ia adalah bukan mudah untuk mengekalkan perniagaan. Jadi kami berharap dana yang disediakan akan memberikan sedikit kelegaan,” katanya.




Orang ramai yang ingin menyokong kempen ini boleh pergi ke mana-mana kedai Watsons dan beli mana-mana produk Hada Labo Premium Whitening. RM1 daripada hasil jualan setiap produk Hada Labo Premium Whitening yang dijual di cawangan Watson di seluruh negara bermula dari 5 April 2022 – 9 Mei 2022 akan didermakan kepada tabung kempen ini.



Untuk maklumat lanjut atau menyokong kempen ini, layari www.hadalabo.com.my atau ikuti laman Facebook mereka: MyHadaLabo.

Falsafah penjagaan kulit Hada Labo:

“PERFECT X SIMPLE”

Untuk kesempurnaan dan kesederhanaan



No comments :