Thursday, September 9, 2021

Duta HIMAYA Premium Hijab Medical Face Mask, ROZITA CHE WAN Menjayakan Kempen Kutipan Dana Untuk Majlis Kanser Nasional (MAKNA)

Hi Korang,

Rasanya dah hampir 2 tahun kita hidup bersama wabak Covid 19 ini.

Dan pelbagai cara untuk kita membendung daripada ianya menular dan salah satu caranya dengan memakai pelitup muka selain daripada menjaga dari dengan penjarakan sosial.

Well well well kak lily memang senantiasa standby pelitup muka di mana aje, di rumah, di pejabat malahan di dalam kereta pun kak lily sediakan sekotak pelitup muka ermm nampak sangat kak lily alert dengan SOP yang kerajaan tetapkan ni lah.

Terdapat pelbagai jenis pelitup muka di pasaran, dah sudah semestinya kak lily akan memilih yang berkualiti dan terbaik, lebih-lebih lagi yang berwarna warni jadi senang untuk kak lily sesuaikan dengan baju, seluar serta kasut barulah boleh OOTD 'outfit of the day' katanya.

Kalau korang ingin bergaya dan pada masa yang sama ingin menjaga keselamatan diri, pengeluar pelitup muka terkenal, Himaya Premium Hijab Medical Face Mask (Himaya) menepati kedua-dua keperluan yang diinginkan. Iaitu pelitup muka yang cantik cantik, bergaya dan menjaga kesihatan.



Pelitup muka jenama Himaya sentiasa mendapat sambutan hangat kerana kualitinya yang terbaik dan juga didatangkan dengan pelbagai warna, antaranya seperti :-

Love Latte (coklat lembut)
Soft Olive (hijau pastel),
Apricot Dream, Blue Lagoon,
Retro Slate, Aster Blue
Philipsburg Blue

Himaya juga telah mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kelulusan MDA (Medical Device Authority). Pelitup muka Himaya dilengkapi head-loop untuk keselesaan maksimum, berbeza dengan topeng muka ear-loop biasa dan tidak hairanlah jenama pelitup muka ini telah diiktiraf Asia Halal Brand Awards (AHBA).

Atas permintaan ramai, terkini Himaya telah melancarkan warna baru berasaskan merah samar iaitu Blush Rose dan telah melantik pelakon jelita, Rozita Che Wan, selaku dutanya.


Menurut Datuk KK Chua dengan pelancaran warna baru ini selaras dengan objektif agar wanita berhijab masih dapat bergaya dan tampil yakin bersama koleksi fesyen pelitup muka terbaru dari Himaya.

Syarikat mengeluarkan warna terbaru ini kerana terdapat banyak permintaan dan dari semasa ke semasa kami akan terus mengeluarkan warna-warna baru,

Menurut Datuk lagi, pihaknya juga mahu mendidik pengguna untuk mendapatkan pelitup muka medikal yang diiktiraf KKM.




Tahniah Rozita Che Wan Di Atas Perlantikan Sebagai Duta HIMAYA

Duta terbaru Himaya, Rozita Che Wan seorang yang cukup terkenal dalam memberi perhatian tentang gaya dan ketrampilan. Lebih mesra dikenali sebagai Che Ta tidak mahu ‘mencacatkan’ gayanya dengan memakai pelitup muka yang tidak sedondon dengan pakaiannya. 


Pelitup muka Himaya yang menyasarkan wanita berhijab ini adalah pilihan terbaik bagi dirinya. Ini kerana ia menepati ciri-ciri untuk wanita bergaya dan sekaligus dapat menjaga keselamatan diri. Menurut Che Ta bmemakai pelitup muka sudah menjadi kewajipan kepada masyarakat bagi memutuskan rantaian wabak itu.

Walaupun saya sudah mendapatkan suntikan vaksin namun kita masih perlu berhati-hati kerana tidak semestinya mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin tidak akan dijangkiti. Saya amat mementingkan gaya dan pelitup muka Himaya ini menetapi kehendak saya kerana ia bukan saja mempunyai pelbagai pilihan warna, ia juga mendapat pengiktirafan KKM dan ada empat lapisan. Jadi saya tidak perlu memakai dua lapis pelitup muka. Pemakaiannya juga amat mudah. Selepas siap sedia untuk keluar, anda boleh terus memakainya tanpa perlu menyangkutnya di telinga (sebelum memakai tudung) seperti pelitup muka jenama lain.


Jelas Che Ta, sekarang pelitup muka adalah sebahagian daripada aksesori, kena ‘matching’ dengan warna baju. Warna baru pelitup muka ini adalah pilihannya sendiri kerana warnanya yang lembut senang disesuaikan dengan semua warna baju.

Himaya bukan saja menawarkan pelbagai warna yang menarik, ia juga bergaya, simple, tidak leceh untuk memakainya juga selamat digunakan.Saya ada semua warna pelitup muka Himaya. Pelitup muka ini juga tidak berbulu dan tidak gatal hidung.

Dengan pelantikan Rozita Che Wan sebagai duta untuk warna baru Himaya Premium Hijab Medical Face Mask melengkapkan barisan duta sedia ada iaitu Erra Fazira, Elfira Loy, Wany Hasrita, Amira Othman dan Nabila Razali.


Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA

Justeru, bagi menyatakan sokongan terhadap pesakit barah payudara, Himaya tampil mengadakan Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA bermula 7 September hingga 31 Oktober 2021. Peningkatan pesakit juga semakin bertambah saban tahun.

Datuk KK Chua berkata, kanser payudara adalah kanser paling lazim dideritai wanita di negara ini, khususnya yang berusia antara 45 hingga 64 tahun.

Namun masih ada yang takut untuk melakukan pemeriksaan awal bagi mengesan penyakit itu pada peringkat terawal untuk mendapatkan rawatan. Peningkatan kesedaran membolehkan barah payudara dikesan lebih awal dan lebih mudah diubati sekali gus mengurangkan stigma yang berkaitan penyakit ini.

Ini merupakan kerjasama kali pertama Himaya Dengan MAKNA dan ia akan diteruskan pada tahun berikutnya.

Kerjasama ini amat bermakna sekali bagi saya untuk membantu orang ramai mengenai kesedaran penyakit barah payudara kerana ia menyerang tidak kira peringkat usia, latar belakang dan bangsa. MAKNA dengan slogannya "Mengingati Makna Kehidupan" (A Meaning to Life) sudah cukup untuk kita mengerti agar sentiasa menghargai setiap detik berharga dalam kehidupan kita.


Pengurus Besar MAKNA, Puan Farahida Mohd Farid berkata bagi beliau dan pihak MAKNA sebenarnya amat berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan Himaya untuk melakukan kebajikan ini apabila dengan setiap pembelian Himaya berwarna Blush Rose dan Apricot Dream, sebanyak RM2 akan disumbang ke tabung MAKNA. Harapan Puan Faridah sendiri agar kerjasama ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

Setiapp pembelian pelitup muka Himaya, sebanyak RM2 akan disumbangkan kepada tabung MAKNA. Bagaimanapun, pembelian itu hanya sah dilakukan di laman Shopee: himayamy dan website: himaya.international sahaja. 

Pembelian itu juga hanya untuk Himaya warna Blush Rose dan Apricot Dream kerana asas kedua-dua pelitup muka itu adalah berwarna merah samar bertepatan dengan Kempen ‘Pink Ribbon’

Pelitup muka Himaya kini boleh dibeli di semua rangkaian kedai Watson dan Caring Pharmacy serta ejen yang berdaftar. Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA Sempena pelancaran warna baru, Himaya mengadakan Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA. 


Setiap tahun, Oktober adalah Bulan Kesedaran Kanser Payudara dengan mengadakan Kempen ‘Pink Ribbon’. Ia adalah simbolik dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya kanser payudara dan keperluan untuk mendapatkan rawatan awal

Yesza kak lily dah pun dapatkan pelitup muka Himaya di Shopee sebagai tanda sokongan kepada Kempen Kutipan Dana untuk MAKNA


Jom dapatkannya sekarang..

3 comments :

Sis Lin said...

Yaaa betul tu, warna dia semua menarik perhatian gileee, boleh matching dengan baju OOTD kita kann.. dah pakai pun selesa sangat...

rere said...

Thanks for sharing

visit our website

ittelkom jakarta

Potong Sayur said...

Informasi yang menarik, warna menjadi sangat penting ketika berpenampilan
unimuda