Friday, August 13, 2021

LOTUS’S MALAYSIA MEREKODKAN JUMLAH PEMBAYARAN TANPA TUNAI YANG LEBIH TINGGI; MENGUMUMKAN KERJASAMA DENGAN SHOPEEPAY

Hi Korang,

Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia), dikenali sebagai Tesco Malaysia sebelum ini, telah memperluaskan ekosistem pembayaran tanpa sentuhannya dengan penerimaan ShopeePay. Ini sebagai tindak balas kepada peningkatan pembayaran tanpa tunai yang direkodkan di kalangan para pembelinya mencecah 25 peratus tahun ke tahun.

"Pandemik Covid-19 berserta dengan kemudahan, keselamatan, dan sokongan daripada pihak kerajaan, telah menggalakkan penerimaan pembayaran tanpa tunai di Malaysia. Memandangkan kebergantungan terhadap e-dompet semakin meningkat, kami perlu memastikan bahawa semua pilihan cara pembayaran yang sedia ada dapat diakses oleh pembeli kami,” kata Vivian Yap, Pengarah Eksekutif Pelanggan di Lotus’s Malaysia.

"Dengan populariti ShopeePay yang kian meningkat seperti yang dilihat dari reaksi pasaran semasa pelaksanaan eBelia, kami percaya bahawa kerjasama ini akan memanfaatkan pembeli Lotus’s dan juga pengguna ShopeePay. Para pelanggan juga akan dapat menikmati pulangan tunai apabila mereka membuat bayaran untuk barangan runcit mereka menggunakan ShopeePay di mana-mana 62 cawangan kami di seluruh negara, membolehkan mereka menikmati lebih penjimatan,” tambah Yap.

Alain Yee, Ketua ShopeePay Malaysia menyatakan bahawa kenaikan pembayaran tanpa tunai di Lotus’s menunjukkan penerimaan positif terhadap pembayaran tanpa sentuhan di negara ini.

"Peningkatan dari tahun ke tahun bagi pembayaran tanpa tunai di rangkaian peruncitan yang besar seperti Lotus’s menunjukkan bahawa terdapat peningkatan kesedaran serta penggunaan untuk transaksi tanpa tunai di Malaysia. Memandangkan tawaran nilai kami sebagai sebuah platform e-dagang, dengan penembusan pasaran yang luas di seluruh negara, kami percaya bahawa kami berada dalam kedudukan yang unik untuk bersinergi kedua-dua sektor peruncitan di luar talian dan atas talian,” kata Yee.

"Kerjasama kami dengan Lotus's Malaysia bermula dengan mereka melancarkan kedai rasmi mereka di Shopee dan kini ShopeePay diterima di cawangan-cawangan fizikal Lotus’s merupakan langkah maju dalam mengeratkan hubungan kami. Kami akan sentiasa mencari kaedah yang memanfaatkan kedua-dua pihak bagi menyokong objektif perniagaan Lotus’s bermula dengan kempen pelancaran yang akan memberi ganjaran pulangan tunai yang menarik kepada para pengguna,” katanya.

Bagi meraikan kerjasama antara Lotus’s dengan ShopeePay, para pelanggan akan mendapat peluangan tunai sebanyak RM4 dengan pembelanjaan minimum RM40 dalam satu transaksi apabila mereka membayar untuk barangan runcit mereka dengan ShopeePay di mana-mana cawangan Lotus’s.

Bermula dari sekarang hingga 29 September 2021 dan sempena dengan Shopee 8.8 Jualan Berjenama, setiap pembeli akan mendapat maksimum dua pulangan tunai sepanjang tempoh kempen ini.

Selain itu, para pelanggan juga dapat menikmati pulangan tunai sebanyak RM3 dengan pembelanjaan minimum RM15 apabila mereka menggunakan ShopeePay di mana-mana cawangan Lotus dari sekarang hingga 31 Disember 2021. Walau bagaimanapun, setiap pengguna hanya akan mendapat pulangan wang tunai RM3 sekali setiap hari.

No comments :