Hi Korang,
Bagi mereka yang inginkan kediaman ekslusif namun masih berbaloi untuk di miliki saya syorkan kediaman impian Bayu Sutera, Bandar Sri Sendayan yang terletak di Negeri Sembilan.
Diberikan nama Bayu Sutera amat bertepatan sekali untuk di gambarkan suatu lokasi yang begitu nyaman, tenaga bak sutera. Lengkap dengan kemudahan yang bakal memenuhi kehendak para penghuninya.
Sangat-sangatlah kak lily tertarik dengan kawasan perumahan Bayu Sutera, di Bandar Sri Sendayan yang baru-baru ini kak lily tengok di Facebook Matrix Concepts.
Bayu Sutera ini merupakan projek pembangunan perumahan terbaru di bawah kelolalan pemaju terkemuka, Matrix Concepts Holdings Bhd dan terletak di Bandar Sri Sendayan, Seremban. Kak lily tak gusar pun dengan lokasinya kerana ianya terletak di tengah-tengah jaringan pelbagai jenis lebuhraya yang mudah bagi korang bergerak kemana sahaja tidak kiralah mahu ke selatan mahupun ke utara segalanya mudah.
Fasa ini akan di lancarkan pada Ogos 2021 dan di jangka siap pada November 2022, wah memang agak cepat jangkaannya berikutan dengan kejayaan fasa-fasa terdahulu sebelum ini.
Ia mempunyai lebih 200 unit rumah teres 2 tingkat. Keluasan Bayu Sutera dari 2,142 kaki persegi dan pada harga bermula RM529,999 ermm rasanya berbaloi kan?
Yang best tuh, dari segi pinjaman pula Bayu Sutera menawarkan kadar faedah gadai janji yang rendah. Bayaran tempahan hanya RM1,000 dan ansuran bulanan hanya dari RM1.9k++ memang ianya menepati golongan yang berpendapatan sederhana.
Kiranya kalau korang membayar sewa bulanan rumah sehingga beribu ringgit yang memang bukan jadi hakmilik korang, kini tidak lagi. Wang ansuran yang selebihnya korang boleh asingkan untuk membuat pengubahsuaian seperti memasang grill, mengecat dinding, memikirkan konsep rumah dan memacam lagi.
Tak gituh??!!
Meh kak lily perkenalkan 2 jenis rekaan bentuk rumah di Bayu Sutera ini iaitu rumah 2 tingkat link Celyn Type A/A1 dan Celyn Type B/B1.
Celyn Type A/A1 2-Storey Link Homes
Lot bersaiz 20’ x 70’ dan berkeluasan dari 2,142 kaki persegi, mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air bagi lot tengah dan lot tepi, namun bagi corner pula terdapat 4 bilik tidur dan 4 bilik air
Celyn Type B/B1 2-Storey Link Homes
Lot bersaiz 20’ x 70’ dan berkeluasan dari 2,142 kaki persegi, mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air bagi lot tengah dan lot tepi, namun bagi corner pula terdapat 4 bilik tidur dan 4 bilik air
Keahlian d’Tempat Country Club Secara Percuma
Kalau korang nak tau di perumahan Bayu Sutera ini, terdapat kelab persendirian yang d’Tempat Country Club khas untuk penduduknya.
Mempunyai keluasan 380,000 kaki persegi, ianya mempunyai kolam renang bersaiz olimpik, beberapa jenis dewan banquet dan persidangan serta kemudahan-kemudahan lain untuk kegunaan untuk beriadah ataupun menjamu selera.
Sebagai kawasan kejiranan yang ideal untuk keluarga, Bayu Sutera juga turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti Pusat Komersial Hab, Food Bazaar, stesen minyak dan pelbagai lagi. Bukan itu saja, sekolah, bank, shopping mall juga tersedia untuk anda nikmati.
Bagi mereka yang ingin dapatkan info lanjut mengenai kediaman impian Bayu Sutera ini boleh layari ke https://bayusutera.com atau hubungi 1-800-88-2688
#BAYUSUTERA
#BandarSriSendayan
#ModernHomes
#OwnHome
#FirstHomeOwner
#DreamHome
#NewHome
#Freehold
#LandedProperty
#SelfSustainingCity
#PropertyforInvestment
#PropertyforSale
#PropertyMarket
#NegeriSembilan
#BSSDevelopment
1 comment :
Woww cantiknyaaa rumah
Post a Comment