Monday, July 26, 2021

CAKNA Membantu Korang Untuk Memperbarui Skim Takaful dan Cukai Jalan (SPTC) Secara Online

Hi Korang,

Di Musim PKP 3.0 ni, kak lily perhatikan ramai yang terjejas dengan perbelanjaan harian akibat di berhentikan kerja, syarikat gulung tikar, tidak boleh berniaga dan banyak lagi. Ini amat-amat menyedihkan bagi kita golongan rakyat marhaen ini.

Itu nak bayar, ini nak bayar semuanya nak di bayar tapi yang masuk hanya sebahagian daripada apa yang sepatutnya kita dapat, ini menyebabkan kita terpaksa ikut perut buat sementara waktu hingga segala-galanya pulih seperti sedia kala.


Bagaimana pula dengan insuran tahunan kereta?

Kalau tak di perbaharui memang payahlah kita nak bergerak ke sana ke mari. Macam kak lily kereta ini amat penting dalam kehidupan seharian yelah nak pi kerja, nak buat errands, nak balik kampung dan memacam lagik. Setiap bulan memang kak lily asingkan sedikit demi sedikit peruntukan untuk memperbaharui cukai jalan dan insuran kereta ni sebab kalau nak bayar sekali sekelepuk memang menangis oooo

Tapi bagi mereka yang betul-betul wangnya tidak mencukupi dan terpaksa jua untuk bergerak ke sana ke sini demi kelangsungan hidup, kak liy syorkan korang menggunakan khidmat CAKNA ini.

Apa itu CAKNA ??

Sini sini kak lily terangkan yer..


Cakna adalah program syarikat yang dikendalikan di bawah pengurusan CMA Solutions Sdn Bhd. CMA Solutions Sdn Bhd ditubuhkan pada bulan Jun, tahun 2013 dan merupakan 100% syarikat bumiputera. CMA Solutions Sdn Bhd menawarkan perundingan dan perkhidmatan pembangunan perisian, reka bentuk web dan teknologi maklumat yang mesra kos, berkualiti tinggi dan premium. Hubungan akrab CAKNA ini dengan agensi-agensi kerajaan, institusi kewangan, pengendali takaful, pemaju aplikasi mudah alih dan sektor swasta adalah bersatu teguh untuk mencapai wawasan dan kehendak pengguna.

Kini CAKNA menawarkan Skim Pembaharuan Takaful dan Cukai Jalan (SPTC) melalui aplikasi digital yang dibangunkan oleh CMA Solutions Sdn Bhd dengan sokongan dan kerjasama Coshare Holdings Berhad sebagai sebuah agensi pemotongan gaji yang diiktiraf oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. CAKNA menawarkan pembiayaan mikro kredit berkonsepkan ‘Qard Ul Hassan’ iaitu pembiayaan patuh syariah tanpa “interest” dan bebas riba’.

Bayaran balik pembiayaan ini adalah secara ansuran melalui potongan gaji kakitangan tanpa mengenakan bebanan “interest”.

Di antara kelebihan menggunakan CAKNA adalah :

1. Urusan Sepenuhnya Secara Atas Talian

Mudah dan ringkas. Perbaharui insurans dan cukai jalan kereta anda dari rumah

2. Pembayaran Mudah Tanpa Faedah

Nikmati program pembayaraan mudah insurans dan cukai jalan secara komprehensif dengan faedah sifar peratus bagi meringankan bebanan korang

3. Pembayaran Mudah Dengan Potongan Gaji

Butir maklumat diri anda selamat dan terjamin melalui bayaran secara potongan gaji


Jadi kak lily rasa cara ini bermanfaat untuk korang di luar sana yang mengalami masalah masalah kewangan untuk memperbaharui cukai jalan dan insuran ni kan.


Cara mendaftar dengan CAKNA :

Klik ke www.cakna.my


Isikan butir-butir diri yang di perlukan untuk dapatkan sebut harga (quotation)

Perlu di ingatkan bahawa cukai jalan kederaan (roadtax) sekurang-kurangnya 2 bulan dari tempoh ianya berakhir dan pilih pakej yang ditawarkan. 


Pakej tanpa faedah dikenakan di atas pembiayaan dan E-covernote akan dipaparkan secepat 48 jam!


Siapakah Layak Memohon?

· Kakitangan Kerajaan

· Kakitangan GLC yang telah mendaftar dengan Coshare Holdings Berhad untuk potongan gaji

· Kakitangan Syarikat Swasta


Ini adalah proses skim pemotongan gaji dan pembayaran terus secara online


Ikuti video di bawah ini untuk info lanjut

 


Korang yang berminat dengan plan yang ditawarkan, dan ingin dapatkan senarai harga dan quotation dengan cepat dan mudah malah murah, boleh ke laman website mereka di www.cakna.my dengan memilih pelbagai pakej yang ditawarkan.


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut :

Website Rasmi :

Facebook :

Instagram :



2 comments :

Sis Lin said...

Kannnn, senang dan mudah dah nak renew cukai jalan. Bagi mereka yang kurang kemampuan, dah boleh perbaharui dengan skim ansuran...

Hans Hanis said...

Alhamdulillah
bagus betul inisiatif nih sebab bantu orang untuk bayar sedikit-sedikit setiap bulan
kalau terus bayar lumsum memang pening juga lah sesetengah orang tambah-tambah waktu macam sekarang nih.