Thursday, April 15, 2021

Restoran IndoAsli Hanya Makanan Yang Benar-Benar Asli Dari Indonesia Di Sajikan

Hi Korang,

Bila kita bercakap mengenai makanan dari Indonesia sudah tentu kita terbayang ayam penyet, sambal-sambalnya yang pedas ermm bestnya kalau dapat makan kat sana kan.

Tapi di musim covid yang tak boleh merentas negara malahan negeri pun so apa jer pilihan yang kita ada kan. Terjumpalah kedai-kedai tepi jalan yang jual ayam penyet tuh so kita pun beli but still rasanya sangat berbeza yer.


Nasib baik hari tuh ternampak restoran IndoAsli nieh, bila tengok menu ermm kemain yer betul-betul masakan asli dari Indonesia. So kita pun cuba ekk

Sedikit cerita mengenai wujudnya restoran IndoAsli

Dengar kata 20 tahun dulu, seorang Chef berbakat telah mengembara di sekitar Indonesia cari rasa makanan paling sahih asli sekali. Beliau singgah di pelbagai tempat di Indonesia di mana dia merasai makanan yang berbeza dari kawasan yang berbeza di Indonesia. Apabila dia pulang ke rumah, dia tidak dapat mencari rasa lazat rempah-rempah yang sama seperti Indonesia.

Langsung beliau kembali ke Indonesia di mana dia memperoleh semua resepi yang asli dan terciptalah restoran IndoAsli yang menempatkan makanan Indonesia asli di mana pelanggan dapat merasai perisa asli dari Indonesia.

Begitulah ceritanya



Luas jugak IndoAsli nie, ramai jugak pengunjung boleh makan sekali dalam satu masa tapi time PKPB ni kenalah ada penjarakan kan so just nice susun atur perabutnya yer

Dah ler tuh, asyik membebel jer meh sini kak lily tunjukkan menu-menu istimewa lagi unik dari IndoAsli. Nama-namanya memang Indo sangat tau.

Pembuka Selera



Tempe Sira RM4.90

Ranggup semuanya, kacangnya, tempenya kan. Buat penambah selera makan dengan nasi panas memang asyikkk


Tahu Telur RM11.90

Tengok pun dah nampak kesedapannya. Gabungan tahu dan telur di dalam satu hidangan. Sebelum makan di curahkan sambal kicap dulu yer, baru ade umpph.. Ermm macam mana di masaknya ek.. garu-garu kepala sekejap.

Hidangan Utama



Ayam Bakar Sate RM19.90

Macam makan sate tapi rasa bumbunya lain daripada lain. Lembut isi ayamnya dan bau-bau bakar tuh harum


Gulai Ayam Padang RM16.90

Seakan-akan seperti gulai lemak kita tapi lain yer, tidak terlalu pedas, just nice


Rendang Kambing RM27.90

Rempahnya cukup dan daging pun lembut tak de bau hamis


Rendang Sapi RM22.90

Terbaek!! Sapi tuh daging lembu yer. Sangat enak di makan begitu ataupun dengan nasi putih sekali


Cumi Bakar Jimbaran RM35.80

Cumi ataupun lebih dikenali dengan sotong ini, sangat enak di makan panas-panas setelah ianya di hidangkan. Dicicah dengan 2 penyedap rasa iaitu sambal balado dan sos cumi ternyata sangat-sangat enak.


Terung Raos Khas Bandung RM11.90

Terung Raos Khas Bandung ini merupakan hidangan terung yang di potong bulat dan di goreng dengan salutan tepung rangup, lalu disajikan dengan siraman sos yang bakal menggugat selera korang.


Nasi Tumpeng Ayam Bakar Percik Bali RM25.90

Satu hidangan lengkap bagi mereka yang suka makan nasi dengan lauk yang banyak, ini adalah sesuai sekali untuk di pesan. Selain daripada ada nasi ada juga lauk ayam bakar percik Bali, sambal-sambal istimewa, acar, tempe goreng dan juga keropok belinjo


Ikan Talapia Goreng Renyah Sambal Nusantara RM39.90

Ini adalah satu kegemaran kak lily, ikan talapia yang digoreng sehingga garing sehingga tulang-tulang kecil kecil boleh di kunyah. Seakan-akan bentuk ikan tuh setelah digoreng menjadi seperti kipas yang mengembang. Di hidangkan sekali dengan 3 sambal so korang boleh pilih nak cicah yang mana satu.

Pencuci Mulut 


Jeli Dalam Telur RM8.90

Unik, Jelinya di dalam telur, sedap tidak terlalu manis kena dengan ice-cream tu memang sedap sangat! recommended!


Popia Pisang RM12.90

Pisang yang di salut dengan kulit popia dan kemudiannya di goreng panas-panas. Di angkat dan di taburkan coklat dan cheese.

Minuman


Es Alpukat RM13.90


Jus Alpukat Teristimewa IndoAsli RM12.90


Soda Serai RM6.90


Kenapa kak lily sarankan Restoran IndoAsli ni?

Sebab menu makanan di sini semua sedap dan kena dengan citarasa kak lily. Memang betul-betul authentic Indonesia. Rasa makanannya semua seimbang mengikut menu masing-masing la, cukup pedasnya, cukup manisnya, cukup gula semua la.


Portionnya agak besar jugak, kalau order lauk pauk ini pastikan datang makan ramai-ramai baru seronok dan meriah, boleh licin pinggan di buatnya. Suasana makan pun selesa jugak, restoran yang luas dan kemas susun atur perabutnya.

In terms of harga pun tak delah mahal mana, standard harga menu makanan di restoran biasa jer so don’t worry about budget tau

*Menu baru dari IndoAsli kini eksklusif di IndoAsli IOI City Mall, Putrajaya dan akan datang tidak lama lagi di IndoAsli Central i-City, Shah Alam


Jangan lupa singgah ke:


IndoAsli Central i-City, Shah Alam
Lot No. LG-58

IndoAsli IOI City Mall, Putrajaya
Lot No. LG-36



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :



Facebook:

Instagram:



#IndoAsliNewMenu

No comments :