Hi Korang,
Sudah pasti korang tau kan kedua-dua minuman favourite ketika bulan ramadan ini?
Alah Kathira dan Bandung.
Hah tau kan, la ada yang tak tau ke?? ermm pelik nie.
Air Kathira ini berasal dari negeri JOHOR tetapi ramai yang mengatakan ianya berasal dari Singapura ermm nanti kak lily buat kajian dulu ek untuk confirmkan balik heheheheh
Air Kathira merupakan air penyejuk badan ketika panas di bulan ramadan ini, sebab tu memang payah nak jumpa Kathira pada bulan-bulan biasa. Ianya mengandungi ramuan herba semulajadi yang membantu menyegarkan dan menyejukkan badan. Susu badam, kurma dan susu yang terkandung dalam air kathira kaya dengan protein, potasium dan kalori yang sangat baik untuk sel-sel badan.
Ok dah tau ek, so lepas ni kalau ada orang tanya pandai dah korang explain kan
Kalau korang nak tau yang jenama minuman Coolblog sekali lagi mengangkat minuman nostalgia bandung dan kathira, dan memberi nafas baharu mengikut citarasa orang ramai masa kini melalui kempen Tradisi Cool Ramadan.
Keistimewaan dan keunikkan nilai tradisi air kathira dan air bandung diterjemahkan oleh Coolblog menerusi Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie yang sememangnya menjadi menu minuman wajib oleh Coolblog sempena Ramadan. Kempen Tradisi Cool Ramadan oleh Coolblog ini telah menemui peminat Coolblog bermula 4 April 2021.
Bagi kempen Ramadan tahun ini, Coolblog berkerjasama dengan sebuah jenama gergasi tempatan, Farm Fresh dengan menggunakan Susu Kurma Farm Fresh yang diminati ramai didalam minuman Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie.
Kerjasama dua jenama tempatan ini dilihat sebagai satu gabungan yang tepat Coolblog dan Farm Fresh adalah dua nama besar didalam pasaran serta menghasilkan minuman yang berkualiti dan mempunyai penggemar yang tersendiri. Melalui kolaborasi ini, Coolblog dan Farm Fresh dapat bersama-sama meneroka pasaran baharu dan mengukuhkan lagi jenama di dalam industri.
Mesej utama kempen ini adalah untuk memberitahu umum bahawa Coolblog kini memberi penghormatan kepada minuman yang melambangkan tradisi dan nilai masyarakat terutamanya masyarakat Melayu.
Menurut kata WIN ZAIDI ZAKARIA, PENGURUS PEMASARAN, Coolblog Malaysia
"Kempen Tradisi Cool Ramadan diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu adalah cara kami memeriahkan sambutan Ramadan. Kempen ini bertujuan untuk memupuk semula nostalgia minuman tempatan yang menjadi pilihan utama untuk diminum ketika waktu berbuka puasa. Kerjasama dengan Farm Fresh untuk minuman Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie menggunakan Susu Kurma Farm Fresh telah memberi nafas baru kepada minuman ikonik tempatan. Kempen Ramadan kali ini amat bermakna buat kami kerana seluruh warga kerja Coolblog bersama-sama memerah keringat dan berusaha mencari idea kreatif untuk menyajikan minuman ini kepada pelanggan kami. Akhirnya kami berjaya mencipta rasa asli baharu yang kaya dengan tradisi dan nostalgia.
Apa yang menarik pada kempen Tradisi Cool Ramadan ini adalah pada strategi kami dalam mengimbau dan mengangkat nilai tradisi yang ada pada kedua-dua minuman tersebut. Kami percaya setiap dari kita membesar dengan tradisi oleh itu kami percaya Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie akan menjadi pilihan utama para pelanggan kami untuk dijadikan minuman sewaktu berbuka puasa nanti.
Kami berpegang teguh kepada bahan-bahan utama yang menjadikan kedua-dua minuman ini seakan minuman ikonik masyarakat setempat, tetapi kami memberikan olahan dan sentuhan Coolblog bersama Farm Fresh bagi menghasilkan rasa minuman yang amat sedap dan menepati citarasa penggemar minuman smoothies di Malaysia.”
Kathira Smoothie yang diilhamkan dari minuman Kathira yang terkenal di Johor, diolah dan diberi nafas baru menggunakan bahan premium seperti air jeli pandan, selasih, jeli kurma, dan Susu Kurma Farm Fresh.
Manakala, Bandung Smoothie adalah campuran perisa ros, jeli gula perang premium dan juga Susu Kurma Farm Fresh bakal menambat tunas rasa setiap pelanggan setia Coolblog. Kathira Smoothie dijual pada harga RM9.80 (700ml) manakala Bandung Smoothie pula pada harga RM8.80 (700ml)
Nikmati minuman baharu dari Coolblog ini di bulan Ramadan dan dapatkan di kesemua cawangan Coolblog. Sila rujuk laman web rasmi dan Instagram rasmi Coolblog untuk senarai cawangan yang mengambil bahagian.
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Facebook :
Instagram :
#TradisiCoolRamadan
#CoolKathira
#CoolBandung
#CoolblogMalaysia
No comments :
Post a Comment