Hi Korang,
Kita sambung lagi senarai entri buffet ramadhan 2021 di www.ciklilyputih.com ini .
Setelah setahun lebih kita berehat dari buffet ramadhan akibat Pandemik Covid-19 ini sekarang ianya muncul kembali seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Untuk korang yang plan nak berbuka puasa di luar, kali ini kak lily cadangkan ke Wesplate Factory di Shah Alam untuk merasai sendiri menu-menu buffet ramadan yang di sajikan di sini yang mana tahun ini merupakan tahun pertama WestPlate menawarkan ramadan buffet
Westplate Factory merupakan sebuah restoran yang menawarkan makanan dengan rasa juadah hidangan timur dan barat yang menampilkan Steak, burger, Pasta serta pelbagai menu lagi. Apa yang bestnya lagi, steak disini merupakan antara yang termurah dan boleh tahan rasanya dan buat pertama kalinya tahun ini mereka menawarkan buffet ramadan termasuklah steak untuk para pelanggan yang ingin berbuka puasa disini.
Terdapat hampir 30++ jenis menu ditawarkan, antararanya Nasi putih, Nasi goreng kambing, Nasi goreng cina. Rendang Daging, Ayam Goreng Berempah, Ayam Masak Lemak, Bubur Kacang Hitam, Bubur Kacang Hijau, Roti John ayam. Roti John Daging, Kek coklat, Buah buahan, Spaghetti Aglio Olio, Spagethi Carbonara, Fries, Wedges, Lamb chop, Steak, Chicken chop, Mushroom soup, Nasi Lemak, Kuih muih, Aneka Kek, Air Sirap, Air Oren, Teh Tarik, Nescafe dan banyak lagi.
Harga Buffet Ramadan Di Westplate Factory Shah Alam
Dewasa : RM49.90 per pax
Kanak- Kanak (5-10 tahun) : RM29.90 per pax
*Tempat makan berhawa dingin dicas RM5 per meja.
Bagi kak lily, keseluruhan menu-menunya menepati citarasa ahkak hah. Baik makanan barat mahupun menu tempatan semuanya sedap dan enak bersesuaian dengan harganya.
Persekitaran pun luas dan selesa untuk semua pengunjung.
Disini juga disediakan tempat makan berhawa dingin dan tempat makan terbuka. Korang jangan risau pasal surau untuk solat turut tersedia.
Nak tahu lebih lanjut atau ingin membuat tempahan,
Ejoi: 019-367 4796 | Etiey: 013-488 2286
Jom kite ke :
102, Jalan Pelabur A 23/A,
Seksyen 23, 40300 Shah Alam, Selangor
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Instagram :
Facebook Page :
Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.
Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan, food review bagi tahun 2021, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2021 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.
#BuffetRamadan2021
#shahalam
#TEMPAHANUKIRANVIRALNO1MALAYSIA
1 comment :
ya Allah sedapnya nampakkk
produk iks
cara buat kerepek pisang
ikan segar
keperluan dapur
Post a Comment