Tuesday, March 30, 2021

Buffet Ramadhan 2021 Di Lugar De La Boda @ Puchong

Hi Korang,

Selepas setahun tidak menghadiri apa-apa aktiviti makan-makan di bulan puasa ini, makan bermulalah episod entri mengenai buffet Ramadhan bagi tahun 2021.


Banyak pengusaha makanan, restoran, café malah hotel membuat buffet Ramadan di tahun ini mengenakan S.O.P yang kuat, memakai pelitup muka, mempersiapkan tempat untuk aplikasi My Sejahtera di gunakan, menyediakan hand sanitizer serta penjarakan social 1 metre untuk para pelanggannya.

Jadi kita tidak perlu khuatir mengenai hal ini.

Asalkan kita mengikut peraturan yang di tetapkan insyallah selamat semuanya..

Oh ya kalau korang tengah-tengah mencari tempat makan best untuk berbuka puasa nanti , apa kata korang bersama keluarga dan rakan-rakan berbuka puasa di Lugar De La Boda @ Puchong.

Apakah juadah berbuka puasa yang disediakan oleh bufet ramadan selangor, Lugar De La Boda @ Puchong kali ini?

Untuk pengetahuan semua, dewan perkahwinan Lugar De La Boda diuruskan oleh Hanana Group Sdn. Bhd. Bufet ramadhan tahun ini, mereka menyediakan lebih dari 60 jenis hidangan dan 10 gerai dimana ia disediakan di dalam dan juga luar dewan.

Kesemua hidangan yang disediakan lengkap dari pembuka selera sehingga pencuci mulut.







Untuk menu utama, Lugar De La Boda @ Puchong menhidangkan nasi yang boleh dimakan bersama lauk pauk seperti 'Ayam Masak Merah', 'Ayam Goreng Berempah', 'Daging Gulai Kawah', 'Daging Masak Hitam', Ikan Goreng Cili Padi', 'Ikan Masin Masak Lemak Cili Padi Bersama Nenas', 'Kupang Goreng Pedas', 'Lala Halia', 'Sambal Sotong', 'Sambal Kerang', 'Sayur Goreng Campur' dan 'Sayur Masak Lemak Pucuk + Suhun + Ubi Kentang'.









Selain itu, korang bakal menikmati 'Nasi Beriani' yang dihidangkan bersama 'Ayam Mediterranean (Braised Chicken with Tomato Herbs)', 'Daging Masak Beriani', 'Daging Masak Hitam', 'Dalca Sayur', 'Pajeri Nenas' dan 'Acar Buah'.

Seterusnya, terdapat 10 gerai yang korang Wajib cuba sebab semuanya menarik tau.







Dalam 10 gerai tersebut ada namanya yang tersendiri iaitu 'Kambing Grill Hanana dan Blackpepper Sauce', 'Roti John Adik Manis', 'Char Kuew Tiaw Abang Tanjung','Dim Sum Cheng Ho', 'Noodle Station', 'Air Balang Pasar Malam', 'ABC Mountain' dan 'Ais Krim Corner'. Hidangan di stall termasuk 'Kambing Grill Sos Lemon', 'Char Kuey Tiaw', 'Tepanyaki', 'Roti John', 'ABC', 'Dim Sum' dan banyak lagi.



Tidak lengkap kalau makan tanpa pencuci mulut. Disini terdapat banyak pencuci mulut seperti 'Kuih Kuih Melayu', 'Pelbagai Perisa Jelly', 'Seri Muka', 'Pelbagai Perisa Dadih', 'Pelbagai Perisa Dadih dan Jelly', kek, koktail dan buah buahan tempatan. Untuk pilihan bubur, akan dihidangkan 2 jenis setiap hari termasuk 'Bubur Jagung + Sagu', 'Pengat Pisang' dan 'Bubur Kacang Hijau + Bubur Pulut Hitam'. Pastinya melengkapkan menu berbuka puasa anda nanti.

Untuk buffet Ramadhan 2021 ni, ianya bermula dari 16hb April 2021 hingga 9hb Mei 2021 dari 6.30petang hingga 10.30 malam.



Harga Bufet Ramadhan Lugar De La Boda @ Puchong adalah seperti berikut :

Dewasa (Seorang) - RM79
Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM59
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM59

Special Offer!

Untuk anda yang ingin menempah secara beramai-ramai, Lugar De La Boda @ Puchong turut menawarkan harga untuk satu meja (8 pax) dengan harga istimewa seperti berikut :

1 Meja (8 Pax) - RM632

Early Bird Offer!

Nak harga murah?

Mestilah ada. Korang boleh dapatkan voucher buffet ramadhan di Lugar De La Boda dengan harga istimewa ini sebelum 12 April 2021 dengan harga berikut :

Dewasa (Seorang) - RM59

Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM30

Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM30

1 Meja (8 Pax) - RM450


Jom kite ke:


Lugar De La Boda
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista,
47100 Puchong,
Selangor.

WAZE : Lugar De La Boda

Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai Bufet Ramadhan Selangor Di Lugar De La Boda, sila klik pada link ini. Layari laman web Hanana Group.


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :


Instagram : 

Facebook : 
https://www.facebook.com/buffetramadhanselangor2021


Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan, food review bagi tahun 2021, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2021 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.



#ramadhan2021 #buffetramadhanselangor #buffetramadhanpuchong #buffetmurah #buffet #buffetramadhanpuchong2021 #buffetramadhanexclusive #iftarramadhan #buffetpuchong #berbukapuasa #buffet2021 #buffetramadhanpuchongmurah #bukapuasa #buffettermurah #buffetmurahpuchong #buffetramadhanhanan #buffetramadhan2021

No comments :