Tuesday, January 19, 2021

Produk Mi Segera VIT’S di pasaran Sah Halal sejak 1980 - Kenyataan Rasmi Oleh VIT Makanan Kuala Lumpur Sdn Bhd

Hi Korang,

VIT MAKANAN KUALA LUMPUR SDN BHD adalah syarikat pengeluar makanan berasaskan mi segera yang telah ditubuhkan sejak 1975. VIT’S merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah sejak 1980-an bernombor 1 001-01/2005. 


VIT’S menjelaskan bahawa produk VIT’S yang berada dipasaran adalah daripada pengeluaran dimana sijil halal masih dalam tempoh yang sah. Oleh itu, kami memberi jaminan bahawa produk yang berada dipasaran adalah memenuhi piawaian halal dan selamat untuk dimakan. Maka pengguna boleh terus mengguna produk kami tanpa ragu ragu. 

‘Merujuk kepada isu yang tular di media sosial baru-baru ini, ingin kami jelaskan statusnya dengan lebih terperinci agar ianya tidak memberi tanggapan negatif atau menyebabkan pengguna muslim kami salah faham terhadap situasi sekarang’ , ulas En YT Lai selaku Pengarah Pembangunan VIT’S. 



Pada September 2020 lalu, premis VIT’S telah dilawati oleh Inspektor dari Jabatan Halal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk pemeriksaan berkala. Mereka telah mengutarakan isu-isu teknikal yang berkaitan dengan kebersihan di bahagian pemprosesan. VIT’S telah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk penambahbaikkan terhadap isu-isu yang telah diutarakan oleh pihak JAIS dan sedang menunggu giliran untuk diinspeksi semula oleh JAIS. 


“Kami adalah salah satu daripada 300 syarikat yang menunggu giliran untuk diinspeksi. Kami akur dengan giliran yang ditetapkan memandangkan situasi pandemik yang membataskan jadual pegawai JAIS untuk membuat pemeriksaan buat masa ini”, kata pegawai Halal VIT’S Puan Chumihati. 

Terbaru pihak KPDNHEP telah melawat premis VIT’S pada 6 Januari 2021 dengan melakukan pemeriksaan dan memberi nasihat kepada VIT’S untuk tidak mengeluarkan produk pengeluaran bertarikh terkini ke pasaran sehingga mendapat kelulusan daripada JAIS. 


Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai lebih dari 50% jumlah pekerja berbangsa Melayu dan beragama Islam, VIT’S amat mementingkan piawaian HALAL yang mengutamakan faktor kebersihan. VIT’S juga telah bekerjasama dengan JAIS dan KPDNHEP untuk menyelesaikan isu ini dengan secepat mungkin. VIT’S memahami kepentingan keperluan Halal dan memandang serius terhadap perkara ini. 

Soroton video Kenyataan Rasmi Oleh VIT Makanan Kuala Lumpur Sdn Bhd 

 

Kami memohon orang ramai untuk berurusan terus kepada VIT’S untuk sebarang pertanyaan dan menggesa agar menghentikan penyebaran sebarang maklumat palsu yang boleh mengundang kepada salah faham.Segala status terkini akan kami maklumkan di portal rasmi kami di www.vitsnoodles.com.my.

Segala maklumbalas boleh di usulkan kebahagian komunikasi pemasaran melalui e-mel syazwany@vit.com.my  kepada Puan Nor Syazwany. 





#vitsnoodles 
#vitsinstantnoodles 
#instantnoodlerawang 
#vitsitalianmigoreng

No comments :