Hi Korang,
Walaupun wabak pandemik Covid19 ini masih berleluasa di seluruh dunia tapi kehidupan harus di teruskan dengan cara mengamalkan norma-norma pada setiap hari. Apa jua aktiviti yang ingin di lakukan haruslah mengikut SOP yang telah pun di tetapkan.
Tidak terkecuali juga dengan majlis perkahwinan.
Setelah sahaja kerajaan mengumumkan majlis perkahwinan boleh di lakukan, pihak Felda D’Saji mengambil langkah drastik membuka kembali Dewan Perdana Felda yang gah ini bagi majlis perkahwinan berlandaskan arahan yang dikeluarkan.
Seriously kak lily memang senantiasa kagum dengan kecantikan Dewan Perdana Felda ini, di mana dewannya yang cukup luas, cantik, dekorasi yang menarik dan berkonsepkan moden.
Kebetulan pula, kak lily mendapat jemputan undangan perkahwinan bertempat di Dewan Perdana Felda baru-baru ini,maka dapatlah kak lily kongsikan serba sedikit mengenai lokasi majlis perkahwinan dan kemudahan tersedia di sini.
Dewan Yang Luas dan Cantik
Di antara dewan yang paling besar yang pernah kak lily jejakkan kaki.
Dewan yang begitu luas dengan susunatur meja dan kerusi begitu teratur serta kemas. Kapasiti dewan ini boleh memuatkan seramai 1100 orang, namun untuk musim PKP ini hanya terhad pada maksimum 700 orang sahaja didalam dewan pada satu-satu masa disebabkan kesemua kerusi meja di susun mengikut penjarakan sosial.
Dekorasi Moden dan Uptodate
Memang kita tahu yang dekorasi yang cantik dan mempersonakan menjadi sebab utama mengapa Dewan Perdana Felda ini sentiasa menjadi pilihan ramai untuk melangsungkan perkahwinan di sini.
Mempunyai beberapa konsep yang sesuai untuk para mempelai dan bagi tahun ini, terdapat dua konsep yang diperkenalkan iaitu Tropika dan Black & White.
Oh ya, dekorasi lampu LED didalam dewan menaikkan lagi seri bagi meraikan majlis yang diraikan, hiasan flower arch dan flower walkway menambahkan lagi keserian dewan ini.
Menu Masakan Melayu Yang Menyelerakan
Yesza kalau bercakap pasal makan ini, ermm kak lily inilah orangnya hehehe
Untuk kali ini, hidangan secara dome di atas meja di sediakan untuk para tetamu, so no more buffet line bagi menjarakkan sosial di antara satu sama lain. Sangat-sangat istimewa hidangannya seperti :
Kesemua menu-menu ini sememangnya sedap dan enak hasil air tangan daripada team D’Saji yang memang terkenal dengan menu masakan melayu.
Di datangkan juga dengan pilihan nasi putih ataupun nasi minyak, buah-buahan, kuih-muih serta minuman panas mahupun sejuk.
Kambing bakar yang sentiasa mencuri tumpuan. Memang sedap. Selain daripada kambing bakar, turut disediakan masakan gorengan panas seperti kuew teow goreng, cendol dan juga apam balik.
Ada 2 menu istimewa yang kak lily begitu sukakan iaitu Apam Johol dan Tapai Ais Krim, rasanya memang tidak akan ada keduanya ini di mana-mana majlis perkahwinan pun selain daripada caterer D’Saji kan hehhee
Kawasan Parkir LUAS dan PERCUMA serta Perkhidmatan Valet
Jangan bimbang mengenai parkir kereta, berhadapan Dewan Perdana Felda disediakan banyak parkir secara PERCUMA.
Begitu juga di bahagian basement dewan, ada juga ruangan khas meletakkan kereta. Tempat parkir ini sememangnya sangat luas. Bukan sahaja boleh menempatkan kenderaan kecil seperti kereta dan motor. Bahkan untuk kenderaan seperti bas juga boleh masuk parkir di ruang yang disediakan.
Disediakan juga perkhidmatan valet untuk tetamu VVIP. Tetamu akan terus turun di pintu utama.
Terdapat 2 bilik khas yang di sediakan sekali untuk bakal pengantin iaitu Ruang Khas VVIP dan Bilik Persalinan Pengantin.
Ruang KHAS VVIP
Di dalam dewan disediakan juga ruang khas VVIP yang biasanya digunakan untuk menunggu atau berkumpul sebelum majlis bermula. Ini bagi memberi lebih keselesaan buat tetamu VVIP yang dijemput terutama dalam memastikan perjalanan aturcara berjalan dengan lancar dan teratur.
Bilik Persalinan Pengantin
Terdapat dua bilik persalinan pengantin yang disediakan iaitu Bilik Purnama dan Bilik Persada. Pengantin lelaki dan perempuan boleh bersiap di dalam dua bilik yang berbeza, maka senanglah jurusolek atau mak andam boleh menyiapkan pengantin dengan lebih mudah dan selesa.
Kemudahan SURAU yang selesa
Selain daripada tandas, turut disediakan surau khas untuk lelaki dan perempuan bagi kegunaan tetamu di tingkat bawah bangunan. Tetamu hanya perlu menaiki lif untuk ke tingkat bawah.
Kemudahan PA System, Skrin LED
Penyediaan PA System untuk majlis keraian hari ini menjadi salah satu keperluan terutama membabitkan program didalam dewan yang besar. Di dalam pakej yang disediakan oleh pihak pengurusan Dewan Perdana Felda turut disertakan kemudahan PA System begitu juga dengan LED Display Panel bagi memberi impak teknologi audio dan visual
Turut disediakan sudut (platform) untuk persembahan didalam dewan. Kemudahan untuk majlis yang ada kumpulan kugiran bagi menghiburkan para tetamu.
Suasana lebih meriah dengan alunan muzik yang cukup indah megiringi tetamu yang baru sampai untuk berjalan masuk terus ke dalam dewan.
Kemudahan Yang Disediakan Mengikut SOP Di Tetapkan
Sedia maklum yang pihak pengurusan Dewan Perdana Felda juga tidak terkecuali menyediakan segala kemudahan yang mengikut SOP musim pandemik sebagai langkah penjagaan diri dan tetamu yang hadir ke majlis yang dirai.
Daftar diri dengan apps MYSEJAHTERA, "check-in" sebelum masuk ke dalam dewan utama. Turut ada pengimbas suhu badan diletakkan berhempiran. Ini bagi memastikan tetamu yang datang berada didalam keadaan sihat tanpa gejala seperti demam.
Antaranya peringatan umum tentang prosedur untuk setiap tetamu yang hadir perlu ikuti seperti memakai topeng muka (mask) dan sebagainya.
Turut disediakan topeng muka (mask) dan juga hand sanitizer. Ikut SOP yang disarankan, pakai topeng muka sentiasa dan pastikan tangan bersih serta bebas kuman.
Notis peringatan mesra bersama Goodies Self Care Kit
Di atas setiap meja turut disediakan notis peringatan mesra tentang perlunya memakai sarung tangan (ada disediakan) ketika hendak mengambil lauk pauk di atas meja. Setiap tetamu yang hadir turut diberikan Kit Penjagaan Diri yang mengandungi mask, sarung tangan, disinfectant wipes dan hand sanitizer.
Bagi memastikan "kita jaga kita", memakai sarung tangan ketika mengambil makanan adalah sangat penting.
Perkara-perkara begini harus di ambil kira apabila kita memilih dewan untuk apa jua majlis pun dan syabas di ucapkan kepadapihak pengurusan Dewan Perdana Felda memang mengambil berat tentang SOP di musim COVID19 terutama dari segi sanitasi dewan yang sentiasa dilakukan dari masa ke semasa. Ini bagi memastikan keadaan lokasi majlis benar-benar selamat mengikut langkah pencegahan seperti yang disyorkan oleh pihak Kerajaan.
sempat ktorang bergambar di photobooth nieh
Di harapkan bakal pengantin dan kedua ibu bapa dapat mengambil kira faktor-faktor yang kak lily berikan sebagai panduan untuk mencari lokasi majlis perkahwinan korang nanti
Ini alamatnya:
1, Jalan Maktab,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur
Lokasi dewan di Kompleks Anjung FELDA begitu strategik, terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Keterangan lanjut mengenai promosi Dewan Perdana Felda, boleh layari:-
Atau hubungi :
03-2698 8302
No comments :
Post a Comment