Hi Korang,
Begitu banyak produk kecantikan yang terdapat di pasaran tempatan ketika ini dan begitu rambang mata untuk kak lily mencuba. Yelah bila usia semakin meningkat ni, keperluan kulit muka itu adalah penting sebagai zat tambahan untuk kita nieh.
Yang membuatkan kak lily tertarik dengan produk B’WHITE ini adalah ramuan asasnya dari sarang burung walit yang penuh dengan khasiat tersendiri iaitu :
1. Melancarkan peredaran darah.
2. Melancarkan fungsi paru-paru.
3. Sebagai agen antioksida.
4. Memutih dan melicinkan muka.
5. Menghilangkan kedut-kedut muka.
6. Membantu meningkatkan tahap IQ.
7. Membantu memulihkan tenaga dan stamina badan.
Nampak tak begitu banyak kebaikannya sampai tak tersenarai dibuatnya.
Sejarah Penubuhan MAE BEAUTY SHOPPE
Produk B’WHITE ini adalah keluaran MAE BEAUTY SHOPPE telah ditubuhkan pada 26 November 2014 di Lahad Datu, Sabah. Syarikat merupakan milik seorang suri rumah sepenuh masa ini mula beroperasi dengan hanya menjual produk-produk kosmetik & pelbagai lagi aksesori wanita secara kecil-kecilan.
Tercetusnya idea penubuhan syarikat ini adalah motivasi dan nekad Puan Maedah Zainal atau lebih dikenali sebagai Mae Zainal, di atas desakan ekonomi semasa disamping menjana pendapatan untuk membantu keluarga sehingga berjaya. Pada 2017 tercipta satu idea untuk mengeluarkan produk pertama keluaran syarikat iaitu ‘B’white Skincare 3 in 1’ yang berasaskan sumber daripada ekstrak sarang burung. Justeru sebanyak 100 ‘trial set’ telah dikeluarkan dan berjaya mendapatkan testimoni daripada pengguna di Lahad Datu serta Tawau, Sabah.
Manakala pada 28 Jun 2020 telah ditubuhkan sebuah anak syarikat MAE BEAUTY EMPIRE bagi mengurus dan menerajui bahagian jualan & pemasaran Syarikat selaras dengan usaha untuk memperluaskan lagi perniagaan di Semenanjung Malaysia amnya.
Sehingga kini, seramai lebih 1000 ejen di Sabah manakala di Semenanjung masih baru lebih kurang hanpir 30 ejen dan pihak syarikat masih membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menyertai bagi menambah pendapatan
Penggunaan Sarang Burung Walit Sebagai Bahan Utama Bagi Produk B’WHITE
B'White menggunakan Sarang Burung Walit sebagai bahan utamanya.
Ini kerana kebaikan Sarang Burung Walit ini sememangnya tidak boleh dipertikaikan dengan segala kebaikan khasiat, namun dari aspek kecantikan ianya dapat menjadikan kulit licin, anjal dan berkilat serta mengurangkan kedutan.
Antara produk yang cukup popular adalah B'White Skincare 3 in 1 yang mengandungi Sabun Aura B'White, B'White Day Cream dan B'White Night Cream. Ianya sesuai untuk semua jenis kulit muka, kegunaan untuk lelaki dan perempuan, serta produk ini juga dapat membantu mengatasi masalah muka mereka yang berjerawat.
Sijil KKM untuk pengesahan produk B'WHITE
Krim siang juga boleh digunakan sebagai foundation ataupun bedak asas makeup.
Selain itu terdapat juag produk lain seperti Shining Glow Advance, Mud Scrub, Whitening Lotion, Beauty Toner dan Serum 24 Gold.
Kesemuanya mendapat permintaan tinggi daripada pengguna setia B'White.
Dan yang terkini adalah lipstik matte dengan warna-warna yang cukup menarik dan cantik!
Ni kak lily kongsikan beberapa testimoni mengenai produk B'WHITE ini
Untuk info dan keterangan lanjut boleh layari:-
Facebook Page :
Instagram Link:
1 comment :
Sarang burung walit ni dari sejak zaman nenek moyang dulu dah diamalkan pengambilannya dalam pemakanan, sebab banyak khasiat. Dah moden sekarang ni, dijadikan produk kosmetik pula. Jadi manfaat sarang burung walit ini untuk luar dan dalaman kita.
Post a Comment