Friday, July 24, 2020

Tingkatkan Kehebatan Menu #DudukDiRumah PKPP Anda dengan Lima Cara Memasak Pasta Organik daripada Alce Nero

Hi Korang,

Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), korang menemui bakat terpendam anda dalam memasak hidangan yang menyihatkan dan lazat serta tidak memerlukan belanja besar. Kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula anda ingin tingkatkan lagi keupayaan dengan resipi baharu menampilkan citarasa, persembahan dan kebaikan yang malah lebih tinggi. Anda perlu memasak hidangan yang belum lagi anda kongsikan gambarnya di Facebook, Instagram atau Tik Tok! 


Alce Nero, jenama organik terkemuka Itali, menawarkan kepada anda lima resipi yang mudah dan mengkagumkan menggunakan pastanya. Kesemua resipi ini menggunakan ramuan yang biasa terdapat di dapur. Jika tidak mempunyai bahan tertentu, gantikan sahaja dengan apa yang ada. Walaupun pasta merupakan ramuan utama resipi ini, anda akan dapati citarasa, tekstur dan rupa masakan yang pelbagai. 

1 ) SPAGHETTI CARBONARA 


Apa kata beralih daripada pasta berasaskan tomato dan cuba karbonara tanpa krim ini. Anda hanya perlukan pasta Alce Nero, telur, keju, cendawan dan daging lembu atau dendeng ayam belanda. Tak ada dendeng? Gantikan sahaja dengan daging lembu atau ayam cincang. Tak ada keju parmesan? Gunakan keju mozzarella, cheddar atau krim. 

Hanya 30 minit diperlukan untuk menghasilkan hidangan karbonara untuk empat orang seperti yang dihidang di kafe. 

2 ) MACARONI CHICKEN SOUP 

Sup ayam memang sesuai dimakan ketika fasa PKPP ini memandangkan ia membantu menguatkan imuniti dan memulihkan semangat. Semangkuk sup ayam yang lazat merupakan hidangan ringkas yang memerlukan banyak ayam dan masa yang lama. Tambahkan makaroni organik Alce Nero bagi meningkatkan lagi selera dan manfaat kesihatannya buat anda. Biasanya kanak-kanak dan orang dewasa akan meminta untuk menambah sup yang membangkitkan selera ini. Bersedialah! 

3 ) CHEESY BAKED PENNE WITH EGGPLANT 


Hanya empat bahan dan 25 minit diperlukan untuk menghasilkan hidangan makan malam yang mengkagumkan ini. Masak pasta penne organik Alce Nero, selang-selikan dengan lapisan pasta, sos pasta Alce Nero, terung (atau sebarang sayur yang boleh didapati) dan keju di dalam bekas yang tahan ketuhar, dan tambahkan lebih banyak keju. Bakar selama 20 minit atau sehingga keju cair. Siap! Sungguh mudah, enak dan sesuai untuk Instagram. 

4 ) SPICY FUSILI WITH VEGETABLES 

Fusili goreng kilas berasaskan tomato ini merupakan hidangan tepat bagi vegetarian atau tatkala anda inginkan sesuatu yang ringkas dan segera. Anda pasti mendapat manfaat lima bahagian sayur dengan hidangan pasta organik Alce Nero cara Asia yang menyihatkan dan membangkitkan selera ini. Sesuai dimasak menggunakan sebarang sayuran yang ada di dalam peti ais anda. Untuk lebih cantik, pilih sayuran dalam pelbagai warna seperti lobak merah, tomato, cili kembung, jagung dan timun. 

5 ) TUNA PASTA SALAD 


Ingin keluar bersiar-siar lagi dengan keluarga semasa PKPP dan membawa bekal salad yang dimasak di rumah untuk berpiknik? Salad pasta tuna ini menggunakan pasta penne organik Alce Nero untuk hidangan yang berkhasiat dengan campuran tekstur rangup dan halus. Mudah untuk disediakan dan enak dimakan panas atau sejuk. Tambahkan citarasa Asia dengan serai, daun bawang, cili padi atau minyak bijan. 

Dapatkan resepi lengkap di https://alcenero.asia/recipes.html, atau layari laman rasmi media sosial Alce Nero https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/ dan https://www.instagram.com/alceneromy untuk menambah lebih banyak hidangan-hidangan organik dan berkhasiat ke menu PKPP anda. Kekal selamat dan sihat. 


Jangan lupa untuk tag @alceneromy apabila korang menyediakan hidangan menggunakan produk-produk Alce Nero untuk berpeluang memenangi hamper khas! Ikuti laman media sosial Alce Nero untuk lebih banyak resepi dan peraduan.


No comments :