Wednesday, July 15, 2020

MeCan Trade Untuk Mereka Yang Ingin Tambahkan Pendapatan Secara Digital

Hi Korang, 


Sejak dari timbulnya wabak pandemik Covid 19 ini menular ke seluruh dunia, dan timbullah kemerosotan ekonomi semakin meningkat secara amnya rakyat tidak lagi bergantung kepada pembelian mahupun perniagaan secara tradisional, mereka kini beralih kepada secara di atas talian yang di katakan semakin rancak meningkat peratusannya.


Tak kiralah produk seperti pakaian, penjagaan diri, keperluan harian malah barangan segar turut di dapati di jual secara online jadi memang tidak salah langkah mereka yang telah beralih ke arah digital ini. 

Untuk mereka yang ingin mengetahui berniaga secara online ataupun ini menambahkan pendapatan ini, kak lily syorkan untuk menyertai platform MeCan Trade.


Pengasas MeCan Trade adalah Mr Andy Goh yang mana merupakan pengasas kepada Old Town dan kini merupakan pemilik rangkaian Restoran Nam Heong. Beliau adalah seorang yang sangat optimis dan berpandangan jauh didalam bidang perniagaan dan teknologi. Di mana dengan pengalaman yang cukup lama serta berpengetahuan strategi dalam bisnes, beliau ingin membantu mereka yang menghadapi masalah didalam perniagaan ketika ini. 

Pengenalan Bagi MECAN TRADE 

MeCan Trade merupakan platform pusat sehenti membeli-belah atas talian yang menawarkan pelbagai barangan dan produk dan juga keperluan asas isi rumah. 

Terdapat 3 cara untuk menjadi sebahagian ahli MeCan Trade samada kita menjadi Pembeli (buyer), Penjual (Seller) ataupun Duta (Ambassador). Ibu pejabat MeCan Trade ini terletak di Kuala Lumpur dan sehingga kini syarikat ini telah pun diperkenalkan di Malaysia, China, Thailand dan Indonesia dan kini di dalam perancangan pada masa akan datang akan diperluaskaa lagi ke Singapura, Vietnam, Cambodia, Laos dan Myanmar. 

Setiap orang boleh terlibat dalam perniagaan tidak kira mereka berada di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Dengan adanya platform seperti MeCan Trade kita boleh berurusniaga atas talian tanpa mengeluarkan apa-apa modal, tidak perlu menyimpan simpan stok dan berisiko rendah untuk mengalami kerugian. Bahkan sebenarnya cara ini membolehkan kita menjana pendapatan pasif secara konsisten.


Secara ringkasnya ciri-ciri MeCan Trade adalah seperti berikut: - 

· eDagang pelbagai saluran - Disokong dengan teknologi masa hadapan melalui ekosistem digital yang pintar. Ianya boleh diskalakan dan dapat disesuaikan dengan perubahan. 

· Perniagaan Tanpa Sempadan - Sumber yang efektif dari segi kos untuk berurusniaga produk di terutama dari luar negara seperti negara Asia. Semua transaksi boleh dilakukan dalam mata wang tempatan tenpa perlu menghadapi sebarang kerugian. 

· Kerjasama strategik - Ia mempunyai rakan kongsi yang kuat dan reputasi baik. \

· Penyelesaian Data Besar - Meningkatkan kecekapan untuk perniagaan seperti ini yang melibatkan SEO dan SEM untuk memacu perniagaan dengan betul demografinya. 

· Sokongan End-to-End - Dengan adanya pasukan berpengalaman yang boleh memberi nasihat mengenai operasi, pemasaran, rangkaian, IT dan kewangan 

Caranya mudah iaitu melalui mempromosikan produk menggunakan platform sosial media yang kita ada sekarang. Dari mula mendaftar, prosedur, pembelian, pembayaran, penghantaran semuanya dilakukan dalam satu portal, dan ini memang sangat memudahkan urusan, di MeCan Trade kita dapat menghubungkan penjual dan pembeli secara tidak langsung. Produk yang ditawarkan juga samada dari jenama tempatan mahupun antarabangsa. 

Semua Orang Boleh Berdagang 

Semua orang boleh menjadi usahawan sekarang dan berniaga bila-bila sahaja dan di mana jua kita berada. 

● Baik memulakan perniagaan korang sendiri, menjana pendapatan tambahan atau berkongsi / menggunakan produk yang berkualiti dari hari ke hari. 

● Ia adalah permulaan modal sifar, risiko sifar dan peluang untuk memperoleh pendapatan pasif dan jua penyediaan e-kedai segera 

● MeCan Trade system adalah platform yang sentiasa menghasilkan peluang penjualan untuk korang,


MeCan Trade memanfaatkan hubungan di antara satu pengguna ke pengguna yang lain. Menerusi program e-commercenya, MeCan Trade Ambassador Program mendorong para pengguna yang mempunyai pengaruh sosial media yang cukup besar untuk menjual barang-barang yang relevan dari MeCan Trade ke rangkaian rakan-rakan dan para pengikut mereka. 

Di sebabkan kak lily ni cepat nak terpengaruh mengenai shopping online nieh, akak pun mendaftar jugak sebagai MeCan Trade Ambassador 


Ermm haruslah kak lily suka kan hehehehehe... dapatkan berniaga sambil berbelanja

Dengan tiada modal dan sifar risiko kak lily dapat juga berpeluang untuk menjadi seorang usahawan yang mempunyai niaga atas talian sendiri ;




Kak lily hanya perlu kerap untuk mengemaskini butiran produk seperti gambar dan informasi, dan segalanya telah pun di sediakan oleh team MeCan trade, Walaupun masih baru, banyak juga info yang kak lily dapat belajar dan fahami dengan melayari laman web MeCan Trade ini. 

Lepas tuh, haruslah kak lily teruskan langkah untuk mempromosikan barangan yang kak lily rasakan sesuai ke rangkaian sosial media kak lily jer, untung-untung mesti akan ada 2-3 sales masuk setiap hari hehehhe 

Terdapat pelbgai jenis produk di platform MeCan Trade dan ada 2 produk menarik untuk kak lily kongsikan kepada korang iaitu Vanzo dan Wellsen. 

VANZO - Produk Penyegar Udara 

Vanzo merupakan penyegar udara yang dihasilkan daripada ekstrak tumbuhan dan juga bebas daripada bahan kimia. Ianya juga tidak mengandungi alcohol, formaldehyde, benzene dan toluene.


Produk daripada syarikat yang begitu terkenal dalam dunia pengkomersilan pewangi selama lebih 125 tahun, Ogawa & Taiyo Corporation, yang cukup terkenal di Jepun dan Asia sebagai pengeluar produk yang selamat dan berkualiti. 

Dan kini mereka telah memperkenalkan penyegar udara khas untuk kenderaan dan paling penting selamat digunakan. Ini memandangkan semua produk yang diperkenalkan mendapat kelulusan daripada MSDS International Standard Test Report, lulus ujian SGS dan juga menerima Certificate of Analysis. Wangian jenama Vanco ini bertahan 60 hari lamanya. 

Produk untuk dashboard dan penyaman udara adalah sama dari segi wangian namun ianya berbeza jika dilihat dari segi saiz. Gaya pembungkusannya, sangat unik dan cantic, dan paling penting ke semua aroma yang ditawarkan memang sangat menyenangkan dan terapi di kala stress terutama sekali semasa memandu, biasalah Kuala Lumpur kan, so jem di mana-mana.


Siri Dashboard 

English Pear dan Freesia 1818 
Scent :An innovative fragrance of mellow scented fresh pear with cool white freesias and a delicate yet distinctive scent. 

LX Secret Musk 1616 
Scent : that brings about the image of sea breeze and a field of blooming flowers. 

LX Velvet Musk 1717 
Scent : Natural velvet musk scent that encompasses floral and wood notes. 

Siri Aircond Vent 

Miniature English Pear dan Freesia 658 
Scent: An innovative fragrance of mellow scented fresh pear with cool white freesias and delicate yet distinctive scent. 

Miniature LX Secret Musk 656 
Scent: Unique scent that brings about the image of sea breeze and a field of blooming flowers. 

Miniature LX Velvet Musk 65 
Scent: Natural velvet musk scent that encompasses floral and wood notes. 

Info lanjut mengenai produk boleh layari https://vanzoasia.com/


WELLSEN - Produk Penjagaan Rambut 

Produk penjagaan rambut Wellsen mempunyai 48 jenis produk dan ianya dihasilkan tanpa sebarang penggunaan produk kimia mahupun pengawet. Produk yang dihasilkan daripada ekstrak organik Chamomile dan 100% Pure Peppermint essential oil ini sememangnya dapat memberi kesegaran ketika rambut dicuci. Dan untuk rawatan. bolehlah menggunakan Siri Minyak Marula untuk rawatan secara intensif rambut dan kulit kepala. Minyak marula ini dapat memberi lebih 60% perlindungan antioksida berbbanding dengan minyak argan.


Untuk pengetahuan semua Wellsen diperkenalkan oleh Syarikat WeGlobe yang telah ditubuhkan pada 5 Ogos 1996, WeGlobe Marketing Sdn Bhd. Mempunyai pengalaman lebih kurang 20 tahun dalam membangunkan dan pengedaran jenama seperti 'Wellsen Peter and Guys'. 

Produk WeGlobe diformulasi dari pasukan yang sememangnya pakar dalam bidang pengayaan rambut bagi tujuan memenuhi keperluan pendandan rambut seluruh dunia. Antara produk yang dihasilkan seperti shampu, perapi, produk dandanan rambut, produk meluruskan rambut dan banyak lagi.

Kak lily telah pun mencuba syampu jenama ini, memang best. Rambut akak yang selalu mengalami masalah kekusutan selepas mencuci tetapi dengan produk ini memang kak lily tidak menghadapi langsung masalah tersebut. Wangi plak tuh!! 

So apa tunggu lagi!! 

Rebutlah peluang untuk menjana pendapatan bersama MeCan Trade, link https://mecan.trade/mainsite . Terdapat pelbagai faedah kalau korang pun join sekali, yang penting tanpa modal, tanpa risiko dan boleh di lakukan di mana jua kita berada.



#MeCanTrade
#EveryoneCanTrade
#FoolProofBusiness
#NoCapital
#WorkLessEarnMore
#Opportunity
#Entrepreneurship
#WorkLifeBalance
#Ambassador

No comments :