Tuesday, June 30, 2020

Sandwich Perisa #TambahPedas Kini Di SUBWAY® MALAYSIA Ermm Limited Edition Jer Tau

Hi Korang, 

Ada sini pencinta Subway? 


Kak lily kalau perut dah terasa gemuk 2-3 hari sebab asyik makan nasi so kak lily akan selangkan dengan menu sandwich Subway untuk makan malam 2-3 malam, kengkonon tak delah rasa bloated sangat kan. Nampak macam sket tapi pengenyangkan giler wei hehehe.. 

Kenyang wei, walaupun roti, protein sket dan sayur-sayuran namun ianya #simplebutmarbeles 

balik-balik terus makan sebab lapar sangat, ermm sedap wei. untuk kak lily tak sangatlah pedas nyer hehhee.. agaknya kalau mintak sos banyak mest pedas kan

Bagi si kaki pedas ada berita baik untuk korang, Subway® Malaysia kini melancarkan rangkaian Hot & Spicy Subs edisi terhad #tambahpedas, yang memberikan pengalaman yang lazat.. 

Hot Pepper Chicken

Spicy Mayo Chicken

Berikutan dengan penambahan 12 bahan baru segar ke menu Subway Malaysia, termasuklah kepingan cili pedas dan sos berasap, menu baru Spicy Mayo Chicken ada Hot Pepper Chicken bakal menambah selera rakyat Malaysia. 

Subway Malaysia Country Director, Samad Shariff berkata, sandwic edisi terhad ini dibuat untuk menggembirakan rakyat Malaysia dengan pilihan yang lebih menarik dan mencerminkan komitmen untuk memenuhi selera rakyat Malaysia, termasuklah mereka yang menyukai makanan pedas. 

“We at Subway know how much Malaysians enjoy adding more spice to our food – the spicier, the better! We knew we had to take it up a notch by offering these limited-edition subs,” kata En Shariff. 

“As a lover of spicy food myself, I encourage Malaysians to #tambahpedas and challenge their pedas level by trying out the new subs and adding more chilli flakes!” 

Subway’s Spicy Mayo Chicken mengandungi ayam yang diperap ke dalam Southern-inspired creamy remoulade dan tangy roasted Hot Pepper sauce di letakkan sekali di dalam kepingan ayam lembut ini 

Jadi apa tunggu lagik!! 


Jom kita sama-sama cuba Sandwich Hot & Spicy dan kongsikan penglaman korang di media sosial dengan hashtag #tambahpedas. Sandwich perisa edisi terhad ini boleh didapati secara dine-in mahupun takeaway dari semua restoran Subway atau melalui penghantaran melalui Foodpanda dan GrabFood mulai hari ini dan seterusnya. 

Untuk mengekang penyebaran Covid-19, Subway Malaysia memiliki prosedur keselamatan, keselamatan, dan kebersihan yang ketat. 




The Return of X Series: vivo to Unveil the X50 Series in Malaysia

Hi Everyone,

vivo Malaysia has officially announced to launch its latest in X series – vivo X50 series in Malaysia soon. Driven by vivo’s mission of elevating life through technological artistry, vivo has made innovation and research and development a strategic priority.


Back in 2018, vivo introduced the vivo X21 which had been proclaimed as the first device featuring in-display fingerprint sensor in Malaysia. With vivo constantly creating new possibilities for smartphone users and has always pushed the boundaries of technology, vivo is now bringing the most advanced tech features and aesthetic design together in the upcoming vivo X50 series to deliver an ultimate user experience for all. 

For more information or latest updates on the X50 series, stay tuned to vivo Facebook page or official website.

Sunday, June 28, 2020

SELANGOR: Negeri Bersih Dan Selamat Untuk Di Kunjungi

Hi Korang,

Melancong adalah sebuah aktiviti yang menyeronokkan bagi kebanyakan penduduk dunia, tetapi bagi sesetengah orang ianya mungkin sesuatu yang menakutkan terutamanya bagi pelancong yang memilih untuk melakukannya secara berseorangan. 


Perkara utama yang sering difikirkan oleh kebanyakan pelancong sebelum mengunjungi suatu tempat adalah faktor keselamatan dan kebersihan. Bahkan teori Hierarki Keperluan Maslow menggariskan faktor keselamatan sebagai keutamaan kedua manusia setelah keperluan fisiologi. Sekiranya seseorang dapat merasa selamat di suatu tempat, ianya akan menjadi faktor penarik untuk individu yang sama melawat tempat tersebut. 

Selangor adalah salah sebuah Negeri yang menerima kunjungan pelancong yang paling ramai di Malaysia. Hal ini kemungkinan besarnya adalah didorong oleh faktor jaminan keselamatan pelancong ke Negeri ini oleh Pihak Berwajib Negeri. Intipati berikutnya akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang butiran sokongan terhadap jaminan keselamatan di Negeri Selangor. 


Perkara pertama yang terlintas di fikiran pelancong ketika mereka mengunjungi sesuatu tempat adalah kewujudan Unit Polis Pelancong. Berita baik kepada semua penggemar aktiviti pelancongan, Negeri Selangor telah menubuhkan Unit Polis Pelancong yang ditempatkan di sekitar kawasan pelancongan popular seperti Batu Caves, Sepang Goldcoast, KLIA, KLIA2, Subang Sky Park, Boustead Cruise Centre, dan Pusat Membeli-belah terkemuka. Mereka akan melakukan rondaan di sekitar kawasan dan menjaga keselamatan para pelancong untuk membendung sebarang kes jenayah di kawasan terbabit. 


Dengan adanya Unit Polis Pelancong ini, pelancong wanita dan pengembara solo terutamanya, tidak perlu berasa risau tentang keselamatan mereka di Negeri ini. Ibu Pejabat Unit Polis Pelancong pula adalah terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya, yang mempunyai radius yang berdekatan dengan tempat-tempat pelancongan utama di Negeri Selangor. 

Seterusnya, aktiviti membeli-belah sering dijadikan sebuah kewajipan ketika melancong, justeru faktor keselamatan semasa membeli-belah turut dititik-beratkan di Negeri ini. Seperti dinyatakan di atas, Pusat Membeli-belah juga ditempatkan dengan Unit Polis Pelancong supaya pelancong dapat berbelanja dengan tenang. Selain itu, terdapat banyak kamera litar tertutup atau CCTV dan pengawal keselamatan yang ditempatkan di premis-premis perniagaan bagi menjaga keselamatan pelancong dan masyarakat awam. Pengawal keselamatan juga telah dilatih dengan pengetahuan tentang semua laluan di premis terbabit. Selain itu, Sunway Pyramid, sebuah Pusat Membeli-belah di Sunway City adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dilengkapi dengan fungsi butang panik. Oleh itu, pelancong boleh berasa yakin bahawa keselamatan mereka berada di tangan yang baik walaupun ketika membeli-belah di Negeri Selangor. 

Para pengunjung tarikan semula jadi Negeri ini seperti FRIM Kepong, Sungai Chilling, Taman Eko Rimba Kanching dan Taman Eko Rimba Chongkak Park and Resort tidak perlu risau tentang faktor kebersihan dan keselamatan di tempat ini kerana ianya dijaga dengan baik dan diselenggara oleh syarikat pembersihan yang dilantik mengikut jadual berkala. Para renjer hutan turut ditempatkan di sana untuk membantu menjaga keselamatan para pengunjung apabila diperlukan. Selain itu, terdapat juga tong-tong sampah yang mencukupi untuk menjaga kebersihan kawasan tersebut. Antara salah sebuah usaha untuk kelangsungan kebersihan sekitar adalah Kempen “Clean and Green” hasil usahasama pihak Tourism Selangor dan Firefly Sdn Bhd di Taman Eko Rimba Kanching pada tahun 2018. 

Seterusnya, setiap restoran dan premis makanan di Malaysia diperiksa oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia secara berkala dan dinilai dari segi kebersihannya dari masa ke masa. Oleh itu, semua restoran dan premis makanan di Selangor juga dinilai secara kerap dan pelancong mempunyai pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan dari restoran kelas A atau B di Negeri ini. Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor telah melaksanakan garis panduan atau SOP yang lebih ketat untuk penilaian premis makanan dan minuman. Peraturan inu adalah untuk memastikan bahawa pemilik restoran mengikuti kriteria yang diperlukan dalam menjalankan perniagaan mereka. Hal ini membantu orang ramai dan pelancong untuk merasa lebih yakin dalam mendapatkan makanan yang disediakan dengan bersih dan selamat dimakan. 

Tambahan pula, pasca penularan wabak Covid-19 telah menyaksikan pelaksanaan peraturan atau SOP yang lebih ketat di premis-premis makanan di seluruh Negeri Selangor. Baru-baru ini, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah mengetatkan garis panduan bagi penilaian gred premis makanan dan minuman di kawasan seliaan mereka. Walaupun disarankan agar orang awam memilih untuk membungkus makanan atau mendapatkan perkhidmatan penghantaran makanan, namun mereka masih boleh menjamu selera di premis makanan dengan mempraktikkan jarak sosial yang disarankan serta kedudukan meja ditetapkan sekurang-kurangnya 1-meter antara satu sama lain. 


Kerajaan Negeri Selangor turut memperkenalkan Aplikasi SELangkah: Langkah Masuk dengan Selamat, iaitu aplikasi pertama seumpamanya di Malaysia untuk mengawal pergerakan orang ramai di Negeri ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari dalam sebuah kenyataan pada 4 Mei berkata, applikasi ini dibangunkan bagi mengesan pergerakan orang ramai di Negeri Selangor secara maya dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19 di Negeri ini. 


Aplikasi SELangkah yang dikendalikan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) menggunakan konsep asas kawalan automatik yang pantas dan mudah sebagai inisiatif pendaftaran individu sebelum memasuki sesuatu premis perniagaan di Negeri ini. Dengan hanya mengimbas kod QR menggunakan telefon bimbit bagi mendaftar maklumat mereka secara maya, pengesanan kontak dapat dibuat jika terdapat kes Covid-19 di premis yang telah mereka kunjungi. Akses Aplikasi ini turut dikongsi bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi tujuan pengesanan individu untuk proses saringan kesihatan atau kuarantin yang lebih efisien. 

Premis-premis perniagaan di Negeri Selangor turut digesa untuk menjalankan penyaringan suhu dan meletakkan cecair pembasmi kuman di premis mereka. Sesetengah premis turut meletakkan syarat pengunjung perlu memakai topeng pelindung mulut dan muka serta menghadkan jumlah pengunjung dalam premis mereka pada satu-satu masa bagi mengelakan berlakunya kesesakan. Sebanyak lebih 700,000 pengusaha premis perniagaan telah mendaftar untuk kegunaan Applikasi SElangkah setakat 7 Mei. 

Seterusnya, terdapat banyak pilihan tempat penginapan yang boleh dipilih oleh pelancong di Negeri Selangor seperti hotel, chalet, homestay, pangsapuri dan lain-lain. Sebilangan besar penginapan ini yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan adalah selamat untuk pelancong. Kebanyakan hotel turut dilengkapi dengan kawalan kamera litar tertutup 24 jam atau CCTV dengan fungsi kunci elektronik bagi mengelakkan sebarang aktiviti pecah-masuk. 

Susulan dari penularan wabak Covid-19, para operator hotel dan penginapan di Negeri Selangor turut digesa untuk menuruti garis panduan yang ketat, khususnya yang digariskan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan Malaysian Association of Hotels (MAH). 

Pertama, para operator hotel diminta untuk memastikan langkah-langkah penjarakan sosial dipraktikkan oleh penginap dan memastikan semua staf menerima latihan berkenaan garis panduan yang telah ditetapkan susulan penguat-kuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Langkah-langkah pembersihan menggunakan peralatan pembersihan dan pembasmian kuman turut perlu dipertingkat terutama di kawasan yang sering disentuh seperti suis lampu, pemegang pintu, alat kawalan jauh televisyen, punat lif dan kad elektronik bilik. Untuk menjamin keselamatan makanan, kakitangan dapur perlu mematuhi garis panduan seperti menjalani pemeriksaan kesihatan berkala, dan memakai topeng dan sarung tangan semasa penyediaan makanan. Protokol kebersihan yang lebih ketat dan kawalan kualiti udara turut diperkenalkan untuk menjamin keselamatan para penginap. 

Selain itu, Kelab-kelab Golf di Selangor kembali beroperasi pasca Covid-19 dengan menjalankan garis panduan yang ketat untuk memastikan keselamatan para pemain golf. Ahli Kelab Golf diwajibkan untuk mendaftar masuk manakala bukan ahli perlu mengisi Borang Deklarasi Kesihatan. Mereka kemudiannya perlu melalui saringan kesihatan wajib. Selain itu, kereta elektrik atau buggy ditambah kuantiti serta dipasang dengan plastik pemisah antara pemandu dan penumpang, para pemain golf juga perlu memastikan jarak 1-meter dipatuhi ketika beratur dan pondok pemula atau starter hubs tidak dibuka untuk umum. Hal ini bagi memastikan pengusaha Kelab-kelab Golf di Selangor dapat kembali beroperasi, dengan memberikan penekanan kepada aspek keselamatan dan kebersihan. Malah, sesetengah Kelab Golf di Selangor seperti Kota Permai Golf & Country Club turut mengambil langkah yang lebih menjamin kebersihan dengan pengenalan “contactless ball extractor” atau mesin pelancar bola secara automatik bagi meminimakan sentuhan secara terus. 

Tuan Azrul Shah bin Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dalam sebuah kenyataan berkata, “Tourism Selangor menyambut baik keputusan Kerajaan untuk membuka semula sektor pelancongan domestik bermula 10 Jun lalu. Umum mengetahui, industri pelancongan merupakan antara yang paling terjejas beberapa bulan kebelakangan ini. Justeru, susulan dari pelaksanaaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), operator produk pelancongan di Negeri Selangor boleh mula beroperasi dengan merangka strategi-strategi baharu bagi menggamit perhatian pengunjung serta membina semula sektor ekonomi”. 

“Untuk merancakkan lagi pelancongan domestik, Tourism Selangor telah memperkenalkan Kempen “Pusing Selangor Dulu!” yang memfokuskan kepada pasaran pelancongan domestik. Tourism Selangor juga sedang mempergiat perancangan pelaksanaan E-Travel Fair 2020 di landasan digital sebagai salah sebuah inisiatif untuk mempromosi dan memasarkan pakej-pakej pelancongan Negeri Selangor secara efektif, di samping menampilkan tawaran diskaun dari para operator pelancongan Negeri. Seterusnya, Tourism Selangor akan berkerjasama dengan penggiat Media tempatan dan antarabangsa untuk Program “Media FAM Trip”, dan juga berkolaborasi bersama penggiat industri untuk program promosi pelancongan seperti Program Jelajah Pesona Selangor dan sesi Business-to-Business (B2B) yang akan dirangka secara berkala” tambah Tuan Azrul Shah. 

Berdasarkan segala kenyataan di atas, ianya jelas bahawa Negeri Selangor sememangnya adalah sebuah Negeri yang selamat dan bersih untuk dikunjungi oleh para pelancong. Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor serta penggiat industri pelancongan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan tempat-tempat pelancongan di Negeri ini selamat untuk dikunjungi para pelancong dengan menitik-beratkan kepada garis panduan atau SOP, dan protokol kebersihan yang lebih ketat terutamanya di Pusat Membeli-belah, tempat penginapan, pengangkutan awam, restoran, premis perniagaan dan Kelab-kelab Golf. 

Garis panduan ini dilihat semakin diperinci dan diperketat susulan penularan wabak Covid-19. Pihak Tourism Selangor turut giat mempromosikan pelancongan Negeri ini dengan sentiasa mengemas-kini laman sesawang rasmi, Selangor.travel dan laman media sosial dengan tarikan Negeri Selangor bagi menarik-minat para pelancong domestik dan antarabangsa untuk merangka percutian dan perjalanan mereka ke Negeri Selangor pada masa hadapan. Negeri Selangor khususnya mengalu-alukan kedatangan pelacong domestik ke Negeri ini, selaras dengan Kempen “Pusing Selangor Dulu!” yang sedang meniti dalam kalangan penggemar aktiviti pelancongan di Malaysia. 

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi dan terbaharu Tourism Selangor di Selangor.Travel.

Saturday, June 27, 2020

‘Mid-Year Sales’ Go Shop tawarkan diskaun sehingga 60%! Produk dibawah RM19

Hi Korang,

Sempena ‘Mid-Year Sales’ Go Shop, para pelanggan boleh menikmati potongan sehingga 60%, jualan penghabisan dan pembelian produk dibawah RM19 dari sekarang hingga 15 Julai 2020. Para pelanggan boleh menggunakan kod ‘MYS25’ untuk diskaun sehingga RM35 untuk produk-produk yang dipamerkan di program TV Go Shop. 


Sebagai tambahan, Go Shop telah melancarkan dua program baharu iaitu “Terima Kasih, Abah & Emak” dan “Go Fit”, yang menfokuskan kesihatan dan kesejahteraan. “Terima Kasih, Abah & Emak” merupakan sebuah siri yang mengetengahkan peranan penting ibu bapa dalam kehidupan kita dan bagaimana Go Shop dapat bantu memberikan kegembiraan dan kebahagiaan melalui pilihan yang luas untuk produk-produk sempena Hari Ibu Bapa. “Terima Kasih, Abah & Emak” bersiaran setiap Selasa, 11 pagi menerusi Go Shop RUUMA (saluran 118) sehingga 4 Ogos 2020. 


“Go Fit” pula menampilkan perjalanan kecergasan dan kesejahteraan hos-hos TV Go Shop, serta diet dan pelan kecergasan dari pakar-pakar. Program ini mendorong para penonton untuk terus mencabar diri mereka untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup sihat dengan rutin senaman yang mudah dan pelan makanan berkhasiat yang ringkas. “Go Fit” bersiaran pada setiap Khamis dan Ahad, 11 pagi di Go Shop GAAYA (saluran 120) dari 25 Jun hingga 2 Ogos 2020. 

Beli-belah di Go Shop menerusi saluran 118, saluran 120, saluran 111 dan saluran 303, laman web www.goshop.com.my atau aplikasi Go Shop di Google Play dan App Store.


Friday, June 26, 2020

vivo to Launch True Wireless TWS Neo Earphone in Malaysia

Hi Everyone,

Earlier this year, vivo unveiled its latest high-end flagship X50 series along with the vivo TWS Neo earphones, successfully launched in China which also hinted on the roll-out of the X50 series globally in the second half of 2020. With that, vivo Malaysia has finally announced to launch the more affordable variant – vivo TWS Neo earphones soon in Malaysia, with the slogan “Seamless Studio Sound”.


Dedicated for all audiophiles, vivo TWS Neo earphones feature an extra-large 14.2mm driver unit, CD-standard HD transmissions as well as 3 stereo sound effects – offering sensational sound quality for an ultimate audio experience. Apart from that, the earphones are embedded with an 88ms low latency mode and super-stable wireless connection that guarantee a more reliable and smoother performance for the on-the-go gaming and video calling experience. 

The light and comfortable vivo TWS Neo earbuds bring an array of powerful features, such as Slide Control, Find My TWS Neo and so on. With wireless earbuds continue to be on the rise due to its convenience, simplicity and ease of use, vivo promises to explore more into the highly competitive wearables segment, hoping to come up with more collection of wireless earbuds in years to come. 

For more information or latest updates on the vivo TWS Neo earphones, stay tuned to vivo Facebook page or official website.



Thursday, June 25, 2020

Kontrak RM1.3 Billion Milik ANZO Holdings Bhd

Hi Semua,


Kita sambung lagi citer mengenai ANZO Holdings Bhd

Berita gembira dari Anzo Holdings Bhd iaitu mereka telah memenangi kontrak bernilai RM1.3 bilion untuk membekal kilang tembaga selama 40 bulan kepada kumpulan pembuatan keluli di Korea Selatan berkuatkuasa 1 Julai.

Wow, kagum kak lily mendengarnya

Syarikat itu menandatangani perjanjian dengan CSTME Resources Sdn Bhd, yang merupakan pengedar tempatan dalam satu majlis tertutup di sini.



CSTME adalah salah satu pengimport utama dan pengeksport bahan bukan ferus di Malaysia, yang mempunyai pengkhususan terutamanya dalam produk tembaga.

Bahan-bahan setelah dibeli ianya akan melalui beberapa proses iaitu dipotong, diasingkan dan dinilai di kilang syarikat di Selangor, sebelum dibungkus dan dihantar kepada para pembeli.

Dalam satu kenyataan, Anzo mengatakan CSTME akan membekalkan 1.420 tan metrik tembaga milberi, bernilai RM23,000 kepada Syarikat Tembaga Korea Selatan setiap bulan.  akan membeli tembaga untuk dilekatkan semula ke dalam plat tembaga dan produk tembaga untuk tujuan pembinaan industri dan elektrik.


Pengarah Urusan Anzo Holdings Bhd Datuk Eddie Chai Woon Chet


Perdagangan dalam sekuriti Anzo ditangguhkan semalam atas permintaan syarikat berkuat kuasa jam 4.22 petang, sementara menunggu pengumuman. Harga terakhir yang diperdagangkan ialah 15 sen.

Saham tidak diniagakan hari ini.

Dalam dua tahun terakhir Anzo secara aktif mencari perniagaan baru untuk mempelbagaikan aliran pendapatannya setelah mencatat kerugian bagi banyak pihak kerana keadaan pasaran.

Dalam pengajuan baru-baru ini kepada Bursa Malaysia, Anzo mengatakan pihaknya sedang meninjau rancangan perniagaan syarikat untuk mengurangkan kemungkinan kesan negatif yang timbul dari pandemik Covid-19.

Syarikat mencatatkan pendapatan sebanyak RM8.37 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 30 April 2020, hampir enam kali ganda berbanding tahun sebelumnya yang sama.

Anzo mengatakan bahawa sejajar dengan hasil operasi yang bertambah baik, ia telah mencapai kerugian kecil sebelum cukai sebanyak RM2,000 berbanding dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM1.03 juta pada suku sebelumnya tahun sebelumnya.

Untuk tahun ini, pendapatan dan keuntungan kasar syarikat masing-masing meningkat kepada RM15.51 juta dan RM1.38 juta. Kerugian sebelum cukai dikurangkan hampir separuh, dari RM2.7 juta pada tahun 2019 kepada RM1.39 juta pada tahun 2020.

Anzo akan mencatat pendapatan yang lebih baik pada suku keempat yang berakhir pada 31 Julai 2020.





CMASA.MY Tawar Hadiah GOLD BAR Untuk Kontest Share dan Menang ?? Mesti Kena Join Nieh

Hi Korang, 


Aduimak bila kak lily scroll-scroll website shopping online dari CMASA.MY ni ternampak plak ada contest Share dan Menang ni.


Pada mulanya just nak tengok apa barang-barang yang ada then nak jugaklah membeli belah kan hehehhe… yelah kalau barang dah murah so why not!!


Ada pelbagai produk tempatan yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan. di laman web https://cmasa.my/. Korang nak cari pun mudah, sebab semuanya di susun mengikut kategori untuk memudahkan kak lily mencari produk yang akak inginkan 

Nak lagi best, pelbagai jenama lokal produk muslim kegunaan harian ada ditawarkan, terutama produk makanan dan pes masakan, ermm kira senanglah nak cari bahan-bahan nak memasak.



Peraduan Kongsi dan Menang Gold Bar 

Mesti korang suka bab-bab kontest mudah ni kan. 

Ada berita baik untuk semua pembeli produk dari https://cmasa.my/. Bermula dari hari ini sehingga 30 Jun 2020, korang boleh menyertai Peraduan Kongsi dan Menang Gold Bar!

Caranya mudah sahaja. 

Ada 3 langkah yang perlu korang lakukan. 

LANGKAH 1 : 

Korang kena beli mana-mana produk (min 1 produk sahaja, lebih lagi bagus, macam akak nieh mana cukup dari satu hehehehe…) dari laman web https://cmasa.my/ . Apa sahaja barang, janji beli itu adalah syarat peraduan.

LANGKAH 2 : 

Jangan lupa untuk simpan resit pembelian (setelah pembayaran dilakukan). Paling penting korang kena hantar PRIVATE MESSAGE ke FB Page rasmi 



dan muat naik resit pembelian sebagai bukti dan pengesahan transaksi pembelian telah dijalankan.

LANGKAH 3 : 

Setelah setel laksanakan dua langkah di atas, sila buat satu posting secara public di Facebook profile korang dengan ayat yang bermula .. 

"SAYA SUKA CMASA.MY KERANA............" 

Lengkapkan ayat di atas berserta dengan gambar kreatif di posting tersebut. Sertakan sekali hashtag #cmasa dan pastikan akaun FB korang berstatus PUBLIC (tatapan umum) ya.

Pemilihan pemenang adalah berdasarkan kepada LIKE, KOMEN dan SHARE paling tinggi.



Ada pelbagai jenis hadiah menarik ditawarkan iaitu:- 

Hadiah Utama x 3 

Gold Bar (Wafer Emas) 3gram bernilai RM840 
Keahlian Privilege YAPEIM 


Hadiah Kedua x 3 

Gold Bar (Wafer Emas) 1.5gram bernilai RM465 
Keahlian Privilege YAPEIM 


Saguhati x 10 

Cenderama Barangan YAPEIM 
Keahlian Privilege YAPEIM


Tarikh akhir penyertaan adalah pada 30 Jun 2020! 

Sekiranya terdapat sebarang soalan atau kemusykilan, boleh komen di ruang komen bawah ataupun mesej terus ke FB Page kami CMASA. 

Jangan tunggu lama-lama ye...Siapa cepat dia dapat . 




Wednesday, June 24, 2020

Majlis Pra-Pelancaran PROJEK GILA Bersempena Meraikan Ulangtahun LEFTHANDED Ke-40 Tahun


Hi Korang, 

Dalam lipatan sejarah kegemilangan adegan muzik rock Malaysia khususnya pada tahun 1980-an sehingga awal 1990-an, kumpulan Lefthanded ternyata telah pun berjaya membentuk liga mereka sendiri dan tidak dapat ditandingi sama dari segi ‘sound dan style’ muzik serta persembahan mereka. 


Dengan memiliki dua lagenda gitar hero iaitu Man Keedal dan Samad, lahirlah pelbagai riff gitar cukup ikonik, digabung bersama dengan lantunan bassline solid daripada Yan dan dram snare Man Dayak yang pantas dan padu, ia kemudian disempurnakan lagi filem vokal unik Nash yang husky melejit tetapi penuh dinamik. 

Ya, di situlah kekuatan Lefthanded yang tidak ada pada band-band muzik rock lain yang sezaman dengan mereka. Tidak hairanlah mengapa sehingga kini Lefthanded masih tetap unggul serta dihormati di kalangan band muzik rock seangkatan mereka serta anak-anak band muzik generasi muda. 

Sempena meraikan 40 tahun penglibatan dan perjalanan kerjaya muzik mereka di dalam industri muzik Malaysia, kumpulan Lefthanded bakal terlibat dengan sebuah projek besar yang dinamakan PROJEK GILA


PROJEK GILA yang diadakan secara usahasama dengan syarikat produk kecantikan, HERB LAB dan E-Green Enterpreneur ini adalah sebuah konsert jelajah yang akan diadakan di 10 buah lokasi di seluruh negara sebaik sahaja pihak kerajaan mengumumkan berakhirnya sudah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). 

Bertemakan HIDUP dan PERJUANGAN yang juga adalah salah sebuah lagu yang diangkat dari album studio Lefthanded yang berjudul Qabul, PROJEK GILA ini adalah suatu usaha yang dilakukan kumpulan Lefthanded sebagai tanda terima kasih kepada fanbase mereka yang selama ini telah banyak berjasa serta menyokong kerjaya muzik mereka dari awal kemunculan hinggalah pada saat ini. 

Vokalis utama Lefthanded, Dato' Nash berkata, tempoh selama 40 tahun berada di dalam industri muzik bukanlah suatu tempoh yang sia-sia buat Lefthanded dan peminat mereka. 

"Atas usaha Man Keedal dan saya juga, kami dapat meneruskan kesinambungan Lefthanded 2020 aabila bergabung filem bebera pemuzik muda termasuklah anak arwah Man Dayak iaitu Hafiz, Ritz Metalasia serta mereka yang bertauliah di dalam bidang muzik“ 


"Tiada apa lagi yang ingin kami lakukan di dalam PROJEK GILA ini selain daripada memberikan manfaat kepada peminat Lefthanded sendiri. Jujur saya amat bangga dengan diri saya sendiri kerana selama penglibatan bersama Lefthanded ia juga semakin mematangkan saya dalam membawakan muzik Lefthanded " katanya. 

PROJEK GILA ini ternyata amat simbolik buat Man Keedal dan Nash kerana ia bakal mendedahkan perjalanan seni temasuklah jatuh bangun serta pahit getir Lefthanded selama 40 tahun mereka hidup dan berjuang di dalam indusri muzik tanah air. 

Malah mereka akan turut berkongsi pengalaman mereka sepanjang bergelar artis syarikat rakaman, penglibatan mereka dengan kerja-kerja pembikinan muzik, bagaimana persiapan konsert dilakukan bermula dari saat rehearsal sehinggalah melakukan sound check serta usaha-usaha yang dilakukan untuk menjadi band muzik rock tanah air yang hebat. 

Gitaris lagenda Lefthanded, Man Keedal berkata, PROJEK GILA ini akan mendedahkan segalanya tentang Lefthanded buat peminat-peminat mereka. 


"Inilah sumbangan yang ingin kami berikan buat peminat kami kerana berjayanya Lefthanded sehingga ke tahap ini adalah kerana fans kami. Ini juga adalah suatu usaha yang dilakukan untuk kami memberikan contribution kami sendiri terhadap industri muzik tanah air" katanya lagi.

Perjanjian Antara Rakan Sekerja Antarabangsa dan Tempatan

Seperti yang diwar-warkan Projek GILA ini juga mendapat sokongan daripada pihak syarikat antarabangsa mahupun tempatan.




Antara VIP yang hadir untuk majlis perjajian memorandum persefahaman ini termasuklah YBhg Dato' Sheikh Jamal (untuk Hub di Pakistan dan Gulf Corporation Council - Middle East), M.S Margin Consultancy untuk Hub Filipina, Mohd Husairi Huzaidi (E-Green Ketua di Bahagian Cawangan Kelantan), YBhg Dato' Paduka Haszeli Haji Abdul Halim (Regional Distributor Malaysia), Mohd Norizlan Izham (Regional Distributor Malaysia) dan Miss Charmaine Oon (Regional Distributor Malaysia).

Marilah Sokong Projek G.I.L.A

Bagi menyemarakkan industri muzik tanah air, jom sama-sama kita sokong Projek G.I.L.A Lefthanded sebagai tanda terima kasih atas kehadiran kumpulan ini dalam mewarnai muzik rock yang menjadi lagenda satu masa dulu. 


Dengan pembelian tiket konsert pada harga yang cukup menarik, pakej sekali dengan diberikan produk kecantikan Herb Lab sememangnya sangat berbaloi dan berpatutan.Selain itu, pelbagai ganjaran menanti korang dalam bentuk cabutan bertuah. Hadiah utama seperti kereta dan pelbagai lagi.


So apa tunggu lagi, marilah kita sama-sama menyokong industri hiburan tanah air kita.





Tuesday, June 23, 2020

Saham ANZO Holdings Bhd Melonjak Aktif Menunjukkan Tanda-Tanda Kejayaannya

Hi Semua,

Perdagangan dalam sekuriti Anzo Holdings Bhd telah ditangguhkan atas permintaan syarikat tersebut mulai 4.22 petang hari ini, sementara menunggu pengumuman.

Tidak ada perincian yang diberikan oleh Anzo mengenai penggantungan tersebut.

Namun, sumber-sumber yang diketahui iaitu mengenai perkara tersebut mengatakan bahawa pengumuman itu mungkin berkaitan dengan kesepakatan besar yang akan dilakukan secepat minggu ini, dan itu boleh menjadi penukar permainan bagi Anzo.

Anzo secara aktif berusaha untuk mempelbagaikan perniagaannya untuk meningkatkan aliran pendapatan dan pendapatannya, walaupun terdapat pandemi Covid-19.

Dalam pengajuan baru-baru ini kepada Bursa Malaysia, Anzo mengatakan pihaknya sedang meninjau rancangan perniagaan syarikat untuk mengurangkan kemungkinan kesan negatif yang timbul dari Pandemik Covid-19.

Syarikat mencatatkan pendapatan sebanyak RM8.37 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 30 April 2020, hampir enam kali ganda berbanding tahun sebelumnya yang sama. Ini disebabkan terutamanya oleh sumbangan dari bahagian perdagangan bahagian pembinaan, yang memberikan perolehan RM7.5 juta (2019: nil) pada suku tersebut.

Bahagian perkayuam hanya menyumbang perolehan RM900,000 (2019: RM1.5 juta) dalam tempoh tersebut.

Anzo mengatakan bahawa sejajar dengan hasil operasi yang bertambah baik, ia telah mencapai kerugian kecil sebelum cukai sebanyak RM2,000 berbanding dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM1.03 juta pada suku sebelumnya tahun sebelumnya.

Untuk tahun ini, dan hasil daripada perniagaan perdagangan yang bertambah baik, pendapatan dan keuntungan kasar syarikat masing-masing meningkat kepada RM15.51 juta dan RM1.38 juta.

Hasilnya, kerugian sebelum cukai berkurang hampir separuh, dari RM2.7 juta pada 2019 menjadi RM1.39 juta pada tahun 2020.

Sumber percaya bahawa Anzo mungkin mencatat keputusan yang lebih baik pada suku keempat yang berakhir pada 31 Julai 2020.

Saham ditutup 2 sen atau 15.38 peratus lebih tinggi hari ini pada 15 sen, menaikkan permodalan pasaran kepada RM132.78 juta.

Ia merupakan saham ketujuh tertinggi yang diperdagangkan berdasarkan jumlah dagangan di bursa saham tempatan.

Sebanyak 90.1 juta saham diniagakan sebelum penangguhan.

Harga penutupan 15 sen juga merupakan harga dagangan tertinggi Anzo sejak tiga tahun kebelakangan.

Pada April 2017, saham telah diperdagangkan sekitar 40 hingga 50 sen.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada 22 Jun, Anzo mengatakan bahawa beberapa pelabur asing telah memperoleh saham dalam syarikat itu.

Syarikat itu menjawab pertanyaan dari Bursa Malaysia berikutan laporan berita.

Seperti mana yang kita ketahui Anzo Holdings Bhd, yang mengeluarkan dan memasarkan produk kayu untuk membina projek di Malaysia, kini sedang giat dalam usaha mencari perniagaan baru untuk menjana pendapatan tambahan bagi kumpulan tersebut. 


Difahamkan, kumpulan itu sedang berbincang dengan beberapa pelabur asing untuk rancangan tersebut. 

"Pemegang saham merancang sesuatu untuk Anzo membawanya ke tahap yang baru. Anzo boleh mendapatkan pelabur baru dan mereka mungkin menyuntik perniagaan baru ke dalam kumpulan," kata seorang sumber dengan pengetahuan mengenai perkara itu. 

Anzo (dahulunya di kenali sebagai Harvest Court Industries Berhad) juga terlibat dalam pembinaan dan pembangunan harta tanah, dengan fokus pada kerja-kerja pembinaan dan reka bentuk dalaman dan perkhidmatan penyelenggaraan yang berkaitan. 

Saham Anzo naik 4 sen atau 41,18 peratus hari ini untuk ditutup pada 12 sen. Itu adalah salah satu saham yang paling banyak diperdagangkan di bursa saham tempatan. 

Harga penutupan pada 12 sen juga merupakan yang tertinggi diniagakan dalam 12 bulan terakhir. Jumlah saham yang diperdagangkan adalah 189 juta. 

"Kenaikan harga saham menunjukkan ada peningkatan di Anzo. Melihat trend hari ini di mana kebanyakan syarikat tersenarai Bursa mempelbagaikan dan menceburkan diri dalam industri berkaitan kesihatan dan penjagaan kesihatan, Anzo dapat merancang hal yang sama untuk mempelbagaikan pendapatannya," kata sumber. 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Anzo mengatakan pihaknya berhati-hati terhadap prospek untuk tahun kewangan saat ini kerana ekonomi terus menghadapi berbagai macam angin terutama dengan wabah koronavirus. 

Anzo mengatakan kelembapan ekonomi secara meluas ini telah pun di jangkakan dan kumpulan itu secara aktif mengusahakan langkah-langkah untuk menguruskan kos operasinya dan menyemak semula rancangan perniagaan untuk mengurangkan kemungkinan kesan negatif yang timbul dari pandemi Covid-19. 

"Anzo akan terus fokus pada kecekapan dan produktiviti operasinya sehingga hasil yang memuaskan dapat dicapai untuk tahun kewangan semasa," katanya. 

Kumpulan itu mencatatkan pendapatan sebanyak RM8.37 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 30 April 2020, hampir enam kali ganda berbanding tahun sebelumnya yang sama. 


Ia mengatakan ini terutama disebabkan oleh sumbangan dari bahagian perdagangan bahagian pembinaan, yang memberikan perolehan RM7.5 juta pada suku tersebut. 

Industri kayu amat terjejas teruk oleh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) yang berkuat kuasa pada bulan Mac 2020. Ini terbukti dengan sumbangannya hanya perolehan RM0.9 juta (2019: RM1.5 juta) dalam tempoh tersebut. 

Anzo mengatakan bahawa sejajar dengan hasil operasi yang bertambah baik, kumpulan ini mengalami kerugian kecil sebelum cukai sebanyak RM2,000 berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM1.03 juta pada suku tahun sebelumnya. 

Untuk tahun ini, dan hasil daripada perniagaan perdagangan yang bertambah baik, pendapatan dan keuntungan kasar kumpulan masing-masing meningkat kepada RM15.51 juta dan RM1.38 juta. 

Hasilnya, kerugian sebelum cukai kumpulan berkurang hampir separuh, daripada RM2.7 juta pada tahun 2019 kepada RM1.39 juta pada tahun 2020.


Monday, June 22, 2020

ANZO Holdings Bhd, Menambah Cabang Perniagaannya Bagi Menjana Keuntungan Syarikat

Salam semua, 


Seperti mana yang kita ketahui Anzo Holdings Bhd, yang mengeluarkan dan memasarkan produk kayu untuk membina projek di Malaysia, kini sedang giat dalam usaha mencari perniagaan baru untuk menjana pendapatan tambahan bagi kumpulan tersebut. 


Difahamkan, kumpulan itu sedang berbincang dengan beberapa pelabur asing untuk rancangan tersebut. 

"Pemegang saham merancang sesuatu untuk Anzo membawanya ke tahap yang baru. Anzo boleh mendapatkan pelabur baru dan mereka mungkin menyuntik perniagaan baru ke dalam kumpulan," kata seorang sumber dengan pengetahuan mengenai perkara itu. 

Anzo (dahulunya di kenali sebagai Harvest Court Industries Berhad) juga terlibat dalam pembinaan dan pembangunan harta tanah, dengan fokus pada kerja-kerja pembinaan dan reka bentuk dalaman dan perkhidmatan penyelenggaraan yang berkaitan. 

Saham Anzo naik 4 sen atau 41,18 peratus hari ini untuk ditutup pada 12 sen. Itu adalah salah satu saham yang paling banyak diperdagangkan di bursa saham tempatan. 

Harga penutupan pada 12 sen juga merupakan yang tertinggi diniagakan dalam 12 bulan terakhir. Jumlah saham yang diperdagangkan adalah 189 juta. 

"Kenaikan harga saham menunjukkan ada peningkatan di Anzo. Melihat trend hari ini di mana kebanyakan syarikat tersenarai Bursa mempelbagaikan dan menceburkan diri dalam industri berkaitan kesihatan dan penjagaan kesihatan, Anzo dapat merancang hal yang sama untuk mempelbagaikan pendapatannya," kata sumber. 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Anzo mengatakan pihaknya berhati-hati terhadap prospek untuk tahun kewangan saat ini kerana ekonomi terus menghadapi berbagai macam angin terutama dengan wabah koronavirus. 

Anzo mengatakan kelembapan ekonomi secara meluas ini telah pun di jangkakan dan kumpulan itu secara aktif mengusahakan langkah-langkah untuk menguruskan kos operasinya dan menyemak semula rancangan perniagaan untuk mengurangkan kemungkinan kesan negatif yang timbul dari pandemi Covid-19. 

"Anzo akan terus fokus pada kecekapan dan produktiviti operasinya sehingga hasil yang memuaskan dapat dicapai untuk tahun kewangan semasa," katanya. 

Kumpulan itu mencatatkan pendapatan sebanyak RM8.37 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 30 April 2020, hampir enam kali ganda berbanding tahun sebelumnya yang sama. 


Ia mengatakan ini terutama disebabkan oleh sumbangan dari bahagian perdagangan bahagian pembinaan, yang memberikan perolehan RM7.5 juta pada suku tersebut. 

Industri kayu amat terjejas teruk oleh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) yang berkuat kuasa pada bulan Mac 2020. Ini terbukti dengan sumbangannya hanya perolehan RM0.9 juta (2019: RM1.5 juta) dalam tempoh tersebut. 

Anzo mengatakan bahawa sejajar dengan hasil operasi yang bertambah baik, kumpulan ini mengalami kerugian kecil sebelum cukai sebanyak RM2,000 berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM1.03 juta pada suku tahun sebelumnya. 

Untuk tahun ini, dan hasil daripada perniagaan perdagangan yang bertambah baik, pendapatan dan keuntungan kasar kumpulan masing-masing meningkat kepada RM15.51 juta dan RM1.38 juta. 

Hasilnya, kerugian sebelum cukai kumpulan berkurang hampir separuh, daripada RM2.7 juta pada tahun 2019 kepada RM1.39 juta pada tahun 2020.


Pengalaman Makan Makan Mengikut SOP Di Hotel Maya Kuala Lumpur-

Hi Korang,

Lama betul menulis mengenai makan-makan nieh. 

Selalu update di social media jer 

Dapat jugaklah kitorang berjumpa setelah sekian lama, ada yang dah mula kerja dan ada yang masih bekerja di rumah lagi. Bila ada kesempatan ni haruslah kita jangan lepaskan peluang. 


Setelah 2 bulan Hotel Maya Kuala Lumpur menutup operasinya berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO), kini ianya kembali beroperasi tetapi mengikut segala garis panduan SOP yang telah ditetapkan. Pelbagai menu baru telah diperkenalkan dan paling unik dalam menikmati hidangan di sini, pelanggan perlulah mengikuti penjarakkan sosial (distancing social). 

Untuk satu meja hanya 2 orang sahaja dibenarkan. 


Hotel Maya Kuala Lumpur menawarkan pelbagai jenis dan hidangan signature Jepun dan Kantonis di Restoran Still Waters setiap hari, Maya Brasserie dan Ramah Tamah dan kak lily rasa harga yang ditawarkan semua adalah berpatutan dan korang berpeluang dapat merasai sendiri hidangan etnik yang menjadi kegemaran. 


Pelbagai hidangan menu yang ditawarkan samada masakan tempatan, barat, Jepun dan pelbagai lagi. Terdapat juga set menu yang diperuntukkan untuk 2 orang makan dan lebih. 

Set menu ini termasuklah pembuka selera, hidangan utama, dan pencuci mulut. 

Terdapat 3 set menu yang boleh dipilih yang bermula daripada harga RM60 untuk 2 orang dan tambahan RM20 dikenakan untuk setiap penambahan orang. 

Antara item yang terdapat dalam set menu seperti:- 

Japanese Breaded Tiger Prawns 

Stewed Australian Ribeye with Miso Paste 

Braised Hot and Sour Szechuan Soup 

Braised Duck with Ginger and fresh Shitake Mushroom 

Creamy Chicken with Curry Leaves and Homemade Spicy Dried Shrimp Sauce 

Deep Fried Spicy Seabass Fillet with Homemade Plum Sauce 

Shredded Young Mango and Supreme Spicy Soya Sauce Tiger Prawns 


Untuk pencuci mulut, antara hidangan yang ditawarkan seperti:- 

Chilled Sea coconut with longan and Lemon Syrup 

Double Boiled dried Pear with Chrysanthemum 

Sea Bird's Nest, White Fungus and Dried Longan 

Selain hidangan set, terdapat juga hidangan ala-carte yang boleh dicuba. Harga adalah daripada RM8 ke atas. 

Antaranya seperti: 

Nasi Kerabu with Ayam Goreng Berempah. 

Nasi Tomato with Ayam Masak Merah. 

Olive Vegetable Fried Rice. 

Work Fried Shell-less Tiger Brawns with Butter and Golden Oat. 

Butter Squid with Salted Egg Yolk. 

Grilled Japanese Shishamo Fish. 

Double Boiled Old Cucumber Chicken Soup dan Choice of Fragrant White Rice and Brown Rice.

Japanese Gyoza with Shrimp and Chicken 



Kawasan untuk menikmati hidangan di Hotel Maya memang luas dan selesa. Memang sangat praktikal untuk kita datang menikmati hidangan di sini dan pada yang sama mengamalkan SOP yang ditetapkan iaitu penjarakkan sosial. 

Dine ini hanya dibuka pada hari bekerja sahaja (kecuali Cuti Umum) bermula dari jam 11 pagi sehinggan 8 malam (order terakhir adalah jam 7 malam). 

Perkhidmatan Penghantaran

Selain daripada menikmati hidangan di sini, pihak Hotel Maya juga menawarkan perkhidmatan penghantaran ke rumah. Ini bermakna kita boleh menikmati hidangan hotel di mana sahaja samada di rumah mahupun pejabat. 


Korang boleh hubungi hotelmayakl.beepit.com untuk tempahan. Caj penghantaran dalah PERCUMA dengan minimum perbelanjaan RM60 didalam jarak 5KM dan minimum RM80 untuk jarak sehingga RM10KM. Bukan itu sahaja korang juga boleh nikmati cashback 10% untuk tempahan kedua. Tempahan dan penghantaran adalah dari jam 11 pagi sehingga 8 malam. 

Light bites at Ramah Tamah 

Salah satu kafe di sini yang menawarkan hidangan seperti sandwich, pastri dan juga kek. Lebih istimewanya di Ramah Tamah Kafe juga menawarkan hidangan sarapan pagi seperti nasi lemak, bihun goreng, laksa kari Maya dan pelbagai lagi hidangan dengan harga bermula RM7. Hidangan hebat ini pula dipadankan dengan teh tarik dan juga kopi kampung, perghh memang betul-betuu padu rasanya 

Maya Elite Privilege 

Hotel Maya juga ada memperkenalkan Maya Elite Privilege sata program cash voucher yang membolehkan pengunjung mendapatkan pra-pembelian cash voucher samada RM50 dan RM100. Di mana cash voucher ini boleh digunakan untuk masa akan datang bagi tempahan spa, bilik dan juga hidangan di sini. Penggunaan cash voucher juga melayakkan kita untuk menerima tambahan 30% diskaun. Oh ya! Penggunaan cash voucher adalah sah tempoh lakunya sehingga 18 bulan bermula dari tarikh pembelian.

Untuk keterangan lanjut mengenai Maya Elite Privileges boleh hubungi christy.woon@hotelmaya.com.my atau hubungi di talian +6012-2849813.

lama betul tak jumpa diaorang ni lah