Monday, March 9, 2020

Buffet Ramadan 2020 ‘Truly Asia Malaysian’’ Di Sime Darby Convention Centre

Hi Korang, 


Setiap tahun kak lily tak pernah miss pun kalau ada buffet Ramadan di Sime Darby Convention Centre ni sebab ape? Sebab sedap dan pilihan boleh tahan banyaknya hahaha taklah. Semua tempat banyak je pilihan samada sesuai dengan tekak korang ke kan.

peminat semua jenis makanan, janji sedap katanyer


Truly Asia Malaysian Ramadhan Buffet Dinner

Tema bagi buffet tahun ini adalah “Truly Asia Malaysian Ramadhan Buffet Dinner” dan untuk pengetahuan semua, promosi buffet ramadhan ini bermula dari 24 April sehingga 21 Mei 2020. 







Apa yang menarik pelbagai juadah asli tradisi masyarakat Malaysia ada ditawarkan. Dan pastinya semua hidangan ini adalah yang sering menjadi tarikan dan tumpuan. Antaranya seperti Kari Kepala Ikan Salmon, Sotong Berlado Petai, Ikan Goreng Bercili, Bubur Lambuk Berherba dan pelbagai lagi 

Terdapat 20 gerai makanan yang menawarkan variasi menu juadah yang cukup hebat, antaranya seperti Sup Berempah, Masakan Kawah, Ikan bakar, Otak-otak, Teppanyaki dan Cucur pelbagai jenis. Semua hidangan yang disediakan oleh chef yang berpengalaman.








Tidak lengkap rasanya menikmati makanan berbuka tanpa pencuci mulut. Jadi kalau berbuka di sini jangan lupa untuk mencuba sendiri Tapai Pulut Daun Getah, Sago Gula Melaka Bubur Kacang Hijau bersama Durian, Roti Jala Pandan, ABC cendol, Puding Roti dan Mentega, pelbagai jenis kek, tart dan banyak lagi.

Begitu juga pilihan minuman, ada pelbagai samada panas mahupun sejuk antaranya seperti Teh Tarik dan Nescafe Tarik, Cincau, Soya Bean, Bandung, Ice Lemon Tea dan tebu. Begitu juga dengan Fruity Blended smoothie juga disediakan untuk tetamu semasa berbuka.


Tambahan menu adalah makanan kegemaran dari Asia, antaranya seperti Stewed Venison Lebanese, Lemon Saffron Rice, Vietnam Chicken Roll dengan bumbu dan sos, Nasi Kambing Bukhara dan pencuci mulut Boloi Thai. 

Buffet ramadhan bermula dari jam 7.00 malam hingga 10.30 malam, 24 April hingga 21 Mei 2020 dan harga yang ditawarkan adalah :- 

RM99++ seorang, 

RM69nett Kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun dan warga emas berumur 60 tahun tahun ke atas Kanak-kanak berumur bawah 5 tahun adalah percuma.


Promosi pembelian voucher 'early birds' ditawarkakn iaitu pada harga serendah RM69 nett sahaja yang dijual bermula dari 24 Januari hingga 29 Februari 2020, Manakala RM79 nett pada bulan Mac dan RM89 nett dari 1 April sehingga 23 April 2020.

China Treasure Ramadhan Dinner Indulgence 

Korang yang ingin berbuka dengan gaya masakan chinese', bolehlah mencuba China Treasure Ramadhan Dinner Indulgence. Pelbagai jenis dimsum, sup ditawarkan setiap hari bermula dari jam 7.00 malam hingga 10.30 malam. Pakej ini adalah dari 24 April sehingga 31 Mei 2020. 







Harga voucher 'early birds' ditawarkan pada harga RM69 nett bermula dari 24 Januari hingga 29 Februari 2020. Manakala RM79 nett pada bulan Mac dan RM89 nett dari 1 April hingga 23 April 2020. 


Harga asal adalah RM99 ++ ssahaja. Bagi kanak-kanak berumur antara 6 dan 12 tahun tahun serta warga tua berumur 60 tahun ke atas caj yang dikenakan hanyalah RM69 nett sahaja. 

Bagi kanak-kanak berumur bawah 5 tahun adalah percuma.


Steamboat dan Grill Ramadhan Buffet 

Tahun ini, D'Atap Gazebo menawarkan 100 jenis hidanagn steamboat All-You-Can-Eat!


Untuk harga 'early bird' memang sangat berpatutan iaitu RM39 nett sahaja. Tempoh masa promosi adalah daripada 24 Januari hingga 23 April 2020 (harga sebenar adalah RM50++ seorang). 


Kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun dan warga emas berumur 60 tahun ke atas hanya membayar hanya RM35 nett setiap orang. Manakala anak-kanak berumur di bawah umur 5 tahun makan adalah secara percuma. 

Lain-lain Pakej

Selain itu terdapat juga pakej istmewa banquet di bilik private function yang bermula dari 24 April hingga 21 Mei 2020 yang ditawarkan pada harga RM69++ seorang untuk sekurang-kurangnya 1000 orang. 

Di sediakan juga perkhidmatan katerer luar pada harga RM69++ seorang. Hah! Kalau berminat silalah buat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan. 

Hubungi 03-2089 3799 atau emel ke halia.sdcc@simedarbyproperty.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan ATAU Pertanyaan Mengenai Jamuan di 2089 3688 / enquiries.sdcc@simedarbyproperty.com

Jom kite ke: 

Sime Darby Convention Centre, 
1a, Jalan Bukit Kiara 1, 
Bukit Kiara, 60000 
Kuala Lumpur, 

Tel : 03-2089 3688 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook : 

Instagram : 



Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 



Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2020, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2020 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.

1 comment :

Umi Nazrah said...

waalaikumussalam. bestnya jenuh menjamu selera ^_^