Hi Korang,
Ya ampun bermula episod entry buffet ramadan 2020 di blog picisan ahkak ko ni kan heehee
Sekejapan je masa berlalu, dah setahun dah kan. So untuk pembuka tirai ni kak lily nak kongsikan pada korang tempat pertama yang kak lily dapat jemputan adalah dari RHR Hotel Uniten.
RHR Hotel @ UNITEN yang terletak di kawasan strategik di antara Putrajaya, Kajang, Bangi dan Sepang menyediakan sajian enak sepanjang Ramadan Al Mubarak ini dengan lebih 200 pilihan makanan serta lebih 21 gerai istimewa.
kak lily cuba Shell Out hah, sedapp
‘Selera Kampung‘ di RHR Hotel @ UNITEN kali ini menjanjikan sajian segar dan menepati citarasa dan keperluan para tetamu yang berbuka puasa, bertepatan dengan lokasinya yang bersebelahan Masjid Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di samping pemandangan tasik yang memukau suasana lebih santai dengan tiupan bayu tasik.
Pastinya Jupiter Coffee House akan menjadi tumpuan sepanjang Ramadan ini, ia boleh menampung dari 500 hingga 700 tetatmu dalam satu masa.
Terdapat 21 gerai istimewa ‘Action Stall’ bersama menu hot selling kegemaran ramai seperti :-
Nasi Chef Hezrani
Nasi Ayam
Nasi Bebek Tepi Tasik
Shell Out
Ikan Bakar
Kambing Golek
Sup Bro Aidil
Roti John
Satay Kajang
Tauhu Bergedil
Of courselah mesti kena ada menu lauk kampung jugak seperti ikan keli masak cili merah, ayam masak kurma, daging masak lemak, itik panggang, ayam golek dan ikan bakar yang di bakar panas-panas ermm sedap.
Pembuka selera korang boleh menikmati pelbagai salad, aneka kerabu, keropok, jeruk, rojak buah, ulam-ulamam kampung, telur masin, ikan masin dan benda wajib ada bila makan nasi (budu, cencalok, kicap cili padi).
Booth pencuci mulut
Ais kacang dan Ais cendol
Pencuci mulut : kuih tradisional, kek pastri, pelbagai bubur serawa durian dan buah-buahan tempatan
Tak lupa gerai minuman bazar ramadan yang kecur mulut seperti sirap bandung, sirap selasih, air asam boi, teh ais cincau & tak lupa Nescafe tarik serta Teh Tarik panas
Harga bagi “Selera Kampung” Buffet di RHR Hotel @ UNITEN ini dari 25 April hingga 21 Mei 2020 adalah
RM75.00nett dewasa
RM38.00 nett Kanak-kanak dan Warga emas (kanak-kanak 5 hingga 12 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas)
TAWARAN PEMBELIAN AWAL > RM 55 BERSIH bermula 1 Mac - 21 April 2020
Tempahan boleh whatsapp terus > whatsapp.com/601163182088
Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-8922 2088 sambungan 8036/8013, atau email ke dahlia@rhrhotel.com
Jom kita ke:
RHR Hotel UNITEN Bangi
Kampus Putrajaya Universiti Tenaga Nasioanl
KM 7, Jalan Ikram-Uniten
43009 Kajang Selangor
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Website :
Facebook :
Instagram :
Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.
Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2020, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2020 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.
#rhrhoteluniten
No comments :
Post a Comment