Wednesday, October 9, 2019

Hotel Maya Perkenal Chef Zainurin Sebagai Chef Eksekutif Sous Baru

Hi Korang,

Sedikit info kak lily nak kongsikan kepada korang ek

Hotel Maya Kuala Lumpur mengumumkan pelantikan Chef Zainurin bin Mohd Salleh sebagai Chef Eksekutif Sous terbaru hotel itu bermula 15 Julai lalu. 

Chef Zainurin bin Mohd Salleh

Dilahirkan dan dibesarkan di Masjid Tanah, Melaka, Chef Zainurin mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas bidang kulinari selama lebih 30 tahun bersama beberapa hotel terkemuka dan restoran ‘fine dining’ Jepun. 

Menurutnya, beliau mula meminati bidang masakan apabila sering membantu ibunya ketika remaja. Seawal usia 19 tahun, beliau kemudian mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kulinari di Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka. Selepas tamat pengajian, Chef Zainurin memulakan kariernya pada tahun 1987 dan mula meningkatkan kemahiran dalam masakan Jepun. 

“Bagi saya, hidangan Jepun mengajar kita menjadi lebih berdisiplin, hormat, kreatif dan jujur. Seni persiapan hidangan itu sendiri membuatkannya berbeza dan unik. Kita perlu gunakan kemahiran dan teknik yang betul untuk hasilkan rasa terbaik,” katanya. 

Dragon Roll

Hotate Mentai Mayo Yaki

Beef Sirloin Steak

Sebagai pengenalan, Chef Zainurin memperkenalkan 3 jenis hidangan istimewa iaitu ‘Hotate Mentai Mayo Yaki’ yang akan dijual pada harga RM22, ‘Dragon Roll’ (RM27) dan ‘Beef Sirloin Steak’ (RM34). Selain itu, 6 menu baru juga akan diperkenalkan di restoran makanan Jepun dan Kantonis Hotel Maya, Still Waters. 

Set Salmon Sashimi

Set Tempura

Set Yaki Zakana

Hidangan-hidangan itu adalah Set Yaki Zakana, ikan salmon yang dipanggang dan disaluti dengan garam atau sos teriyaki, dihidangkan bersama nasi, salad dan sup miso; Set Salmon Sashimi, potongan segar ikan salmon, dihidangkan bersama nasi, salad dan sup miso; serta Set Tempura, udang dan sayur-sayuran yang digoreng dalam salutan tempura, dihidangkan bersama nasi, salad dan sup miso. 

Ramen Noodle with Condiment

Set Sashimi Moriawase

Set Sushi Yaki Zakana

Selain itu terdapat juga Set Sashimi Moriawase, potongan pelbagai jenis ikan mentah yang dihidangkan bersama nasi, salad dan sup miso serta telur kukus; Set Sushi Yaki Zakana, hidangan pelbagai jenis ikan dengan nasi bersama ikan panggang, sup miso, salad dan telur kukus; dan Set Ramen Gyoza, mi ramen bersama hidangan sampingan, serta nasi dan salad. Kesemua set akan dijual bermula harga RM30. 

Hotel Maya terletak secara strategik di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, tidak jauh dari Menara Berkembar Petronas. Hotel ini menawarkan 205 bilik terdiri daripada Studio, Suite Junior, Suite Deluxe, Suite Eksekutif dan Apartment Eksekutif; 3 buah outlet makanan dan minuman, 2 ruang istirehat, perkhidmatan makanan dalam bilik, kolam renang hidroterapi, gimnasium dan kemudahan spa.






No comments :