Hi Korang,
Bila sebut tentang kopi je semuanya nak tag kak lily kan kan kan??
Ye akak memang hantu kopi tapi tak berapa lah expert mengenai kopi ni, basic line tuh hado so fahamlah sket mengenai kopi, bji kopi dating dari mana bagai kan hehehe itu je ler
Bila ada someone DM di Instagram tanya kak lily pernah cuba HOSHINO COFFEE ni ermm terus diam sejenak, eh ada kedai kopi baru ni apsal akak tak tau plak ek. Nama pun ala- ala Jepun ni, dalam hari bercakap ermm kopi dari Jepun ni so haruslah jangan lepaskan peluang untuk mencuba.
macam kat Jepun tak
Kebetulan petang tuh abis kerja kat area Subang ni so singgahlah akak ke Empire Shopping Gallery. Lama plak dah datang kemari banyak betul kedai makan sedap-sedap lah. HOSHINO Coffee ni terletak di bahagian LG dan berdekatan dengan escalator.
nampak menunya dah siap display, memang tempting kan
Kira macam turun sket dah boleh nampak dah, cantik betul kedai ni ala-ala berada di Jepun plak walaupun kak lily tak pernah jejak kaki ke Jepun kan setakat tengok kat dalam tv pun hehehe but I know memang ala-ala Japanese concept.
Kalau korang nak tau yang HOSHINO COFFEE ni telah wujud sejak dari tahun 2011 lagi, di mana cawangan pertama HOSHINO COFFEE adalah di Saitama Prefecture, Jepun sehingga ke hari ni HOSHINO COFFEE telah mempunyai lebih dari 180 cawangan di Jepun dan telahpun berkembang di negara-negara Asia iaitu Singapura, Korea Selatan, China dan termasuklah Malaysia. Memang ketinggalan zaman sungguhlah ahkak ko sorang ni kan.
Untuk peminat kopi mestilah yang pertama sekali diorang akan cuba haruslah KOPI kan!!
Di HOSHINO COFFEE ni kopinya di brew segar, bahan utama iaitu biji kopi yang mereka import ini di ‘grind’ sendiri setiap hari bagi menambahkan lagi kesedapan kepada kopi yang dihidangkan kepada para pelanggan.
harum betul masa ni, rasa segar je kopi ni tau
Kesedapan yang terletak di dalam setiap cawan kopi di HOSHINO COFFEE ini adalah campuran biji-biji kopi yang di ambil daripada pelbagai negara, campurannya haruslah kak lily tak tau itu mestilah rahsia hehehehe
HOSHINO COFFEE menghidangkan ‘HAND-DRIP’ Coffee tau
Ini special ni, kak lily pun first time tengok ni tau. Nampak cam senang je barista ni buat tapi kalau takde training payah jugaklah. Kira experience barista je yang buat blend kopi ni kan
“Hoshino” Blend Coffee – RM 14.20
Sangat-sangat enak dan segar je bila pertama kali kak lily bau ye, ianya terhasil dari biji kopi Arabica yang dipanggang dengan teliti dan melalui proses ‘hand-drip’ yang sungguh unik.
Kak lily minum begitu saja tanpa gula, tanpa susu barulah terasa akan keenakkannya. Ianya tak begitu strong level aciditynya, mild dan delicate je bila di minum. Minum perlahan-lahan barulah terasa nikmat.
Cerita pasal kopi je dah kemain panjang kan, oklah kak lily kongsikan jugak menu-menu unik dan sedap yang dihidangkan di HOSHINO COFFEE ni kan.
Jadi kak lily kongsi kan pencuci mulut dulu ek, kita twistlah sket kan hehehehe
Pot-Baked Soufflé (Vanilla Soufflé) - RM 17.50
Selalunya kak lily makan soufflé ni letak dalam mangkuk biasa je tapi yang ini di dalam periuk comel yang boleh di bakar ek. Siap dengan sos kastad lagi, Bila sampai je kena makan ni dulu sebab memang kena makan panas-panas barulah enak.
Lembut dan sedap tak de bau telur sangat pun, makan sekali dengan sos kastadnya lagi enak dong!!
Boleh pilih nak Vanilla Souffle atau Matcha Souffle, eh sos coklat pun hado gak lah.
Soufflé Style Pancake (Maple Syrup atau Honey Syrup) – RM 16.40
Lagi satu nikmat yang tak boleh di dustakan hehhhe. Pencuci mulut Souffle dalam bentuk pancake. Untuk menu ni once bila kita order then baru ianya di bakar so memang kena makan panas-panas jugak.
Dicurah pilihan sirap samaada maple tau madu hehehe, seriously time ni memang rasa tak sabar nak makan sebab tempting betul lah. Panas-panas plak pancake ni di hidang plak tuh.
Nak order single boleh ataupun double pancake, makan ramai-ramai memang syiok ooo
French Toast – RM 19.70
Lain macam French Toast di HOSHINO COFFEE ni ek, cara ‘food presentation’nya kemain hebat sekali. French toast ni adalah dihidangkan bersama gula dan juga krim, sangat lembut dan sedap di makan. Portionnya banyak jugak lah. Just nice untuk di kongsi ramai nampak macam berebut-rebut sket hehehe
Itu menu pencuci mulut ek, ok ni kak lily kongsikan plak menu-menu makanan yang korang boleh cuba jugak tau, tak kira siang mahupun malam. Manalah tau korang malas nak balik keje petang sebab jem so nak melepak ni tengok ni.
“Hoshino” Spaghetti with Eggplant, Shimeji, Chicken Bacon & Sausage – RM 21.90
Korang ni kalau nama pelik-pelik mesti cam geli-geli nak makan kan kan kan. Menu ni sedap wei sampai menjadi hidangan ’best-seller‘ yer. Ini bukan hidangan vegetarian tau, sebab ada chicken bacon, korang kalau nampak sayur je ingat vegetarian ceh. Portion hidangan sangat besar yang mana boleh makan berdua tau dengan tersayang hehehe
Salmon Spaghetti with Wasabi Cream Sauce – RM 29.60
Yeah salmon I like!!
Hidangan yang sangat-sangat berkrim tapi tidak memualkan. Mungkin sebab adanya wasabi di atas salmon tuh kan hehehehe By the way, kuahnya tuh di campurkan sekali dengan wasabi sauce bukan kat salmon jer tau. Boleh licin sepinggan ni sebab kuahnya sedap.
Pescatora Seafood Spaghetti with Tomato Sauce – RM 29.60
Nak kata pedas tapi langsung tidak!! Kanak-kanak mesti suka sebab rasa tomato hehehe. Nampak kandungan seafoodnya kemain banyak ek. Kak lily suka sebab udangnya dah di kopek hehehe pemalas betul ek
“Omu Rice” & Chicken Teriyaki with Salad – RM 26.30
Ada jugak hidangan nasi di HOSHINO COFFEE ni ek, tapi nasinya terlindung dek telur tuh hehehe nampak takde tapi adalah. Di hidangkan sekali dengan chicken teriyaki plak lagilah bertambah sedap di makan, memang berselera habis lah makan hidangan ni. Hidangan nasi yang simple tapi mengenyangkan.
Ya ampun ada lagi ni yang akak nak share dengan korang ni ek, ok janji ini last sekali tau.
Fruit Tea (Hot or Ice) – RM 19.70
Untuk mereka yang kurang gemarkan kopi so ada pilihan minuman untuk korang jugak ye.
Hot Fruit Tea
Cold Fruit Tea
Ini dia Fruit Tea, ya ampun sedap wei memang terasa buah-buahannya. Campuran buah-buahannya sangat-sangat variety sebab tuh ianya enak di minum. Ada pilihan panas mahupun sejuk. Bagi kak lily pilihan panas kak lily suka lagi dari sejuk sebab rasanya yang lebih pekat dan enak.
Dari segi harga pulak, bagi kak lily tak delah mahal sangat pun, sama je dengan harga makanan di café-café lain jugak, tambahan pulak portionnya yang besar dan boleh di kongsi bersama-sama dengan yang tersayang hehehehehe
Jom Kita Ke :
Aras LG,
Empire Shopping Gallery,
Subang Jaya
Cawangan lain Boulevard Mid Valley.
Pulau Pinang di QueensBay Mall dan Gurney Plaza Mall.
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Facebook:
Instagram :
#hoshinocoffeemalaysia
#hoshinocoffeesg
#handdripcoffee
19 comments :
aduhh kek dan kopi ! ini yang tak boleh tahan ni. kena ajak jugak geng blogger ke sini. sesi ngopi.
Kenapa kita pun baru dengar pasal Hoshino coffee ni? Salmon spaghetti dia nampak sedap. Kalau ke Subang, Qiss nak rasa sendiri kopi kat sini. Yeayy
Kak lilyyyy!! Ya Allah cantiknya kedai dia! Nampak ekslusif dan elegan sangat kita suka kita suka! Terliur tengok Soufflé Style Pancake tu! Nak trylah nanti ajak husband pergi food hunt kat sana. Thanks sharing ^_^
ko dengan kopi mmg tak boleh dipisahkan
Kalau Lily pantabg dengar hal kopi kak pulak pantang tengok dessert hihi... nampak sedap gak... belum pernah try lagi kat sini sbb jarang turun shopping mall Subang ni...
spagetti tu yg sedap!! hehe
Nampak menarik kedai coffee ni.. cara pembuatan ni lain yerr. Azni pun hantu kopi .. nnt kalau p sana boleh jengah
memang mengundang keterliuran ni kak lily. bau kopi semerbak harum, walau tak minat kopi tapi dengan baunya yang harum tu memang buat kita jadi teringin nak mencuba. saya paling suka kopi susu, dapat makan dengan dessert tu, hmm sedapnya
Kak Lily, amni tak tahu lahkenapa.
Tapi kalau tengok kopi mesti ingat dekat akak hahah
Mungkin sebab selalu tgk akak update pasal kopi dekat facebook kot.haha
cantik betul interior cafe ni. classic & nice gitu. oh dekat je dengan rumah. boleh la singgah pekena kopi lepas habis kerja.. nice sharing kak lily
sy bukan la penggemar tegar coffee tapi suka bau kopi yang tengah dibrew. Wangiii.. Tapi nanti nak try jugak la kat hoshino coffee ni sebab tak jauh dari rumah. hehe
Walaupun AM bukan peminat kopi tapi environment kawasan kafe nie mmg menarik n ada stail.. Food pun nmpk tempting sgt.. Boleh la singgah nnti AM cuba menu yg cik lily sarankan..
Cantek giler dekorasi kat sini. Ada citi2 zaman kalonial kat situ. Plg best kopi dia dan makanan yg ditawarkan semuanya nampak menarik
wahhh bestnya tempat ni. saya ni bukanlah penggemar kopi, tapi sekali sekala tu bolehlah. nanti kalau ada rezeki nak singgahlah sini. nampak cantik dekorasi and menu makanan nampak sedap.
OMG look at the coffee! And the food~ the waiter is handsome too! HAHAHAH! I will pay for a visit very soon! I love this kind of environment!
Thanks for sharing.
Perghhh memikat sungguh laaaa kopi. Bau kopi yang tersangat harum. Dari Jepun pulak ni. Tak pernah juga rasa kopi dari resipi orang Jepun ni. Hehehe. Nak try jugakkkk
Saya suka!!! Saya suka!!! Hantu kopi jugak ni Kak Lily... Hehehehe... Kalau tak pekena at least sekali sehari rasa tak sah gitu... Nak try la Hoshino Coffee ni... Menu makanan pun perghhhh, menyelerakan sungguh tu...
Isshhh bukan jaa coffee yg sedap tu...makanan yg ada tu pun nampak sedap...kalo p sana boleh singgah...
Ingatkan menu kopi & dessert je ada, rupanya banyak lagi menu lain nampak sedap jugak. Kopi x berapa minat tapi boleh je minum.
Post a Comment