Saturday, August 17, 2019

AMOREPACIFIC Malaysia Berjaya Melancarkan ACARA ‘MAKEUP YOUR LIFE’

Hi Korang,

Para pesakit serta mereka yang berjaya sembuh daripada penyakit kanser telah mengunjungi acara ‘Makeup your Life’ oleh Amorepacific Malaysia dengan kerjasama Yayasan Kanser Payudara yang bertujuan membantu pesakit kanser meneruskan kehidupan harian mereka dengan lebih cepat dan lebih yakin. 

Acara yang pertama kali diadakan di Malaysia adalah juga bersempena dengan usaha CSR syarikat di peringkat global untuk mendekati para pesakit kanser. Para peserta berpeluang menikmati aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan termasuk kelas penjagaan kulit dan mekap, panduan memilih aksesori menggunakan bahan yang memberi manfaat kepada kesihatan serta demonstrasi masakan dan pemakanan yang betul. 

A Group Photo of Cancer Patients and Survivors with volunteers from Amorepacific

Amorepacific Malaysia memulakan acara dengan taklimat tentang penjagaan kulit dengan memberi tumpuan kepada perubahan kulit selepas rawatan kanser dan bagaimana cara untuk menanganinya. Ini diikuti dengan kelas mekap yang mengajar peserta teknik mekap untuk mencerahkan dan meratakan tona kulit bagi penampilan yang sihat berseri. Setiap peserta menerima kit makeup your Life bernilai RM700 termasuk produk penjagaan kulit dan produk mekap dari Innisfree, Laneige, Mamonde dan Etude House. Semua produk adalah bebas alkohol, lembut pada kulit dan memiliki ciri melembapkan kulit. 

Sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk mempromosikan gaya hidup sihat, Amorepacific Malaysia turut bekerjasama dengan Stailoz yang telah menampilkan dan berkongsi manfaat kesihatan Titan Tech yang digunakan pada kepala tiub Stailoz. Teknik penggayaan ringkas turut diajar menggunakan kepala tiub dan setiap peserta turut diberikan kepala tiub yang ditaja oleh Amorepacific Malaysia. 

A Demonstration on Healthy Cooking by Consultant Dietitian, Indra Balaratnam

Segmen gaya hidup sihat turut meliputi demonstrasi memasak secara sihat oleh Perunding Diet, Indra Balaratnam. Dengan mengambil kira paras tenaga pesakit kanser yang rendah semasa rawatan serta keperluan menjalani rawatan secara kerap, Indra telah menunjukkan cara yang mudah untuk menyediakan sup berkhasiat yang enak serta nasi goreng beras ceruh multibijirin yang penuh dengan khasiat dan juga perisa untuk menaikkan selera pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan. 

Margaret Chin, Pengurus Amorepacific Malaysia ketika ditanya tentang sambutan para pesakit kanser terhadap acara ini telah menyatakan kegembiraan beliau. “Saya gembira dengan sambutan yang diterima bagi acara ini. Yayasan Kanser Payudara telah menjadi rakan yang banyak membantu dalam acara ini dan saya berbesar hati untuk bekerjasama dengan mereka pada masa yang akan datang. Dengan kejayaan acara makeup your Life, kami akan meneruskan usaha menganjurkan program ini pada setiap tahun,” kata Chin. 

An Amorepacific Volunteer Assisting a Cancer Survivor with the Application of a Skincare Product

Program makeup your Life turut menjadi sebahagian daripada komitmen ‘20 by 20’ oleh Amorepacific, yang merupakan janji syarikat untuk mencantikkan kehidupan 200,000 orang wanita dengan menyumbang kepada pemerkasaan kesihatan, kesejahteraan dan kekuatan ekonomi mereka menjelang tahun 2020. Selain itu, menerusi penyertaan dalam kempen Every Women Every Child yang diterajui oleh PBB, Amorepacific meneruskan kewajipan sebagai warga global yang bertanggungjawab dan menyumbang kepada Dunia yang LEBIH Cantik. 

Hijab Styling by Stailoz

Yayasan Kanser Payudara yang menjadi rakan kepada program makeup your Life oleh Amorepacific Malaysia berkata bahawa mereka gembira dengan peluang menjadi sebahagian daripada kempen yang amat bermakna ini. “makeup your Life merupakan acara yang dinanti-nantikan oleh para pesakit serta mereka yang berjaya menewaskan kanser. Ia memberi peluang kep[ada mereka untuk bertemu, menjalin rangkaian dan juga belajar kemahiran baharu yang akan membantu mengubah hidup mereka selepas kanser,” kata Surayati Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kanser Payudara. 

Skincare and Makeup Demonstration by Amorepacific's Training Manager, Camiellia Choo

Program ‘makeup your Life’ telah diadakan sejak tahun 2008 bermula di Korea Selatan dan kemudian dilanjutkan ke kawasan lain termasuk China, Hong Kong, Taiwan, Vietnam, Singapura dan Thailand. 


#makeupyourlife 
 #20by20 
 #amorebeautifulworld 
 #amorepacificcsr


No comments :