Tuesday, June 25, 2019

'Gaya Raya Bersama TOP’ Menghadiahkan Busana Rekaan Jovian Mandagie Berjumlah RM30,000 kepada Lima Keluarga Bertuah

Hi Korang,

Sempat jugak kak lily ke majlis rumah terbuka anjuran TOP dan majalah NONA ni minggu lepas, dapatlah jumpa rakan-rakan media yang lama tak jumpa kan

Pereka Pakaian Jovian Mandagie (tengah) dengan Ms Ling Ai Li, Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd, (Bahagian penjagaan fabrik), dikelilingi oleh pemenang dari Gaya Raya Bersama TOP, dan kanak kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera.

Lima keluarga kelihatan ceria mengenakan busana istimewa pada Hari Raya tahun ini, hasil kejayaan dalam kempen ‘Gaya Raya Bersama TOP’. Di atas sokongan setia terhadap TOP, jenama detergen No. 1 di Malaysia [1], kelima-lima keluarga berkenaan telah memenangi koleksi rekaan daripada pereka fesyen terkemuka, Jovian Mandagie serta rangkaian produk TOP yang berjumlah RM30,000. 

Berita gembira itu telah dikongsi pada acara Rumah Terbuka ‘Gaya Raya Bersama TOP’ yang dihadiri pasukan TOP bersama Jovian Mandagie, artis-artis popular Ernie Zakri dan Ismail Izzani, para pemenang peraduan serta pengamal media. Pada majlis keraian berkenaan, para tetamu juga telah bersama-sama menyambut kemeriahan Hari Raya Aidilfitri bersama kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera. 

Pada tahun ini, TOP telah menerapkan komponen Tanggungjawab Sosial Korporat dalam kempen ‘Gaya Raya Bersama TOP’ dengan menggembirakan 31 kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera dengan menghadiahkan koleksi baju kurung dan baju Melayu sedia dipakai rekaan Jovian Mandagie yang bernilai RM10,000. 

Pereka Pakaian Jovian Mandagie (tengah) dengan Ms Ling Ai Li, Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd, (Bahagian penjagaan fabrik), menyumbangkan pakaian pereka bernilai RM10,000 kepada wakil dari Rumah Bakti Nur Syaheera.

Menurut Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik), Southern Lion Sdn Bhd, Cik Ling Ai Li, pengguna meyakini teknologi detergen TOP dari Jepun bagi penjagaan kain cucian harian mereka yang turut merangkumi item-item berat seperti tuala, langsir dan kelengkapan tempat tidur. Malah, TOP juga dipercayai menjaga item-item pakaian jagaan rapi. 

“Semakin ramai rakyat Malaysia beralih kepada TOP sebagai detergen pilihan utama mereka, sama ada dalam bentuk serbuk, cecair mahupun detergen dengan konsentrasi ultra. Kami sentiasa melihat peningkatan ketara jualan sebelum musim perayaan kerana rakyat Malaysia suka mencuci dan menyegarkan semula pakaian mereka sebelum sambutan, malah ia turut digunakan untuk busana rekaan pereka terkemuka. 

“Oleh itu, ini merupakan waktu terbaik bagi kami untuk memberi ganjaran kepada para pelanggan di atas kesetiaan dan sokongan yang diberikan dalam menjadikan TOP sebagai keperluan penting cucian. Para pemenang dan keluarga mereka kelihatan hebat mengenakan koleksi Jovian Mandagie pada Hari Raya ini,” katanya. 

Cik Ling menambah, “Kami memilih untuk menjalin kerjasama dengan Jovian Mandagie kerana rekaan beliau sentiasa menarik perhatian rakyat Malaysia yang bergaya, pada masa yang sama mengekalkan kehalusan jahitan baju raya tradisional. Kami amat berbangga kerana pada tahun ini, syarikat telah meneruskan kempen ‘Gaya Raya Bersama TOP’ sebagai satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat dengan menghadiahi kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera pakaian rekaan Jovian Mandagie yang dapat dipakai lama. 

“Sebagai detergen pilihan ramai, TOP terbukti efektif menanggalkan kotoran degil serta mampu menembus ke teras fabrik melalui inovasi Anti Sebum dan Micro-Clean Tech kerana ia lebih menjimatkan masa dan terjamin bersih.” 

Lima keluarga pemenang peraduan berkenaan telah menawan pentas peragaan dan berkongsi gaya serta penampilan pakaian Gaya Raya Bersama TOP oleh Jovian Mandagie. Sungguhpun ia merupakan peragaan sulung masing-masing, namun model-model terlibat jelas menunjukkan aura keyakinan serta keterujaan mereka. 

Sementara itu, bagi Jovian Mandagie, kempen ‘Gaya Raya Bersama TOP’ menjadikan koleksi sedia dipakai beliau lebih mudah digayakan oleh lebih ramai rakyat Malaysia. 


“Terlalu ramai individu menjauhi diri daripada mengenakan pakaian oleh pereka fesyen ternama kerana beranggapan ia mahal dan memerlukan jagaan khas tanpa mencuba pakaian tersebut terlebih dahulu. Sungguhpun demikian, koleksi sedia dipakai kami adalah amat bergaya, diperbuat daripada fabrik berkualiti dengan potongan rapi serta jahitan yang halus. Koleksi ini boleh dipakai lama dan masih mengekalkan bentuk dan keadaan fabrik yang masih elok. Detergen TOP merupakan pilihan ideal untuk digunakan bagi mencuci fabrik-fabrik rekaan ini - hanya pastikan anda mengikut arahan penjagaan yang disediakan,” ujar Jovian. 

Bagi Amira Nadiah Bt Abdullah, salah seorang pemenang peraduan ‘Gaya Raya Bersama TOP’ memberitahu ia merupakan satu kempen yang dinanti-nantikan seisi keluarganya ekoran hadiah eksklusif yang ditawarkan. 

“Kami adalah pengguna setia TOP dan sentiasa ingin memenangi peraduan ‘Gaya Raya Bersama TOP’ kerana koleksi pereka yang anggun dan eksklusif disediakan kepada pemenang. Akhirnya pada tahun ini, kami menang dan sangat gembira dengan pakaian rekaan Jovian Mandagie serta produk yang diterima daripada TOP. Kaum keluarga dan rakan-rakan kami menyukai pakaian ini dan memberitahu ia amat berpadanan dengan kami,” kata Amira. 

Salah satu keluarga pemenang dari Gaya Raya Bersama TOP seronok bergambar sambil mengayakan baju raya rekaan Jovian Mandagie mereka.

Kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera juga teruja dengan pakaian baharu yang diterima mereka pada musim perayaan ini. 

“Sumbangan ini tentunya sesuatu yang tidak diduga dan telah memberikan kegembiraan kepada anak-anak ini. Tidak dinafikan bahawa ada kalanya mereka menerima sumbangan baju raya baharu daripada pihak lain, tetapi ia tidak pernah melibatkan hasil rekaan terkemuka seperti Jovian. Malah, pada hari mereka menerima pakaian ini, ada di antara anak-anak ini tidak mahu menanggalkannya kerana amat menghargai sumbangan yang diberikan!” 

“Kami amat menghargai dan berterima kasih kepada TOP dan Jovian Mandagie kerana memberikan hadiah yang amat istimewa kepada anak-anak ini,” kata Pentadbir Rumah Bakti Nur Syaheera, Pn Suzana Binti Jafar. 

Aina Syahirah, remaja berusia 16 tahun dari Rumah Bakti Nur Syaheera, tidak berhenti menguntumkan senyuman sepanjang majlis sambutan berkenaan. 

“Saya amat suka pakaian ini kerana ia amat cantik dan istimewa. Saya tidak pernah memilik sesuatu yang seindah ini. Selepas majlis hari ini, saya akan mencucinya dengan tangan menggunakan detergen TOP dan menyimpannya dengan rapi untuk majlis istimewa lain.” 

sempat bergambar dengan Ismail Izani, kak lily suka tau lagu-lagu awak tau

Majlis rumah terbuka TOP turut diserikan oleh persembahan oleh artis-artis popular seperti Ernie Zakri dan Ismail Izzani. 

Tahun ini merupakan tahun kelima penganjuran kempen ‘Gaya Raya Bersama TOP’. 








[1] Berdasarkan Indeks Peruncitan Perkhidmatan untuk Kategori Sabun Pencuci selama 12 bulan yang berakhir pada Jun 2018 di Semenanjung Malaysia (oleh The Nielsen Company (M) Sdn Bhd)

1 comment :

mama tisya said...

tisya suka gk izani tu...ada die tgk ms tuig story ko...ingt aku pernh menang gk yg top gaya raya ni tp aku dpt bekalan sabun ngan cash money