Hi Korang,
TOP, jenama pencuci No. 1 di Malaysia memperkenalkan TOP Turbo Clean pada tahun 2018, dengan tujuan membuktikan bahawa cucian penuh kuasa boleh didatangkan dalam pakej kompak.
Pertandingan ini diinspirasikan oleh TOP TurboClean yang diperkenalkan pada penghujung tahun lalu untuk merevolusikan pengalaman dobi dengan membuktikan bahawa pembersihan berkuasa boleh datang dalam pakej padat seperti TOP TurboClean Ultra Concentrated Detergent yang memberikan 5X kuasa cucian dengan enzim turbo yang bertindak pantas untuk mengeluarkan kotoran lebih cepat menerusi satu penutup kecil sahaja.
33 finalis dikehendaki mencari barangan yang disembunyikan di setiap lorong membeli belah. Finalis diberikan masa selama 3 minit untuk menyelesaikan tugasan mereka, dan pemenang akan dipilih berdasarkan kepantasan dan ketepatan menyelesaikan tugasan.
Menurut Yew Joo Wei, Pengurus Jenama, Bahagian Produk Isi Rumah Southern Lion Sdn Bhd, TOP ‘Cabaran Sepantas Turbo’ digunakan sebagai pentas untuk mempamerkan TOP TurboClean yang telah menerima respon positif daripada pelanggan GIANT.
“TOP terkenal dengan teknologi termajunya dan kami gembira kerana kami juga mempamerkan inovasi produk melalui persaingan yang menyeronokkan untuk para pembeli GIANT. Kepantasan sahaja tidak mencukupi jika tiada ketepatan, sama seperti penyampaian TOP TurboClean kepada pengguna Malaysia. Kebanyakkan rakyat Malaysia tidak sedar bahawa masa yang mereka habiskan untuk mendobi. Ramai juga menyangka bahawa saiz besar adalah lebih baik dengan botol pencuci baju. TOP TurboClean mampu menjimatkan masa dan wang pengguna,” kata Cik Yew.
Rekabentuk TOP TurboClean yang kompak nyata sepadan dengan formula ultra-pekat yang ada di dalamnya. TOP telah menghasilkan Enzim Turbo yang bertindak pantas dengan 5X kuasa pembersihan bagi menghilangkan kotoran tersembunyi, terutamanya sebum dengan cepat dan efektif. Jadi, pakaian penuh yang dibasuh dengan mode basuhan Quick Wash atau Speed Cycle dapat dibersihkan secara lebih berkesan, sama seperti pakaian yang dibasuh menggunakan pencuci konvensional pada kitaran cucian penuh.
Teknologi detergen inovatif ini membolehkan formula 5 kali lebih berkesan berbanding pencuci pakaian biasa yang menawarkan nilai kepada pengguna dalam bentuk kemudahan yang lebih besar.
Boleh didapati dalam dua varian, anda boleh memilih wangian segar Power Fresh atau bau floral Power Bloom yang sensasi, boleh didapati di seluruh negara dalam botol kompak 900gm pada harga RM20.15 sebotol. Manakala pek isian semula berharga RM16.45 bagi setiap pek.
Untuk megetahui dengan lebih lanjut, sila layari http://www.southernlion.com.my atau telefon 1800-88-0133.
No comments :
Post a Comment