Hi Korang,
Terdapat pelbagai feadah yang boleh diperolehi
dengan memulakan diet organik yang sihat untuk anak-anak sejak dari kecil.
Istilah ‘organik’
bermaksud makanan tersebut merupakan hasil sistem perladangan yang tidak
menggunakan baja buatan manusia dan racun serangga ke atas tanaman, makanan
aditif kepada haiwan ternakan, penggunaan radiasi serta organisma yang telah
diubahsuai secara genetik[1].
Kajian menunjukkan manfaat
diet seimbang adalah merangkumi makanan organik yang diiktiraf kerana ianya tidak
mempunyai bahan kimia daripada racun serangga. Kandungan bahan kimia ini
berkemungkinan boleh memberi impak negatif ke atas tumbesaran fizikal dan otak
kanak-kanak.
Walaupun jumlah hormon
dan bahan kimia di dalam makanan bukan-organik adalah kecil, kajian menunjukkan
ianya masih berkemungkinan tinggi boleh menjejaskan pertumbuhan neorologikal
dan tingkah laku jika anak-anak terdedah padanya dalam jangka masa yang panjang.
Malah wujud juga kaitan di antara pendedahan racun serangga terhadap maklum
balas refleks neonatal, psikomotor, perkembangan mental serta gangguan
hiperaktif yang boleh mempengaruhi tahap tumpuan kanak-kanak[2].
Selain itu, wujudnya keperluan untuk menukar diet anak-anak anda kepada
makanan organik adalah untuk mengurangkan pendedahan terhadap organofosfat, sejenis racun
serangga neurotoksik yang boleh menyebabkan aktiviti di dalam sistem saraf
pusat dan periferal menjadi lebih pasif dalam kadar yang signifikan. Bahan ini
boleh didapati dalam banyak makanan bukan-organik
yang komersialkan [3].
Rasional untuk memilih diet yang lebih organik,
terutama bagi kanak-kanak sememangnya jelas. Biarpun begitu, kanak-kanak mempunyai
kecenderungan sendiri yang secara lazimnya lebih gemar kepada makanan snek yang
mengandungi pewarna berkimia, berperisa tiruan ataupun makanan segera yang
telah diproses. Haih.
Salah
satu strategi yang efektif untuk ibu bapa praktikkan adalah dengan memupuk
tabiat memakan makanan sihat sejak dari usia kecil, terutama sekali makanan
organik. Bak kata pepatah, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Kaedah ini
memerlukan pendekatan yang kreatif daripada ibu bapa yang akhirnya boleh membantu
anak-anak untuk lebih cenderung kepada makanan yang lebih baik, sekali gus memastikan
mereka untuk sentiasa memilih makanan yang sihat.
Alce Nero, jenama
peneraju dalam kalangan pengguna yang peka terhadap alam sekitar dan kesihatan
ada di sini untuk membantu golongan ibu bapa memulakan tabiat pemakanan sihat, organik
dan sedap menerusi Pasta Alphabet Organik dan Pasta Bentuk
Kenderaan Organik yang sangat bagus dan comel.
Konsep makanan dari
ladang-ke-meja Alce Nero dapat dilaksanakan melalui rangkaian peladang
organiknya, membantu dalam penghasilan makanan yang lebih sihat. Penambahan
baharu ke dalam rangkaian makanan organik tulen dari Itali ini adalah disahkan 100% organik oleh Undang-Undang Kesatuan Eropah dan Perladangan
Organik JAS di Jepun,
Memasukkan Sayur-sayuran ke dalam Diet
Kanak-kanak
Pasta Organik Alce
Nero untuk kanak-kanak mengandungi kepingan huruf sayur bayam hijau dan tomato merah kering yang organik. Kanak-kanak gemari huruf-huruf berwarna dan akan berseronok menyusun
sebelum memakannya, tanpa menghiraukan sayur-sayuran yang ada di dalamnya.
Lama-kelamaan,
mereka akan sukakan rasa makanan organik dan tidak lagi takut untuk makan
sayur-sayuran! Minda mereka juga akan dirangsang dan boleh mengenali
huruf-huruf yang pastinya membantu meningkatkan kemahiran membaca. Makan secara
sihat dan mulakan kemahiran membaca dengan Pasta Organik untuk Kanak-kanak Alce
Nero!
Makanan Organik Mesra Kanak-kanak
Kanak-kanak gemar
menikmati pasta dengan sos tomato. Oleh itu, Alce Nero adalah sebuah jenama
penyelamat untuk perihal itu – dengan menawarkan makanan organik yang mesra
kanak-kanak. Untuk menyediakan Pasta Alphabet Organik Alce Nero, ikut sahaja
arahan yang disediakan dan pada masa sama panaskan Sos Tomato Pasta Alce Nero di dalam periuk.
Bergantung kepada
penerimaan anak-anak anda terhadap sayur-sayuran organik dan protein, tambah
bahan-bahan yang mereka sukai. Kemudian, letakkan sos ke atas pasta berkenaan. Anda
juga boleh meletakkan sedikit keju di atas hidangan yang enak ini dan lihat
wajah ceria anak anda. Sos Tomato Pasta Alce Nero sememangnya
sedap dan boleh menjadi perisa yang enak kepada pasta organik anda untuk sesi
masakan yang singkat!
Mahu menjadikan
waktu makan lebih menyeronokkan, ibu bapa boleh berseronok bersama anak-anak
dengan meminta mereka mengeja perkataan menggunakan huruf-huruf, atau mengenal
pasti kenderaan berbeza yang membentuk pasta berkenaan. Mereka pasti bergembira
dengan aktiviti tersebut sambil menikmati Pasta Alce Nero untuk Kanak-kanak
yang dapat membantu mereka membentuk tabiat makan makanan organik sejak usia
muda, selain mengukuhkan mesej bahawa makanan organik juga sedap dan
menyeronokkan!
Ibu bapa di Malaysia
kini boleh menggunakan produk-produk Alce Nero
dengan yakin kerana ia telah disahkan Halal oleh badan persijilan rasmi yang
diiktiraf JAKIM.
Untuk resepi
makanan yang sihat, unik dan organik yang boleh anda nikmati bersama si kecil,
sila layari laman web https://alcenero.asia/recipes.html dan laman Facebook https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/.
[1] https://www.bbcgoodfood.com/howto/guide/organic
[2]
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4247335/
[3] https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25983063
No comments :
Post a Comment