Hi Korang,
Seriously makanan yang pelik-pelik
memang kak lily suka mencuba, yelah kalau tak cuba memang kita tak tau
kan. Kebetulan menu yang berdaging
memang jadi kegemaran kak lily so mana-mana restoran mahupun cafe atau kedai
tepi jalan pun kalau sedap dan unik memang kak lily akan pi cuba.
Hari tuh kak lily ke satu restoran
Thai di Damansara Uptown
Rod Dee Ded ini merupakan restoran
makanan Thailand asli semenjak tahun 1965 di Bangkok dan ini menjadi outlet
pertama mereka di Malaysia yang terletak di SS21, Uptown Damansara.
By the way, ROD DEE DED bermakna LAZAT!!! Ermm betul-betul tak sabar
nak makan ni
Apa yang uniknya di Rod Dee Ded ni
ek??
Kalau korang nak tau uniknya menu makanan di Rod Dee Ded adalah
dagingnya. Kepada penggemar daging ‘meat lovers’ inilah syurga makanan korang,
kerana memang menu utama di Rod Dee Ded adalah daging lembu. Eh jangan bimbang
tau, pembekal daging-daging ini merupakan pembekal yang berstatus HALAL
dagingnya. Daging-daging yang di gunakan adalah daging Australian wagyu beef
yang mempunyai 2 jenis iaitu premium dan prime wagyu. Dah korang jangan nak fikir bukan-bukan ye, makanlah tanpa was-was!
Yeah its
show off time, ni kak lily tunjukkan kepada korang beberapa menu yang menjadi
hidangan kitaorang pada hari tuh.
Inilah dia hidangan ‘Shower Beef’ yang kak lily nak
ceritakan tuh.
Ada 2 cara untuk menikmati hidangan
‘Shower Beef’ ni ek.
1. Hidangan Hotpot panas-panas (original soup / Spicy soup @ RM 9.80 setiap satu)
2. Order secara a la carte bersama nasi ataupun mee
Kedua-dua sup mempunyai rasa yang tersendiri, dan kak
lily lebih gemarkan di masak secara bersup, dan sup membuatkan kita lebih segar
dan rasanya lebih enak. Sup-sup ini merupakan ari rebusan daging yang kak lily
rasa lebih daripada 12 jam direbus tau. Of
courselah rasanya akan terbentuk lebih enak dan lazat. Kak lily kepada sup
biasa daripada sup pedas, sebab kak lily nak rasa asli daging tersebut.
Inilah yang
di panggil ‘Shower Beef’ ni ye.
Satu mangkuk disediakan, kemudian masukkan
beberapa keping daging lembu ke dalam mangkuk dan sesenduk kuah sup masukkan ke
dalam mangkuk. Disiramkan daging bersama sup itu untuk beberapa pusingan,
kemudian tuangkannya semula ke dalam periuk dan dimulakan sekali lagi. Sehingga
tekstur dan warna yang korang suka. Boleh pilih samada nakkan daging tuh secara
medium rare, medium ataupun well done.
Ada 3
pilihan jenis daging iaitu Striploin 100g @ RM 42.80 , Oysterblade
100g @ RM 31.80 dan Ribeye 100g
@ RM 48.80. Ketiga-tiganya enak tapi kak lily lebih kepada Ribeye lah kan
hehehehe selera tinggi ahkak ko ni tau.
Kalau
korang nak makan time lunch tapi tak sempat nak buat tuh semua eh jangan
bimbang, nanti diorang akan tolong buatkan siap-siap, korang just datang dan
makan je hehehe
Selain
daripada hidangan ‘Shower Beef’ ada juga pelbagai jenis hidangan makanan asli
Thailand yang lelain tau.
Fried
Chicken Wings (RM 9.80)
Ranggup
enak di makan panas-panas, even diorang ni sibuk ambil gambar dan biarkan
seketika ayamnya tetap panas dan berasap didalamnya
Pad ka Pow (RM
13.80)
Rasa daun selasih yang mengharumkan.
Sesuai untuk mereka yang gemarkan bau selasih yang kuat untuk hidangan yang
sempurna.
Chicken Green Curry (RM18.00)
Kuahnya pekat dan warnanya cantik
sekali, ayamnya tidak terlalu masak dan kak lily syorkan sesuai di order
sewaktu makan tengahari, simple but marbeles
Stewed Beef Red Curry (RM25.80)
Kak lily suker betul ni jugak, makan bertambah-tambah. Pekena pulak
dengan nasi panas-panas wah wah heaven
Meat Ball, Beef Slices and Brisket – Spicy or RDD MUA (RM 23.80)
Korang boleh pilih samaada di hidangkan di dalam sup perasa asli ataupun
sup pedas.
Pad Kee Mao (RM
16.80)
Bukan kuay teow goreng ye, seakan-akan sama tapi bukan. Sedap di makan
sewaktu panas-panas ia tiba
Stewed Brisket Clapot in Steam Rice (RM25.80)
Kak lily sukakan daging yang lembut dan harum sesuai di makan dengan
semangkuk nasi
Untuk
pemanis mulut, ada :
Sea coconut in syrup (RM6.80)
Pineapple and Passion fruit in syrup (RM6.80)
Thai Iced Tea (RM6.80)
Thai Iced Coffee (RM6.80)
So korang
ini bukan kedai Thai tomyam yang biasa-biasa tau, ini adalah restoran Thailand
asli yang menawarkan hidangan makanan Thai yang berbeza. Sesuatu yang bila
korang pi Thailand tak dapat nak makan disebabkan masalah halal tapi di sini
semuanya boleh ye hehehe
Harga pun tak delah mahal mana pun kan, sesuai dengan budget poket kita ni kan hehehhee.. kak lily kalau makan-makan ni memang I like so much tau..
Harga pun tak delah mahal mana pun kan, sesuai dengan budget poket kita ni kan hehehhee.. kak lily kalau makan-makan ni memang I like so much tau..
Bolehlah korang pi mencuba ke :
Rod Dee Ded Restaurant
15, Jalan SS 21/37,
Damansara Utama, 47400
Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi :
Setiap Hari
11.00 pagi – 3.00 petang
6.00 petang -10.00 malam
Mari LIKE dan FOLLOW mereka
di social media berikut :
Facebook :
Instagram :
Selamat menjamu selera semuanyerrrr
1 comment :
nak makan santai2 ni kena pergi hari jumaat sebab waktu lunch lama sikit. dengan anak kecil memang bersilat nak makan. Sea coconut in syrup tu yg terliur. masa mengandung tu yang dicarik
Post a Comment