Hi Korang,
Ya ampun, sekejapan dah nak masuk bulan Ramadan ek.
Pejam celik pejam celik setahun masa berlalu sudah kan, ermm puasa dah ganti ke hehehhe. Itulah kak lily pun tinggal lagi 2 hari ni lagi untuk ganti aduimak asyik terlupa je tanggungjawab ni lah. Eh ganti tetap ganti kan, wajib tuh.
Bercakap mengenai puasa ni, apa yang terlintas di fikiran korang ??
Ermm of courselah buka puasa kan hehehhe
Dah kak lily agak dah, makan yang korang penting kan yelah kita penat-penat 12 jam berpuasa kan haruslah ganjarannya mestilah awesome. Dapat seteguk air yang menyejukkan dah rasa bahagia dah.
Memang bulan puasa ni, kak lily ada standby air sedap kat dalam fridge tuh. Nak beli kat bazaar Ramadan takut sakit perut so belilah sekarton air kotak, selalunya kak lily beli air soya lah sebab ianya menyejukkan. Even tak simpan dalam fridge pun bila minum tetap sejuk je tau.
Kak lily memang favourite air soya dari Yeo’s ni. Even kalau pi beli kat 7-11 ke mane ke tetap air soya Yeo’s yang dicari jugak kan.
Dah alang-alang bercerita tuh kak lily nak kongsikan kepada korang ada peraduan menarik ni untuk korang tau.
Yeo’s Peraduan Raya Bergaya 2019
Peraduan ini akan bermula dari 15 April 2019 pada 12.00 pagi dan ditutup pada 9 Jun 2019 pukul 11.59 malam (“Tempoh Peraduan”)
Untuk tambahkan lagi keseronokkan untuk korang sertai peraduan ni, ermm ini hadiahnya:
Untuk Cabutan Mingguan
Hadiah Mingguan
200 x RM 500.00 Wang Tunai
Jadual Cabutan Mingguan
Minggu 1: 15 Apr – 21 Apr 2019
Minggu 2: 22 Apr – 28 Apr 2019
Minggu 3: 29 Apr – 5 Mei 2019
Minggu 4: 6 Mei – 12 Mei 2019
Minggu 5: 13 Mei – 19 Mei 2019
Minggu 6: 20 Mei – 26 Mei 2019
Minggu 7: 27 Mei – 2 Jun 2019
Minggu 8: 3 Jun – 9 Jun 2019
Cabutan Utama
Hadiah Utama:
1 x Proton SUV X70 1.8 TGDI Standard 2WD
Wah kereta tuh, I like I like!! X70 tuh kan model SUV terbaru Proton kan, Terbaekk lah
Ermm excited kan, ni kak lily terangkan cara nak sertai Yeo’s Peraduan Raya Bergaya 2019 ni tau
Langkah 1:
Beli mana-mana makanan dan/atau minuman Yeo’s, dan/atau Cintan dan/atau Justea ( Product Yeo’s) bernilai RM 8.00 di dalam satu Resit Rasmi. Wajib minima satu minuman Yeo’s dalam botol. (1 resit = 1 penyertaan peraduan)
Resit Rasmi kedai mesti dicetak dengan jelas jenama Produk Yeo’s bersama nilai pembelian yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan. Ini kena pastikan betul-betul wokeh.
Langkah 2:
Buka aplikasi WhatsApp korang, muat naik gambar Resit Rasmi pembelian dan taip
(Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan & Nombor Resit Rasmi).
Lampiran foto hendaklah memenuhi kriteria yang berikut:-
a) Gambar hendaklah menunjukkan dengan jelas nama kedai, tarikh, nombor Resit Rasmi, kuantiti dan nilai pembelian Produk Yeo’s. Resit Rasmi yang berlipat tidak akan diterima.
b) Gambar-gambar hendaklah memenuhi standard kualiti visual yang minima. Kejelasan imej yang terjejas oleh pencampuran warna, kekasaran, kekaburan, pendedahan berlebihan, artifak mampatan atau lain-lain degradasi yang jelas kelihatan tidak akan diterima dan akan dibatalkan.
Langkah 3:
Hantar penyertaan melalui aplikasi WhatsApp ke nombor telefon 012-2124873
Peserta layak akan menerima satu notifikasi rasmi melalui aplikasi WhatsApp dari Penganjur dalam 1 hingg 3 hari bekerja bagi setiap penyertaan yang diterima.
Langkah 4:
Simpan Resit Rasmi pembelian untuk tujuan pengesahan. Serious kena simpan ni, kalau kak lily siap photocopy satu.
Botol Yeo’s Soya 1 litre yang baru
Bila dah packaging botol besar ni, of courselah ianya tidak akan tumpah, bocor ke kan. Senang untuk di simpan dan di bawa kemana-mana saja. Kalau kotak tuh tak terhimpit letak dalam beg pecah plak kan. Selain ianya mengekalkan kesegaran botolnya tuh boleh di kitar semula, maknanya lagi banyak korang minum lagi banyak botol kosong yang boleh korang jual hehehhe mata duitan sungguhlah ek.
Yang penting, air soya Yeo’s ni sesuai di hidangkan kepada seisi keluarga sewaktu berbuka mahupun bersahur. Sedap kan..
Ini kak lily kongsikan kepada korang video untuk Yeo’s Raya Bergaya untuk korang
Apa tunggu lagi, jom sertainya sekarang..
Senang je nak menang!!
Info lanjut mengenai peraduan dan cabutan mingguan, korang boleh ke :
Website peraduan:
Facebook Page :
16 comments :
WOW!! Hebat sungguh hadiahnya ni....
Wahhh hadiah utama tu kereta idaman anak anak i hahaah. Tiap kali nampak kat jalan raya, mesti pakat excited jerit X70! Nak try join lah, mana tau ada rezeki nak menang kan.
alaaaa senangnya cara nak menang , cuma bertuah atau tidak jer kan ...memang wajib beli minuman yeos ni sebab boleh buat macam2....nanti nak join jugaklah....sebab baru tahu
Nak juga menang kereta baru X70 lak tu boleh bercakap dengan kereta hehehehe mudah gilerrr cara nak sertai hanya beli produk Yeo's sahaja ok lah nak....
kalau menang kereta ni, pergh beraya sakan balik kampung..
Chrysanthemum tea Yeo's mmg fave I zaman berzaman. Alang-alang suka membeli boleh la nak masuk contest ni. Mana tau rezeki terpijak ke hehe
Wahh hadiah dia memang hebat sungguh. Kalau lah sis menang bestnya. Tapi nk menang kenalah beli yeos dulu kan. Ok..hari ni gak nak beli yeos
wahhhh meriah betul hadiah2 nya. grand prize siap boleh menang proton x70 lagi. hebat !! proton x70 tu dahlah mmg kereta idaman. kalaulah dapat satu, gembiranya hati. okay nak join lah contest yeos nie
Bestnya dah ada botol 1 liter dah sekarang, meriah la masa berbuka nanti tak payah berebut dengan orang lain dah. Boleh join ni contest dia
ooo..mudah je syarat dia. boleh la nak join.mana tau ada rezeki kan. dapat merasa kereta baru.. x pun dapat hadiah mingguan pun dah beruntung dahh.. hehe
senang sangat nak menang beli barang yeos rm8 je..tapi tu la rezeki juga klau menang kan. boleh la liez cuba nnt..mana tau rezeki dapat rm500 tu dah bersyukur sangat.klau dapat kereta tu lagi la melompat bintang bagai
Best ni dok menang hadiah menarik macam ini haaa. Siapa yang taknak kan? Beki yeoyeos dan dah boleh menang banyak duit dan aset. Seronok sangat! Patutlah ramai join ya lately. Terbaiklah
Wow hadiahnya kemain yeee. Nak join jugak lah nanti. Mana tahu boleh dapat sebuah kereta baru raya ni, hihihi
Huda dah join contest yeos ni. doakan huda murah rezeki jadi pemenang bertuah kereta idaman tu.. Amin..
Nak join, nak join..!! Nak menang X70
Syarat pun mudah, mana lah ttahu rezeki menang kannnnn
Berkongsi maklumat terperinci mengenai proton x70 2020 dengan kalian!
Post a Comment