Hi Korang,
Kak lily ni sebulan 2 kali mesti pi makan ke NY Steak Shack ni.
Sebab ape?
Harganya berpatutan dengan kualiti steaknya. Yelah tengah-tengah bulan mana mampu nak makan daging premium kat restoran-restoran mahal ni so NY Steak Shack nilah yang jadi pilihan kak lily.
Yang best portionya boleh tahan besar jugak tuh kan.
I liked it!!
Kalau korang memang kaki makan steak ni di NY Steak Shack ni mesti korang ingat menu ni satu ketika dulu ada di keluarkan tapi limited time only so kali ni menu sizzling ni kembali lagi dengan kombinasi yang lebih mengugat akal dan perut hehehehe
Untuk sekian kalinya ianya kembali lagi, bermula dari dari 4 Mac hingga 28 April 2019 NY Steak Shack's Sizzling Combos menyajikan empat pasangan protein yang menarik dan berkhasiat yang tidak hanya akan merangsang citarasa korang tetapi menyalakan semua pancaindera sama sekali.
Ktorang belajar pasal daging harituh tau dari Chef Adam Mah
"Let's face it. When it comes to food, we Malaysians are truly spoilt for choice. While this may be a great thing, sometimes it's hard decidingbetween several options. The Sizzling Combos menu certainly takes care of this predicament as we like to encourage our guests to 'have it all' and experience all the flavoursome goodness and variety that NY Steak Shack is famous for," kata Muhammad Adam Mah, Brand General Manager of NY Steak Shack.
"This is what sets us apart at NY Steak Shack, after five years in Malaysia, we're still all about serving up great food and an exciting dining experience. We go out of our way to ensure guests get the best meals with the choicest quality fresh ingredients, all made to order in our kitchen. It's affordable dining at its best with flavours that keep our guests coming back for more, which is why we constantly create new experiences, such as this Sizzling Combos menu to keep things exciting here," beliau menambah lagi.
Setiap combo didatangkan dengan NY Striploin kegemaran ranai dan pilihan salah satu daripada empat jenis daging - Smoked Beef, Meatballs Daging, Noisette Lamb atau Ayam - semua disajikan di atas pan panas berserta bawang segar dan jagung manis kernel, dilengkapi dengan mentega bawang putih yang harum dan pilihan kedua-dua sos iaitu brown atau sos black pepper
Selain daripada menu makanan, hidangan minuman jugak haruslah yang awesome-awesome gak kan hehehhe. 4 jenis hidangan minuman yang di datangkan sekali di dalam promosi Sizzling Combos ni iaitu Mug Sarsaparilla Splash, Strawberry Lemonade, Cranberry Cooler, Pina Coco dan Summer Fizz, masing-masing berharga RM8.80 segelas
Strawberry Lemonade
Cranberry Cooler
Pina Coco
Summer Fizz
Of courselah kak lily dah rasa dulu sebelum korang rasa kan hehehhe, memang dagingnya lembut dan juicy dan kaedah grillnya tidak terlalu keras so memang just nice untuk kak lily kunyah kan. Taste menarik di samping hidangan sidenya yang terbaek ooo
Semua harga disebut harga termasuk 10% Cukai Perkhidmatan dan 6% Cukai Perkhidmatan.
Kunjungilah out let mereka di listing berikut :
Sunway Pyramid (Selangor)
IOI City Mall (Putrajaya)
Parade (Selangor)
AEON Shah Alam (Selangor)
Sunway Velocity Mall (Kuala Lumpur)
SOGO (Kuala Lumpur)
Alamanda (Putrajaya)
Melawati Mall (Selangor)
Marilah LIKE dan FOLLOW NYSS di sosial media berikut:
Website:
Facebook:
No comments :
Post a Comment