Tuesday, February 12, 2019

Makan- Makan Di ANGGUN CHEF Sambil Lepak Santai Borak-Borak

Hi Korang, 

Minggu lepas memang paling membahagiakan sebab semua orang cuti CNY kan, so jalan ke KL tak jem langsung. Office plak tak de orang dengan kedai makan semua tutup so kenalah keluar cari makan jauh sket kan. 

Kebetulan plak diorang ni kengkawan kak lily ramai yang cuti so diaorang ajaklah lunch sesame.


Kitorang ke Anggun Chef by Anggun Fusion di MITEC ni. Kemain jauh lagi pi makan kan, alah sekali sekala apa salahnya. Lagi pun cepat je sampai dalam 20 minit dah sampai kat depan South Entrance MITEC ni. 

Kalau korang nak tau Anggun Chef Cafe berada di bahagian lobby bawah MITEC ni, comey nau cafenye, tapi nanti diorang akan berpindah di sebelah belakang yang bakal merupakan restoran besar ye wah wah nanti kena pi jugak lagi ni.



Nampak macam kecik dan comey je cafenya ek tapi jenama Anggun Chef by Anggun Fusion ni gah di pasaran antarabangsa terutamanya di Perancis kerana produk-produk (readymade sauce) keluaran mereka ini sangat terkenal di kalangan rakyat Malaysia yang berada di sana, Wah hebatnya lah kan, kagum kak lily dengan mereka-mereka ini. 

Selain daripada itu, Anggun Chef by Anggun Fusion telah banyak menyertai pelbagai acara antaranya seperti KL Big Kitchen Setia City, Food Hall, Tour Jelajah Ramadhan dan MITEC Sea Games Food Kiosk. 

Eh membebel banyak plak ek, ni kak lily nak show off sket apa yang ktorang duk makan hari tuh. 

Chicken Parmigiana 

Asam Pedas lamb grill spaghetti 

Walaupun kak lily tak makan kambing tapi rasa jugak spaghetti asam pedasnya, ermm awesome rasa masam-masam pedas tuh tau. 

Creamy Mushroom Spaghetti 

Burger Rendang Peanut Butter Beef 

Terasa wei, peanut butter tuh walaupun tak strong tapi taste tuh ada di situ. 

Burger Rendang peanut butter chicken 

Spaghetti Meatball 

Beef Fried Rice 

Meehoon Singapore 

Nasi Bukhara Chicken Curry 
(takeaway packaging)

Fruits Cake 

Sago Gula Melaka 

Selain daripada kita boleh menikmati hidangan fusion yang enak lagi sedap ni, menu-menu ini boleh di dapati secara ‘grab and go’, kiranya korang call untuk order then collect je. Tapi yang penting semuanya di masak ‘fresh’ di cafe ye bukan masak kat tempat lain dan dihidang di tempat lain. Itu yang kita nak tuh, makan panas-panas so barulah feeling –feeling fusion gituh. 

Untuk hidangan minuman pula, Anggun Chef by Anggun Fusion mengutamakan minuman panas iaitu kopi dan teh. Pelbagai jenis kopi yang boleh di dapati di sini seperti:- 

Hot Latte 

Cappuccino 

Red babycino 

Yang best tuh barista Anggun Chef iaitu En Saiful ni merupakan salah seorang barista yang tersohor di Kuala Lumpur ni, dari kopi-kopi yang di hidangkan korang boleh agakkan kualiti kerjanya cam ne terbaekk sungguhlah.

Biji-biji kopi yang di gunakan adalah di import dari luar negara itu yang menambahkan lagi keenakan di dalam setiap kopi yang di hidangkan. 

Orange Juice 

Citrus Mint Berry 

Ada jugaklah minuman jus yang menyegarkan, time panas-panas pekena minuman sejuk ni memang sedap kan, segar je bila masuk ke tekak hehehhe



Oh ye Anggun Cafe by Anggun Fusion juga menawarkan pes-pes homemade (ready-to-eat gravy) yang sangat membantu sesiapa yang gemarkan makanan sebegini di luar sana untuk menyediakan hidangan enak, bernutrisi dan cepat. Ini yang kak lily cakap tadi yang produk mereka terkenal di antarabangsa kan. 

Antara produk pes- pes keluaran Anggun Chef adalah seperti : 


Mudah kan, bila ada pes-pes sebegini. 

Kerja-kerja memasak yang remeh tuh tadi menjadi mudah,c epat dan senang untuk di sediakan.


Penyediaan pes ini tidak menggunakan sebarang msg bahkan memilih ramuan dari bahan-bahan premium berkualiti dan Ianya juga disediakan mengikut prosedur dan proses kebersihan yang terbaik. 

So dengan produk keluarannya yang terkenal di merata dunia dan menu makanan yang unik maka tidak hairanlah Anggun Chef pernah muncul di rangkaian televisyen tempatan seperti Jalan-Jalan cari Makan (TV3), Havoc Warna (Astro), Romantika Ramadhan (Astro), Jelajah Ramadhan (RTM) dan AF Megastar Syamel (Astro) 

Daebakkk !!


Korang kalau pasal makan ni memang berselera je kan, walaupun jauh mana pun sanggup redah kan. Kalau nak makan jugak menu-menu sedap ni tapi tak berkesempatan untuk ke sana, korang buat menempah secara online menerusi aplikasi GrabFood dan cari Anggun Fusion. Untuk produk pes homemade ni korang boleh dapatkan di Online platform : Halal Food Master – Anggun Fusion.


Kak lily bersama dengan Pengarah Urusan Anggun Dinamik Holdings Sdn Bhd, Cik Mimie Azura Mohamad cantik orangnya dan baik benau hah..

Nak lagi best, Anggun Chef ada menyediakan delivery service sendiri gak tau. 

Untuk mereka yang berada di sekitar Hartamas, Mont Kiara, Jalan Duta dan Segambut korang boleh call dan order di info seperti berikut : 

Hotline : 019 3120689 / 012 2824710 

Website : www. anggunfusion.com 
Interval time : 40min 
Minimum order : RM50 


Selain daripada Grab and Go Mini Cafe ni Anggun Chef by Anggun Fusion juga menyediakan perkhidmatan exclusice catering services (below 200 pax) dan sewaan mesin kopi termasuk perkhidmatan barista sekali. Mana tau korang nak buat small event kan, yang nak kopi jadi hidangan utama so why not, boleh aje di Anggun Chef ni. 

Jom kita ke : 

Anggun Chef by Anggun Fusion 
Lobby - South Entrance
Malaysian International Trade & Exhibition centre
Kompleks MITEC No. 8,Jalan Dutamas 2
50480 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 

Isnin hingga Jumaat : 7.30am - 6pm 

Saturday and Sunday  : Depends on event 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website :

Facebook Page :

Instagram : 


1 comment :

Nadia Johari said...

nampak sedap semua makanan dia..