Monday, January 14, 2019

KANTIN Asam Pedas, Kalau Hari-Hari Makan Pun Tak Per Sebab SEDAP

Hi Korang,


Ini semua kes sabtu lepas hehehhe 

Kebetulan kak lily tak de apa nak buat dan kak lily malas nak masak so merayap-rayaplah cari kedai makan sedap kan, tup-tup Marcus introduce kak lily kedai Kantin Asam Pedas ni. Apa lagi keluar awal pagi sabtu tuh semata-mata nak pi makan asam pedas dan tak nak harung jem jalan MRR2 tuh hehehe. 


Sampai kul 12.15 tengahari tuh mak oi boleh tahan ramai jugak kedai makan ni ek. 

Kalau tengok dari luar rasa macam bukan kedai makan pun bila dah sampai depan pintu baru perasan kedai KANTIN Asam Pedas ni lah. 





Selalunya di lokasi sebegini kedai makan selalunya terbuka ini bertutup ye ada aircon gituh wokehhh… Masuk-masuk je impress dengan dekorasi dalamannya, semua berkonsepkan lama-lama, dengan susun atur perabutnya, hiasan dindingnya dan memacam lagi. 

Of courselah menunya asam pedas, dah nama pun kedai asam pedas kan hehehhehe 




Kak lily show off sket-sket menunya ye..

Asam pedas telur ikan mayong

Asam pedas daging tetel

Asam pedas ikan merah

Asam pedas ikan pari

ayam goreng

Jangan pulak korang meleleh air liur ye bila tengok makanan-makanan semua ni. Kitaorang memang makan beria-ria siap tambah nasi lagi, langsung tak pandang kiri kanan dah.

sejug sirap orang kawin, tak cukup boleh tambah lagi

Kalau korang makan di kedai, menu-menu di hidangkan bersama set seperti nasi putih, ulam-ulaman (refillable) , telur masin, ikan masin dan juga air sirap 'orang kahwin' (refillable). Best kan, tak yah nak pening-pening, makan-makan then tambah je apa yang tak cukup kan

nampak daging tetelnya, kemain besar lagi kan

Anggaran harga setiap hidangan adalah seperti berikut :

Daging tetel RM13 

Pari berempah RM14 

RM18-RM20 untuk :
  • ikan merah 
  • ikan jenahak 
  • ikan tenggiri 
  • ikan duri/mayong 
  • ikan parang 
  • ikan sembilang 
  • ikan kembung 

Ada juga menu goreng-gorengan seperti:
  • ikan bawal goreng set (rm 15-18) 
  • ayam goreng set (rm15) 
  • lempeng kelapa (rm2) 
  • cekodok pisang kampung (rm 6/8/10) 

Special/limited menu: 
  • Telur mayong (rm 30-50) 
  • Kepala ikan merah, jenahak,duri (rm35-50) 
sampai-sampai je disuruh makan ek huahauha

kemain bahagia lagi diorang ni dapat makan

senyum je time makan

ni lagi makan tak pandang kiri kanan hah

Restoran ni buka pada hari Selasa sampai Ahad dari pukul 11.00pagi hingga 4.30petang sahaja. Hari Isnin tutup. Kalau tak nak makan di sini pun tak per jugak, boleh order untuk bawak balik jugak tau. Telefon je nanti Kak Lin akan siapkan. 

Untuk tempahan boleh dibuat di sini : 03-41019876 / 012-6665552 

Jom kita ke:

Restoran Kantin Asam Pedas 
E-G-14 Residensi Bistari, 
Taman Ukay Bistari, 
68000 Ampang.

Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook : 

Instagram : 







#kantinasampedas 

#ukaybistari

22 comments :

Mahamahu said...

Sedap u oll makan Asam Pedas Telur Mayong terbaik sangat rasa macam nak mengulangi lagi makan sini meriah kan hehehehehe....

mama tisya said...

lpr plak wei sbb tgh puasa tgk menu makanan kn...oh area ampang

MrsEnoxis said...

Memang nampak sedap set2 asam pedas tu. Kalo asam pedas, I gemar pari dan ikan sembilang. Akan masuk check list kedai ni.

Suria Amanda said...

Best giler la tempat makan siap ada nostalgic decoration ni..makanan semua sedap- sedap..tgok gambar koang yang cantik2 lagi guwe jeles...

Chris_Sella said...

nampak sedap je. harga pun tak la mahal sangat. Siap ada aircond pula tu

budakbandunglaici said...

cantik betul deko kantin asam pedas..rare gituh. harga boleh tahan mur mur. ni kalu sekali datang mau nak repeat makan lagi tengahari kat sini

CXopportunities said...

Pergh! Cx memang favourite asam pedas. Almaklum orang Melaka. Memang kaw² la asam pedas dimakan. Heheh nampak sedap sungguh hidangan di kantin asam pedas ini ya . Da lama tak pekena asam pedas telur ikan mayong. Kena cari ni

Portal HRs said...

Wahhh... Wahhh... Memang menggiurkan sungguh tengok Asam Pedas Telur Ikan Mayong tu..

Kayathre said...

I am not a fan of asam pedas but this place' environment and deco is very nice. I also want try have my meal here in this environment.

Ezna Khalili said...

Sedapnya makan asam pedas. Dah tak payah travel sejauh ke Melaka nak makan asam pedas. Nampak menyelerakan terutama teringin nak makan asam pedas telur ikan mayong. Eh tak pernah makan rasanya ikan mayong ni. Makan pulak dengan ulam dan nasi panas. Bahayaaaaa leh tambah nasi lagi dan lagi....hehehe

Mimie said...

Asam pedas memang favourite saya .Nak anak yang masak jenis kuah pekat tuh . perghhh . terangkat. Asam pedas daging tetel dan ikan pari tuh memang saya akan makan dulu sebab dua dua favourite. Hari hari makan pun tak apa asam pedas.

Tekkaus said...

Asam pedas telur ikan mayong tu really nampak macam menyelerakan lar. Nak cuba nanti kalau singgah kat sana. :)

Hanny Abdullh said...

Dah lah kita ni peminat asam pedas..baca pulak entry ni, teringin balik nak makan asam pedas..huhuhu.
Tak payah dah susah2 nak ke Melaka cari asam pedas..kat sini pun sodap

Rawlins GLAM said...

eh eh. Bahagianya memasing mengadap asam pedas tu. Nie dekat dah ngan rumah kakak Rawlins - macam nak kena bawa depa pegi la weekend nie nampaknya. Lazatnya kuah asam tu - terasa kat tekak nie

Alia Farhan said...

Suka tengok deco dia.. Classic sangat2.. Tpi paling x tahan asam pedas tetel dia. . Fuhhhhhh... Telan ailio kita kakkkkk

JMR said...

pergh asam pedas telur mayong la,.feveret tu. Nak kena singgah sini lah nanti

Henry Tan said...

wow all seems delicious that i would not mind to eat it all! but wait, that telur ikan mayong, i have not seen it or eat it before! i would be daring to try, but i wonder how it taste like! haha

Nadia Johari said...

memang nampak lain konsep kedainya ni..uishh kalau pergi ukay sana memang kena pergi kedai ni..sedap nengoknya asam pedas ni..terbaiklaa..ala-ala kampung gitu..siap aircond ye..hehee.e.boleh dicuba ni

Mek Onie said...

dekorasi kantin asam pedas ni nice gila kot, barangan antik tu menggoda je rasa. Ramai puji masakan dia semua sedap. Lelagi asam pedas tu. Huwarrrrr.. nyesal tak join ritu..

Syamimi Saad said...

Ya ampun kak lily.. Tergoda sangat perut kita ni haaa tengok menu sedap camtu.
Haha.. Rasa nak terjah pergi makan je tau.
Tengok harga sedang sedang okay je tu..

cindy said...

Wooo ada aircond best la...nampak pedas dan best la asam pedas ini...stok sekali makan ala ala kampung

dr-Life said...

This is a must go to try place. All the food Lion great and delicious. Superb hungry seeing all these