Hi Korang,
Bolehkah makanan organik membantu mengurangkan risiko
pembentukan kanser?
Satu kajian
yang diterbitkan dalam JAMA Internal
Medicine baru-baru ini oleh para penyelidik dari Institut National de la
Sante et de la Recherche Medicale di Perancis mendapati bahawa mereka yang mengamalkan diet makanan
organik berkualiti rendah ke sederhana adalah 25% kurang risiko mendapat kanser[1].
Pasukan penyelidik itu mengkaji lebih 68,000 orang dewasa di Perancis selama
lebih 4.5 tahun. Menurut Agensi Penyelidikan Kanser, salah satu sebabnya adalah
kerana produk-produk organik kurang mengandungi sisa racun serangga berbanding
makanan biasa[2].
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi,
kanser terus menjadi salah satu daripada 10 sebab utama kematian yang disahkan
secara perubatan di Malaysia[3].
Pakar perubatan menasihatkan orang ramai agar melakukan senaman setiap hari,
mengurangkan pengambilan diet tinggi lemak dan gula, selain tidak merokok[4]
untuk membantu mengurangkan risiko pembentukan kanser.
Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan baru-baru
ini, bertukar kepada makanan lebih organik menjadi satu amalan yang baik dalam
usaha mengurangkan risiko kanser.
Bagaimana anda boleh memulakan perjalanan anda ke arah
pemakanan organik?
Alce Nero, jenama peneraju makanan
organik dalam kalangan pengguna yang mengambil berat terhadap kesihatan dan
alam sekitar meraikan ulang tahun ke-40 dengan menggalakkan lebih ramai orang
bertukar kepada makanan organik demi kesihatan yang lebih terjaga, rasa yang
lebih enak dan kepekaan terhadap alam sekitar.
Ditanam, dituai serta dihasilkan secara organik di
Itali bersama hasil tanaman organik, produk jenama ini terdiri daripada
pelbagai pilihan pasta, minyak zaitun dara, madu, sos pasta, jem dan cuka.
Para peladang
Alce Nero berbangga kerana diberi pengiktirafan 100% organik oleh undang-undang
Kesatuan Eropah dan pertanian organik Jepun, JAS. Pengiktirafan ini merangkumi
aspek tanaman, tanah di mana ia ditanam, kilang pemprosesan, prosedur serta
bahan-bahan yang digunakannya.
“Makanan
tidak organik sememangnya boleh didapati dengan mudah dan lebih murah. Tetapi
ia biasanya mengandungi bahan pengawet, racun serangga, MSG, pemanis buatan,
perisa, pewarna, jumlah sodium tinggi dan bahan-bahan lain yang mungkin memberi
kesan negatif terhadap kesihatan untuk jangka masa panjang. Produk-produk Alce Nero yang diakui 100% organik bebas
daripada aditif ini. Sebagai contoh, Jem Strawberi Organik Alce Nero
mengandungi 275g buah-buahan yang menghasilkan 270g jem. Ia tidak mengandungi
gula tambahan, pectin, bahan pengawet atau aditif untuk memberikan rasa dan aroma
buah-buahan yang semula jadi.”
“Berdasarkan
kepada kajian baru-baru ini, makanan organik boleh membantu mengurangkan
pembentukan kanser. Jadi, memasukkannya ke dalam hidangan harian anda adalah
langkah untuk ke arah kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan yang lebih
baik. Inilah hadiah yang ingin Alce Nero kongsikan sempena ulang tahun ke-40 – rasa
organik yang enak, baik untuk kesihatan dan untuk bumi kita!” kata Penasihat
Pemasaran Alce Nero, Nathan Deverre.
Creamy Salmon Penne Pasta
Untuk 2 orang
Bahan-bahannya:
Alce Nero Organic Penne 300g
Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil 2 sudu besar
Bawang besar, dicincang 1 saiz sederhana
Bawang putih, dicincang 2 cloves
Salmon 4 pieces
Krim masakan 300ml
Telur 2 biji
Parutan keju parmesan ½ cup
Garam
Lada sulah
Cara-cara menyediakan:
1. Didih pasta dalam periuk dengan air bergaram selama 10 minit.
2. Tuskan pasta dan tuangkan sedikit minyak supaya pasta tidak melekat. Biarkan sehingga sejuk.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih sehinga wangi.
4. Masukkan krim, telur, keju dan ikan salmon, dan panaskan sehingga mendidih.
5. Matikan api dan masukkan pasta ke dalam kuali.
6. Gaul sehingga sebati dan sedia dimakan.
Gunakan produk Alce Nero di dalam masakan harian anda dengan yakin kerana
ia disahkan halal oleh pensijilan rasmi yang diiiktiraf Jakim.
Produk-produk
Alce Nero boleh didapati di AEON, Cold Storage, Ben’s Independent, Jason’s Food
Hall, Jaya Grocer dan Village Grocer. Harganya pula bermula RM5.80 hingga
RM36.80.
Untuk
mendapatkan resepi-resepi yang sihat, unik dan organik, sila layari laman web: https://alcenero.asia/recipes.html dan laman Facebook https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/.
[1] https://jamanetwork.com/journals/jamainternalmedicine/article-abstract/2707948
[2] https://www.scmp.com/lifestyle/health-wellness/article/2169778/eating-lot-organic-food-may-help-reduce-cancer-risks
[3] http://www.healthdata.org/malaysia
[4] https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC538507/
No comments :
Post a Comment