Hi Korang,
Korang tau ke ‘SAU GONG’ ni ape ek..
Kalau korang nak tau, perayaan Sau Gong ni ada jamuan makan malam setiap akhir tahun bagi syarikat yang meraikannya. Kira macam annual dinner lah tapi dalam Chinese community lah. Tapi bukan terhad kepada syarikat je tapi jamuan makan kepada kengkawan, rakan-rakan perniagaan, para pekerja dan saudara mara.
Ini dikenali sebagai makan malam "Sau Gong" untuk komuniti Cina yang berdarah Kantonis. Kebanyakan restoran Cina mempromosikan menu "Sau Gong" mereka bersama-sama dengan pelbagai menu set untuk makan malam Tahun Baru Cina.
Makan untuk masyarakat Cina adalah sinonim untuk berkongsi kemakmuran dan kebahagiaan. Oleh itu, sempena sambutan yang menggembirakan ini, ‘Summer Palace’ di Marriot Hotel Putrajaya telah mempersembahkan beberapa hidangan baru dan pelbagai hidangan makan malam.
So kak lily berkesempatan merasai sendiri menu-menu yang di hidangkan sempena promosi ‘Sau Gong’ ini yang disediakan oleh Chinese Chef Dixon Lai dan teamnya.
Prosperity Salmon and Crispy Fish Skin ‘Yee Sang’
Braised Crabmeat Soup with Dried Seafood
Steamed Pearl Grouper with Fresh Fungus and Enoki Mushroom in Soya Sauce
Roasted Crispy Chicken Marinated with Preserved Beancurd Paste
Wok Fried Tiger Prawns with Chinese Chives Sweet Sour Sauce
Braised Whelk Meat, Beancurd Roll and Broccoli with Oyster Sauce
Fried Rice with Assorted Seafood, Sakura Shrimp and XO Chili Paste
Special Dessert Combination
Bagi pilihan menu ‘Auspicious’ Sau Gong berharga RM1388nett dan menu ‘Longevity’ Sau Gong berharga RM1788nett untuk satu meja bagi 10 orang. Promosi ini bermula dari 8hb Januari hingga ke 4hb Februari 2019
So, kalau korang ingin merasai pengalaman menikmati hidangan ‘Sau Gong’ di Marriot Putrajaya, tempahan awal boleh dibuat melalui bahagian Tele-pemasaran di talian 03-8949 888 ext 1332/1333
Kesemua harga adalah tertakluk kepada 6% cukai perkhidmatan.
Jom kita ke:
Summer Palace Restaurant
Marriot Putrajaya Hotel
IOI Resort City
Putrajaya
Phone: +60 3 89498888
Fax:+60 3 89498999
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Website:
Facebook :
Instagram :
1 comment :
Bestnya...lama dah x dinner chinese style...
Post a Comment