Saturday, December 1, 2018

Majlis Penyerahan hadiah PAKEJ UMRAH Kepada 200 Pemenang Cabutan Peraduan Jakel Beli & Menang 2017 / 2018

Hi Korang, 

Ermm siapa yang tak kenal dengan Jakel kan!! 

Gedung pakaian yang terkemuka di Malaysia ini khususnya di Lembah Klang tak kira apa musim pun, gedung Jakel ini senantiasa penuh dengan para pelanggan setianya yang tersendiri. Even kak lily pun suka masuk ke Jakel ni walaupun sekadar cuci mata tup-tup terbeli jugak kan. 


Oh ye, kak lily sempat ke majlis penyerahan hadiah pakej umrah kepada 200 pemenang bagi cabutan peraduan Jakel Beli dan Menang 2017/2018 bertempat di Wisma Jakel Kuala Lumpur baru-baru ini. Best tuh!! 

Dengan hanya berbelanja minimun RM1,000 di mana-mana cawangan Jakel di seluruh Malaysia mereka ini berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci. Sesuatu perasaan yang sukar digambarkan itulah yang yang dapat kak lily dapat lihat pada wajah-wajah para pemenang ini. 


Ada tuh, macam tidak percaya mereka memenangi hadiah pakej umrah ini apabila pihak Jakel menghubungi mereka sampai ada yang ingatkan panggilan telefon scammer, begitu sekali kan. Itulah siapa sangka dengan membeli kain dan baju pasang untuk diri sendiri mahupun keluarga, kita berpeluang menyertai Peraduan Beli & Menang dan seterusnya menjadi tetamu terpilih menjejakkan kaki di rumah Allah ini.

Hampir 50,000 penyertaan yang diterima di sepanjang tempoh peraduan ini dan 200 daripadanya telah terpilih antara peserta bertuah kerana nama mereka telah dicabut sebagai salah seorang pemenang pakej ibadah umrah bersama Alkhatiri Travel & Tours Sdn Bhd.


Sebanyak 1.3 juta telah diperuntukkan oleh pihak Jakel Trading bagi menaja 200 orang pemenang bagi menunaikan umrah. Ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial Jakel Trading dalam menyokong jihad ekonomi ummah dan juga penghargaan diatas segala sokongan daripada pelanggan-pelanggan mereka dari seluruh negara. 


Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel turut mengekpresikan tanda terima kasih diatas sokongan pelanggan Jakel setiap tahun. Dan menurut beliau Jakel sentiasa konsisten memberikan yang terbaik dengan menawarkan fabrik berkualiti pada harga mampu milik. 


Menurut Datuk Mohamed Faroz lagi, Peraduan Beli & Menang ini akan diteruskan lagi untuk tahun akan datang yang mana seramai 200 pemenang akan dicari. Untuk tahun 2017 terdapat 80 pemenang, 2018 seramai 200 pemenang dan untuk tahun 2019 turut mengekalkan seramai 200 pemenang. Cabutan adalah dibuat di setiap cawangan Jakel mengikut fasa yang ditetapkan. Dan peraduan ini belangsung selama 30 minggu. 


Antara pemenang lelaki Beli & Menang Pakej Umrah tajaan Jakel Trading bergambar bersama dengan orang kuat Jakel Trading. 


Antara pemenang wanita Beli & Menang Pakej Umrah tajaan Jakel Trading bergambar bersama dengan orang kuat Jakel Trading. 



Tidak kira usia, lelaki mahupun perempuan semuanya begitu teruja apabila dipilih menjadi pemenang. Selain daripada menerima hadiah utama, setiap pemenang juga menerima cenderahati dari pihak Jakel seperti sejadah, telekung dan barangan lain yang boleh digunakan semasa mengerjakan umrah. 


Puan Haslinda pemenang dari Alor Setar ini juga tidak menyangka beliau berpeluang menunaikan ibadah umrah pada tahun 2019. Keserasian beliau dengan kain-kain di Jakel menjadikan beliau antara pelanggan tetap keluaran syarikat ini dan siapa sangka berbelanja untuk keluarga memberikannya rezeki yang begitu istimewa. 


Oh ya! Jangan lupa untuk berbelanja di Jakel bersempena dengan Jualan Akhir Tahun 2018 yang berlangsung dari 23 November 2018 sehingga 6 Januari 2019. Terdapat banyak promosi menarik, termasuklah jualan separuh harga untuk koleksi kain terbaru 2019 yang coraknya lebih 'fresh' dan 'trendy'. Paling dinantikan adalah koleksi ramadhan 2019 dari Hanis Zalikha yang sememangnya menjadi pilihan pelanggannya pada tahun sebelum ini. 

Keterangan lanjut boleh layari sosial media Jakel :- 

Facebook : 

Instagram : 




No comments :