Hi Korang,
Guardian Malaysia memperkenalkan rangkaian Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey, produk yang berinspirasikan kepada alam semula jadi yang berfungsi melembab serta melindungi kulit dan rambut kering dengan manfaat ramuan tradisional untuk rambut yang lebih terurus.
Keadaan persekitaran berhawa dingin, mandi, mengeringkan rambut dengan tahap kepanasan yang tinggi serta penggunaan produk penjagaan diri yang tidak sesuai dengan kondisi kulit dan rambut boleh menyumbang kepada masalah kekeringan. Apabila usia kita semakin meningkat, kulit akan hilang keanjalan dan keremajaannya, sementara kulit kepala pula kurang menghasilkan minyak yang boleh menyebabkan masalah rambut kering
Dengan begitu banyak faktor, apa yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan kulit yang lembab, licin dan rambut yang berkilat.
Rangkaian baru produk Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey menawarkan penyelesaian kepada pengguna yang peka terhadap alam sekitar dan mahukan produk penjagaan diri yang lembut dan efektif. Ia terdiri daripada syampu Deep Moist and Protect, perapi, minyak rambut, cucian badan, losyen serta krim tangan untuk penjagaan harian rambut dan kulit. Produk-produk ini memfokuskan ke atas ciri-ciri melembap serta melindungi kulit dan rambut dari jenis yang kering hingga jenis yang normal.
Rangkaian produk ini diformulasi dengan 100% minyak biji chia organik yang disahkan eco dari Jerman untuk memulihara kelembapan semula jadi kulit dan rambut. Di samping mengekalkan kelembapan dan diperkaya dengan ekstrak madu organik dari Perancis yang tinggi kandungan mineral, vitamin dan anti-oksidannya. Kombinasi minyak biji chia organic yang 100% disahkan eco dan ekstrak madu organic menawarkan tahap lembapan serta hidrasi yang ideal untuk jenis kulit kering dan normal. Ia juga telah diuji dan terbukti secara dermatologi, serta tidak diuji ke atas haiwan.
Kesemua rangkaian 58 produk Botaneco Garden termasuklah Organic Chia Seed Oil and Honey hanya boleh didapati di Guardian Malaysia.
Pengurus Jenama Sendiri, Kesihatan & Kecantikan, Malaysia & Brunei, Guardian Health & Beauty Sdn. Bhd., Michelle Yeap menjelaskan bahawa rangkaian produk Organic Chia Seed Oil and Honey dihasil untuk menawarkan produk yang berasaskan kepada trend kosmeseutikal global serta memenuhi keperluan pelanggan Guardian di rantau ini.
“Diinspirasikan dari alam semula jadi, produk yang melembab secara mendalam serta menjadi penyelesaian protektif ke atas kulit dan rambut kering ini sememangnya dimahukan oleh para pelanggan kami. Kami sudah mengkaji banyak ramuan yang disahkan eco dan organik sebelum menjumpai kombinasi unik 100% minyak chia dan ekstrak madu organik yang menawarkan tahap lembapan, hidrasi dan manfaat berkesan kepada kulit kering dan normal,” kata Yeap.
“Untuk rangkaian produk Organic Chia Seed Oil and Honey, Botaneco Garden menawarkan kebaikan dua ramuan bagi memberikan produk penjagaan diri yang mampu milik serta berkesan ke atas jenis kulit kering kepada pengguna. Ia telah diuji dan terbukti secara dermatologi, jadi anda boleh jadi lebih cantik dengan mudah. Gunakan terus dari botol atau tiub dan ia cukup lembut untuk kegunaan setiap hari,” katanya lagi.
Terdapat lima produk di bawah jenama Botaneco Garden iaitu Inca Inchi yang menggunakan Inca Inchi dan Aloe Vera sebagai ramuan utamanya. Rangkaian produk premium Organic Argan and Olive Oil, Botaneco Garden Baby menggunakan bunga kamomil yang disahkan sebagai eco dan koloidal emping oat untuk produk bayi yang lembut dan berkesan.
Rangkaian produk Trio Oil yang 100% menggunakan minyak disahkan eco - minyak Babassu, minyak Baobab dan minyak Chufa serta rangkaian produk Organic Chia Seed Oil and Honey yang baru.
Rangkaian produk Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey ditawarkan pada harga bermula RM9.34 untuk krim tangan Deep Moist and Protect hinggalah RM18.77 untuk syampu, perapi, mandian dan losyen badan Deep Moist and Protect. Semua produk ini boleh didapati di semua kedai Guardian di seluruh negara dan melalui e-stor Guardian: www.guardian.com.my.
Maklumat lanjut mengenai Botaneco Garden, sila layari laman web: http://www.botanecogarden.com/en-my/ atau ikuti mybotanecogarden di Instagram.
Rangkaian produk Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey
Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey Deep Moist and Protect Shampoo 500ml ideal untuk rambut kering dan rosak kerana ia melembab dari dalam untuk mengembalikan rambut yang berkilat dan licin secara semula jadi.
Diperkaya dengan Panthenol dan Hydrolyzed Protein, ia membantu meningkatkan kekuatan rambut, mengurangkan pembentukan rambut bercabang dan kerosakan kutikel dengan cara melicinkan kutikel rambut. Membantu melindungi rambut rosak daripada haba, UV dan air laut, ia ditawarkan pada harga RM18.77 sebotol.
Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey Deep Moist and Protect Conditioner 500ml ideal untuk rambut kering dan rosak kerana ia melembab secara mendalam untuk rambut yang sihat, lembut dan licin. Pada masa yang sama menambah baik aspek keanjalan rambut dan mudah diurus. Rambut boleh disikat dengan mudah.
Diperkaya dengan Panthenol dan Hydrolyzed Protein, ia membantu meningkatkan kekuatan rambut, mengurangkan pembentukan rambut bercabang dan kerosakan kutikel dengan cara melicinkan kutikel rambut. Membantu melindungi rambut rosak daripada haba, UV dan air laut, ia ditawarkan pada harga RM18.77 sebotol.
Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey Deep Moist and Protect Hand Cream 60ml membantu menyegarkan dan melindungi kulit daripada masalah setiap hari. Ia hadir dengan formulasi yang ringan, tidak berminyak dan tidak melekit.
Ditawarkan pada harga RM9.34 sebotol.
1 comment :
Ingat untuk makan je Chia Seed ni....rupanya shampoo pun ada
Post a Comment