Wednesday, November 14, 2018

"MOONSTRUCK" Kompilasi Lagu Romantik Dan Sentimental Di Dalam Album NORRELA

Hi Korang, 


Mungkin korang tak pernah dengan penyanyi yang bernama Norrela ketika ini kan!! 

Ye betul penyanyi yang bernama Norrela ini merupakan penyanyi baru yang menghasilkan lirik lagunya sendiri dek kerana sudah bosan menyanyikan lagu orang lain.


Terdapat 10 buat lagu yang liriknya hasil dari ilhamnya sendiri, di antara lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album "Moonstruck" ialah :- 

  • I'm Moonstruck 
  • Song Serenade 
  • You Missed It All 
  • Don't Be My Hero 
  • I know 
  • It's Crystal Clear 
  • Just Can't Do It Alone 
  • Me and My Shadow 
  • My Mind and Heart 
  • I'm a Teetotal 

Majlis Pelancaran Album Moonstruck


Kak lily berkesempatan untuk menghadiri majlis pelancaran album "Moonstruck" yang bergenre romantik dan sentimental nyanyian Puan Norrela ini.


Album ini telah diterbitkan oleh Andy Court, Penerbit album di Australia yang telah memenangi lebih 30 Anugerah peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau yang telah bertanggungjawab menghasilkan muzik dan melodi berdasarkan kepada lirik yang dihasilkan oleh Norrela sendiri.

Sini kak lily kongsikan  video nyanyian Norrela ni ek

Moonstruck by Norrela

Seriously yang kak lily tak sangka tuh, yang Puan Norrela seorang ibu anak tiga yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang "Applied Biology" yang cukup terkenal dalam dunia penulisan motivasi kini telahpun menghasilkan mini albumnya sendiri. Betullah kalau ada minat dan usaha segalanya pasti boleh kita capai.



Hasil karya Puan Norrela iaitu buku motivasi "Memancing Hati Anak Remaja" dan juga album Moonstruck! 

Tahniah kepada Puan Norrela!!


Perjalanan karier Norrela ini baru sahaja bermula dan kak lily doakan Puan Norrela ni akan maju kehadapan dengan jayanya di dalam bidang nayanyian yang diceburi ini. 
















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

19 comments :

dr-Life said...

i listen to her songs before and kinda like it. wow.. she got a new album!!

cre8tone said...

wow! so many lovely romantic songs... must be very good compilation.. great one..

Suria Amanda said...

Tahniah diatas pelancaran album Norella, umur bukan jadi penghalang kan asalkan ada minat...

Fadzi Razak said...

Serius sedapnya lagu dia. Macam lagu lagu lama dulu kan. Saya ada dengar dekat youtube. Betul betul macam lagu english zaman 80's 90's.

cindyrina said...

Bagus kan...dia masih gigih to pursue hobby dia. Lagu dia not bad jugak. Very meaningful and the voice super awesome talented gak. Semoga maju jaya!

Mahamahu said...

Alamak kita tak pernah tahu pun Norrela ni penyanyi hehehe sebab mungkin bukan zaman kita tapi kalau lagu kena ngan jiwa ok lah boleh layan juga hehehe ok..

Auni Muthal'lib said...

Rasa macam pernah tengok Puan Nurrela ni. Masih vouge lagi. Good luck Puan Nurrela.

Bella Jamal said...

Baguslah kalau dah minat buat je apa yang kita suka kan. Yang penting puas! Penerbit album pun bukan calang-calang orang ye yg produce.

apekinahdotcom said...

Haah memang tak pernah dengar nama dia sebelum ni.Tak sangka beliau sungguh berbakat dalam bidang penulisan dan nyanyian. Moga selepas ni beliau terus sukses dalam bidang yang diceburi ooleh beliau

JMR said...

penyanyai baru ke penyayng yg dah lama menyanyi tapi baru nak buat lagu sendiri ni? Kalau suara sedap, sayanglah kan asyik nyanyi lagu orang lain

Emi said...

Aah memang tak tahu dan tak pernah dengar pun pasal norrela ni. nanti nak try dengar lagu2 dia la. thank you for info kak lily

Nadratul Syazwana said...

First time dengar nama artis Norrela ni. Wah bagusny dari penulis ke penyanyi eh. Mesti hasil karya dia memang tulus dari hati.

precious cla said...

Kalau industri seni berkaitan lagu-lagu ni, saya tak berapa pandai nak komen. Apa pun I wish she will be a good and famous singer one day. :)

Huda Halid said...

wah, hebat puan norlela ni, pandai menulis dan menyanyi. siap launch album sendiri ni. semoga beliau terus berjaya. syok bila hobi mendatangkan hasil

Syafiera Yamin said...

wahhh kelas....
masih bersemangat dan bertenaga..
nanti I dengar lagunya..
nama moonstruck pun dah comel tu..
would like to check out ! :)

Alia Farhan said...

Sedap gak suara dia ni...lagu moonstruck tu harmony sangat rhytm dia..suka la

mrschantek.blogspot.com said...

Ha ah memang tak pernah dengar nama penyanyi ni. Tapi bagusnya sebab dapat menulis lagu sendiri

Nadia Johari said...

Baru tau pasal penyanyi ni..sedap juga lagu dia ni..layan..hehee..romantik gitu..

Bebelan Cik Min said...

Boleh tahan jugak ek kak lagu-lagu dia tapi tabik spring la sebab dia berani munculkan diri maklum lah skrgkan ramai pesaing yang muda-muda hehehe