Friday, October 19, 2018

Semalam Di PHILEA RESORT & SPA Melaka

Hi Korang, 


Eh bukan semalam lah kak lily pi, ini citer hari tuh 2 minggu lepas hah. Semalam kat opis kojo hah mencari rezeki. 

Kan hari tuh kak lily ke Guardian Retreat di Melaka so ktorang berjimba ria di Philea Resort and Spa Melaka ni, jimba sangat kengkonon very very pack wokeh. Full with activities wokeh enough of that citer. 


Sebenarnya ini kali kedua kak lily bercuti di Philea Resort ni, sebelum tuh pada tahun 2014 kot tak silap lah ada blogger activites jugaklah so still ingat-ingat lagi lah tentang resort ni. 

Kalau korang nak tau . Philea Resort dan Spa ni diiktiraf dalam Malaysia Book of Records sebagai resort balak (log resort) yang pertama di Malaysia dan Asia! 


Sebab apa? 

Resort ini dibina dengan menggunakan kayu-kayu log yang diimport khas dari luar negara, kayu log ni selalunya ada kat railway station omputeh je, alah species kayu-bayu balak yang cantik tuh bulat-bulat besar pembentung. Hah cantik kann 

Ada 3 jenis bilik di Philea Resort ni iaitu Pavilion Room, Philea Suite dan Royal Villa. 


Of courselah ktorang dapat Pavilion Room wokeh, nak ke bilik kena naik buggy eh boleh je jalan tapi malas bebenau masa tuh dengan beg berat bagai kan. Suasana persekitarannya memang mendamaikan, tenang, sejuk . 

Bilik 3183. Kena naik tingkat atas, nasib beg kecik boleh pikul hehhehehhe 

Inilah biliknya 





tak sempat nak berendammmm





lepak-lepak di beranda

hah penuh dengan pokok-pokok kan

Simple tapi sangat selesa, bila dah bukak aircon tuh sejuk yang ampun. 

Semua basic need ada, yang penting tv depan mata kak lily siap sempat tengok movie Ocean Eight lagi sebelum tidur hari tuh. 

Cravo-Cravo  - tempat makan lunch, breakfast





Sarapan di Cravo-Cravo, international breakfast cuisine. Memacam ada lah, pilih saja ikut idaman hati dan peluh. 


Cuma yang tak best tuh, tak sempat nak swimming padahal pool depan mata je hah lalu lalang non stop sebab jalan short cut ke ballroom semuanya kena lalu swimming pool. So tengok jelah, sedapnya kalau dapat berendam seketika kan. 

Bagi kak lily resort ni sangat mendamaikan dan sesuai untuk newly wedding, honeymooners yang inginkan privasi sebab sunyi je waktu malam, lena je tidur. Tapi ktorang seronok balik jalan kaki malam-malam ramai-ramai ke bilik sampai menikmatin keindahan alam. 


Good place to relax your mind dan release stress.. 

Ini alamatnya : 

PHILEA RESORT and SPA, 
Lot 2940, Jalan Ayer Keroh, 
Off Jalan Plaza Tol, 
75450 Ayer Keroh, 
Melaka

Telefon: 06-2893399 
Faks: 06-2332299 



Landmarks : Lepas je keluar ke toll ayer keroh dah nampak signage masuk ke Philea Resort ni sebelah kiri jalan je hah, Senang sangattt 



Mari LIKE dan FOLLOW Philea Resort and Spa, Melaka di sosial media berikut : 

Website : 

Facebook : 

Instagram : 











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

No comments :