Hi Korang,
Cepat betul promosi untuk Tahun Baru Cina 2019 bermula ek.
Eh biasalah, siapa cepat dia dapat katanya…
Tahun Baru Cina yang diraikan setiap tahun memang meriah. Apatah lagi budaya makan besar bersama keluarga adalah antara acara yang ditunggu-tunggu seisi keluarga. Seperti biasa akan terdapat pelbagai pilihan menu hidangan yang menarik yang ada ditawarkan di restoran-restoran makanan cina.
Sebagai peminat masakan cina sangat rekomenkan Restoran China Treasures di Sime Darby Convention Centre (SDCC). Ini kerana setiap tahun hidangan yang ditawarkan sempena Tahun Baru Cina tidak pernah mengecewakan. Selain daripada itu, terdapat juga kemudahan parking yang banyak. Begitu juga dengan fasiliti asas seperti bilik air dan ruang solat turut disediakan dalam sentiasa berada keadaan kemas dan bersih.
Untuk Tahun Baru Cina (CNY) 2019, antara hidangan yang ditawarkan adalah seperti; Fortune "Yee Sang" with Golden Sea Whelk and Golden Corn, Double Boiled Chicken Soup With Dried Scallop Wild Red Mushroom and Cordyceps Flower, Steamed Lotus Leaf Chicken, Steamed Sea Grouper With Premium Soy Sauce and Golden Garlic, Baked Crystal Prawns With Nyonya Sauce in 'Nanyang' Style, Braised Black Moss Roll and Bean Curd Puff With Seasonal Vegetables, Steamed Rice With Baby Abalone Dried Octopus, Yam and Mushroom, Chilled Snow Lotus and Ginseng Root With Red Dates and Dried Longan.
Hidangan makan malam CNY dan baucar bufet hanya sah untuk dibuat penebusan pada 4 Februari 2019, bermula dari jam 6 malam hingga 10 malam. Tempahan awal adalah digalakkan bagi mengelakkan segala kesulitan.
Baked Crystal Prawns With Nyonya Sauce in 'Nanyang' Style
Chilled Snow Lotus and Ginseng Root With Red Dates and Dried Longan
Braised Black Moss Roll and Bean Curd Puff With Seasonal Vegetables
Disediakan juga bilik lebih privasi di Restoran China Treasures bagi acara dan sambutan yang ingin dilaksanakan secara privasi dan esklusif. Untuk pengetahuan semua, Restoran China Treasures dibuka setiap hari pada hari berkerja ketika waktu makan tengahari bermula dari jam 11.30 pagi sehingga 2.30 petang. Manakala untuk cuti umum dan hujung minggu bermula dari jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang. Dan persembahan muzik akan bermula dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam.
Double Boiled Chicken Soup With Dried Scallop Wild Red Mushroom and Cordyceps Flower
Steamed Lotus Leaf Chicken
Steamed Sea Grouper With Premium Soy Sauce and Golden Garlic
Bagi orang muslim tidak perlu berasa was-was memandangkan restoran ini telahpun mendapat pensijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Semestinya suasana akan lebih meriah jika dapat hadir dengan ahi keluarga untuk menikmati hidangan istimewa di sini kan. Oh ya! Restoran ini juga boleh menampung sehingga 200 orang, dengan enam bilik makan privasi yang boleh menampung diantara 8 hingga 70 orang.
Jamuan Tahun Baru Cina di SDCC sudah boleh dibuat penempahan ya. Ianya ditawarkan dalam harga per pax ataupun penempahan berkumpulan samada untuk 1 meja adalah untuk 10 orang tetamu ataupun 1 meja untuk 5 orang tetamu. Menariknya ditawarkan juga harga "early bird" yang memberi lebih banyak penjimatan.
Harga voucher yang ditawarkan adalah adalah seperti berikut:-
*Lebih awal membuat pembelian voucher, lebih penjimatan diperolehi
Oktober - RM60 nett
November - RM70 nett
Disember - RM80 nett
Januari /Febuari - RM98 nett
Harga Untuk 1 Meja 5 Orang
Oktober - RM498 nett
November - RM598 nett
Disember - RM698 nett
Januari /Febuari - RM888 nett
Harga Untuk 1 Meja 10 Orang
Oktober - RM698 nett
November - RM798 nett
Disember - RM898 nett
Januari /Febuari - RM1388 nett
*Semua harga adalah termasuk 0% service charge dan 6% service tax
Hubungi 03-20893788 atau emel ke chinatreasures.sdcc@simedarbyproperty.com untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
Ni alamatnya
1a, Jalan Bukit Kiara 1,
Bukit Kiara, 60000
Kuala Lumpur,
Tel : 03-2089 3688
So boleh suggest kat bos-bos korang untuk buat tempahan bagi CNY 2019 ek, harga tengah murah kaw-kaw ni kan...
No comments :
Post a Comment