Hi Korang,
Minggu lepas merupakan minggu yang pack sekali dalam bulan ni, terkejar-kejar dengan kerja, nak update blog lagi, social media content pun nak kena buat so memang busy. Tapi dalam busy-busy pun sempat jugak kak lily ke Wellness Retreat anjuran Guardian Malaysia ni di Philea Resort and Spa Melaka.
Nasib baik dapat cuti setelah explain dengan bos apsal nak cuti emergency ni kan hehehehe
So pagi selasa tuh sebelum subuh kak lily dah keluar rumah, setelah 2-3 kali tukar train then barulah sampai ke meet up point di Giant Seksyen 13 Shah Alam. Ingatkan kak lily akan pi dengan media yang tak kenal tapi rupa-rupanya kengkawan blogger dan media yang dah biasa jumpa so oklah kan.
Dapat tidur sekejap je dalam bas sebab duk berborak dengan bebudak ni biasalah lama tak jumpa so catch up session lah kan.
mak oi semua ketat, bila nak kurus ni nokkk
Yeah sampai pun di Philea Resort Melaka
Actually kak lily pernah pi dulu resort untuk event staycation with bloggers tapi lama dulu lah, dapat bilik di sebelah bawah ni dekat dengan area lobby ni, so ni kira mengimbau memory la kan.
Moderator ktorang Ramzan, ya ampun ramai benau ingatkan dia ni Cina hehee
Kalau korang tengok jadual retreat ni memang pening sebab jadualnya sangat-sangat pack, sampaikan nak baring-baring kat bilik pun tak sempat hehehehe tapi I liked it sebab pack dengan aktiviti yang menarik hati.
So usual mestilah kena ada briefing dulu kan hehehe
Welcome note dari Guardian Malaysia’s head of skincare Ms Sheryn Soo mengenai wellness retreat ni adalah untuk para media yang senantiasa bertungkus lumus menyebarkan info mengenai Guardian kepada masyarakat di luar sana dan juga sempena ulangtahun Guardian yang ke51.
Kitaorang di berikan passport challenge untuk ktorang selesaikan sepanjang percutian ni ek, ingat boleh goyang-goyang kaki berehat ke hah! Kaki tangan otak semua berjalan wokeh hauhaua
Ice Breaker with BioEssence dan Pantene
Sessi ni santai je, kitaorang diberikan pilihan produk Pantene dan kemudiannya bercerita kaitan dalam hidup ktorang dengan produk tersebut. Kak lily kena citer pasal rambut gugur eleh senang tuh, sebab hari-hari Mr Big duk komplain pasal rambut gugur ni, so kasi goreng lah hahaha.
Mari kena saya ek!!
nampak memasing berpusing-pusing mengira kan
kak lily teka ada 14 item dalam jar ni
15 dalamnya ek, so ini yang menang hah
Kemudian ktorang di suruh teka produk BioEssence di dalam botol depan meja ni, kemain sengsorang berpusing-pusing kat situ. Hampeh salah jawapan kak lily, sebenarnya ada 15 botol produk dalam botol tuh hahaha
ini kak lily punya
nampak pommpuan lapo makan kemain laju lagi ek
Habis first segmen, ktorang lunch di Cravo-Cravo alah sebelah lobby je so senang dekat tak yah nak jalan jejauh. Lepas makan terus ktorang di berikan kunci bilik, yesza roommate kaklily adalah kak ira so senang sket sebab dah kenal lama.
cantikkan bilik ktorang, sejuk je tau
keperluan ktorang sepanjang 2 hari ni, tq Guardian sangat memahami ek
Ya ampun cantikknya bililk ‘Pavilion Villa’ di Philea Hotel ni. Itu nanti kak lily citer di entry lain ek kang berjela-jela panjang pening korang nak baca.
The Story of Oil Garden
Untuk session ni kak lily lambat sket sampai sebab tak perasan jam sebenarnya, padahal duk melanguk dalan bililk sebab impress kan hehehe
Kami di perkenalkan dengan produk terbaru keluaran dari Byron Bay Australia iaitu The Oil Garden. Ianya terkenal dengan produk essential oil dan kini mereka mengeluarkan rangkaian produk penjagaan diri. Nanti kak lily elaborate lanjut di entry lain ek. Seronok jugak sebab dapat mencuba sendiri produk-produk ini.
Kemudian ktorang balik ke bilik dan bersiap untuk ke event seterusnya. Wah siap dapat keluar-keluar lagi tuh, mana tak best kan.
Malam tuh ktorang ke Encore Melaka
Salah satu mercu tanda yang terbaru di Melaka, even kak lily sendiri pun tak tau akan kewujudan tempat ni, cantiknya ya ampun. Dari jauh dah nampak, ianya terletak di kawasan Klebang berdekatan di sand boarding yang viral baru-baru ni.
An Evening To Impress with L’Oreal and Maybeline
Sebelum ke pertunjukan Encore, ktorang di berikan task menarik tau. Alah selfie dengan barangan makeup dari L’Oreal dan Maybeline.
Alah kak lily pun join suka-suka lah bukan nak menang sangat pun hahahaha. Of courselah pemenangnya si cantik Aliza Sara kan, korang kalau tengok gambar dia pun mesti korang LIKE gak tau.
Dinner is served!!
lapoo itu yang makan banyak tuh
table ktorang paling hujung sekali hah
Dinner was awesome, menu makanan melayu. Sedap bak hang!! Bertambah-tambah kak lily makan, eleh tambah lauk je sebab takut nanti tertidur dalam show plak kan. Hahahaha
Encore Melaka
First time kak lily menyaksikan show sebegini. Sebenarnya para penonton yang mengelilingi pentas tersebut tau.
sorry gambar tak berapa cun sebab zoom je ni hah
ini canggih, i LIKED
Sempat bergambar dengan para pelakon di luar bangunan, bagus ek sebab diaorang tunggu semua penonton untuk bergambar. Kan best tuh
Seriously memang tak rasa yang kak lily sebenarnya bergerak hehehehhe. Ok nanti citer dalam entry lainlah.
Sampai hotel, ingatkan boleh tidur ermm rupa-rupanya kena abiskan task-task yang diberikan. Yelah siapkan je passport challenge tuh ek, tapi seronoklah bukan susah mana pun. Ambil gambar kasi caption itu sajor tapi cabarannya hebat sebab internet sangat-sangat out di situ. Memang resort ni nak suruh tetamunya berehat manjang je ek, tinggalkn phone tuh hahahahaha. Dalam kul 2 lebih rasanya baru boleh tidur itu pun terlelap dengan handphone kat tangan bagai hahahaha
Morning Workout with Joanna Soh
balance wokeh, cuma lemak je banyak hah
Pukul 7 pagi kak lily dah terpacak depan swimming pool ni dengan kengkawan lelain, kitorg workout session dari Joanna Soh, tak kenal pi google nama dia nanti taulah dia siapa kan.
nampak yang tertonggeng tuh, hah ahkak lah tuh
ambil nafas dulu ye
Actually workout tuh nampak simple je tapi kemain kuat lagi effect sakitnya ek. Dalam masa 30 minit tuh rasanya mencurah-curah peluh kak lily keluar tau. Basah luar dan dalam hahahaha
bahagiamu deritaku, penat weii
Lepas workout tuh, terus sarapan. Tapi tak lalu nak makan yang heavy-heavy sebab dah penat bersenam tadi kan, so ambil kopi, yogurt dan buah sket. Boleh percaya ke??
ini pinggan ruby ek, kemain lagi tau
Hahaha semua kena tipu, haruslah belasah nasi lemak sebab sedap tapi portion sket jelah sebab penat berwork out tadi. Makan tetap makan cam biasa hehehe
Health and Wellness 101 Session with Joanna Soh
Tapi makan dah banyak kan, now its time Joanna Soh sekolahkan kitaorang hahahaha, just kidding lah. Joanna give talk about kesihatanlah, cara tidur yang elok, cara pemakanan sihat lagi mudah, cara tangani stress dan memacam lagi. Hah bertambah ilmu kak lily ek.
Kemudianya ada session Edible Terrarium Activitity with Nature Hearts. Selalunya terrarium kita buat pokok-pokok kan tapi kali ni guna makanan plak hah tak ken bagus tuh. Susun cantik-cantik then baru berselera nak makan sarapan sebegini.
dengan Joanna Soh, jangan bandingkan lengan kami ek
Sayangnya nak tinggalkan bilik ek but its time to check out. Berebut-rebut memasing naik buggy ek sebab tak nak jalan hahaha.
Refresh with April Skin
Lepas check out, ktorang ke area sebelah swimming pool ni untuk aktiviti yang seterusnya iaitu bersama April Skin.
Salah satu lagi jenama di pasarkan di Guardian Malaysia. Seronok masa kat sini sebab selain daripada mencuba produk April Skin secara hands on, ktorang ada task untuk membuat Flower Crown, hah ambik ko memasing tunjukkan skill untuk memintal dawai-dawai dan menyusun bunga untuk di jadikan crown. Kak lily yang keras tangan ni pun terus jadi lembut je di buatnya sebab sebab seronok alah sekali sekala belajar jadi florist kan.
hasil air tangan sendiri, sebab tuh tak menang hahaha
Dah tentunya orang lain menang, sebab diorang lagi hebat dari kak lily. Tapi memang cantiklah hasil kerja tangan diorang tuh
Ok makan lagi. Untuk kali terakhir ye di Cravo-Cravo. Makan sampai tersandar-sandar hah, makan buah je lebih sebab tembikainya manis betul. Menu-menu lain sedap tapi agaknya terlalu kerap makan hari tuh so makan sket jelah.
A Quickie’ with Nivea Deo and Men
Ktorang ke Ballroom untuk aktiviti terakhi r sebelum balik huhuhuhuhu sedihnya.
Daler Yusof dan Ainul Aishah
Ktorang di perkenalkan dengan kebaikan deodorant Nivea serta Duta Nivea Deo dan Men iaitu Daler Yusof dan Ainul Aishah, eh pelakonlah diorang ni. Siap dapat buat challenge dengan diorang lagi tau.
Anniversary Beauty Bash with Hada Labo, Dove dan Silky Girl
Yang terakhir sekali..
masa yang ditunggu-tunggu
task mengenai Dove - selesaikan riddle yang di berikan
kena buat task Hada Labo jugak, selfie dengan produk-produk ni
main musical chair dengan product Silky Girl
ternyata hebat sabby merebut kerusi ek hehehe
Ini adalah aktiviti yang terbest sekali sebab ktorang di berikan task yang berbeza-beza berkenaan dengan ketiga-tiga produk tersebut. Kena ambil gambar, kena solve riddle, kena main musical chair sampai makeup sangat-sangat terhibur dengan perangai memasing hahahaha. Yang penting masing-masing sporting giler langsung tak kisah apa-apa pun janji nak hadiah hehehehe
Prize Giving
Sampai masa yang di tunggu-tunggu siapa yang menang dalam Guardian passport challenge tuh, jeng jeng jeng.. La kak lily rupanya salah sorang pemenang ermm tidak ku sangka. Berkat mengupdate sampai pukul 2 pagi ternyata berbaloi yeahhh joget-joget di situ kan. Padahal caption semua merapu-rapu je sebab janji siap kerja.
Tapi ramai betul macam tak caya yang kitaorang menang kan, alah biasalah ada menang ada kalah so adat la tuh. Telefon canggih tapi malas nak update itu bukan salah orang lain ek salah diri sendiri hehehe
Abis event terus naik bas then jalan, sampai Shah Alam dalam pukul 6.30 petang cam tuh. Naik grab dan MRT terus sampai rumah ermm pengsan seketika…
Anyway terima kasih kak lily nak ucapkan kepada team Guardian kerana sudi menjemput kak lily menyertai Guardian Wellness Retreat di Melaka ni ek. Mintak maaf kalau ada salah dan silap, terkasar bahasa sepanjang berada di dalam program ni.
Paling best dapat get together dan make new friends kan...
21 comments :
wow! such a lovely 2d1n retreat.. basically everything is inside.. from nice food, great accomodation, lovely products, amazing show, healthy exercise... that's very thoughtful of guardian...
Packed jadual ko kat sini ya. Takpe janji enjoy. Lagipun banyak aktiviti menarik dapt join. Majlis ilmu tu yg penting, banyak yg dpt dikongsikan
A very nice trip to Guardian. Everything looks beautiful done and everyone seems enjoyed it so much.
Bestnya kak dapat join program gini. Hilang stress kerja!
wahh bestnyer dpt join aktiviti camtu..sure seronok giler kan..ihihi
Wah best la...good trip Cik Lily, nampak u really enjoy..Guardian kena buat selalu program macam ni...ramai yang ingin dihargai..eh..eh..
Everyone need to take a retreat like this once in awhile to release stress, relax and unwind. We dont only need a healthy body buy also a calm mind. Bravo to Watson for taking the initiative
Trip yang sangat mengujakan ni. Kalau gi dengan geng2 yang boleh sekepala memang best la. Tempat pun menarik dengan aktiviti yang best2 diadakan...
bestnyer dapat retreat macam ni..lek rilex rilex sambil chill ngan member2 kan..baguslah Guardian ni..
This is such an interesting event held by Guardian, a short getaway to Melaka and it's really fun to get a chance to try out so many different range of products.
Waaahh... ini perjalanan yang mengasyikkan pastinya. Selain dapat ilmu, jalan jalan juga dapat produk skincarex. Happy 2 ya
Bestnyaaaa kak lily!!!!Tak puas baca entry ni please cepat buat sambungan ye nak baca review hotel pulakk hahaha.
Bestnya dapat join event dan aktiviti cam ni. Dapat banyak ilmu dan dapat berkumpul sama rakan2 blogger. Sis pun suka beli barang2 dr guardian ni, terutama syampoo pantene tu , memang selalu beli kat sana bila time promo..:D
wah banyak gila aktiviti kak lili join syok betul ada maasa... heheheheheh....hope u enjoy tau... tahniah juga sebab jadi pemenang... weee.. belanja shampoo keh keh keh...
meriahnyaaaa... walaupun jadual packed tapi nampak best. Produk-produk yang diperkenalkan pun hebat-hebat. syoknya. Apapun tahniah kak lily. berbaloi tido kul 2 pagi kan. hehe
Wow good trip.. bukan saje dapat release tension tapi dapat good input tentang product dr GUardian..siap ada morning session utk exercise, makan best dan tempat tido pun cantik
Rasa nak pergi visit Encore Melaka tu. Nak tengok sendiri performance kat sana . Bestnya trip dengan guardian ni .Banyak ilmu belajar kan .
fuh..nampak sangat pack aktiviti dia..nad ada tengok kak lily post, semua nampak menarik..bagusla macam ni..seronok, ada task, ada macam2 ye..terbaikla
menarik nyer, lily. ohsem sgt.
i am speechless. dah le dekat. nape le aida x dijemput :(
blogger sendu kan :) ha haha ha ha mana ler nak dijemput.
joanna soh tu yg best.
aida memang folo utube dia bab workout tiap pagi.
Bestnya kak dapat gi retreat camni sebab selain gain the knowledge dapat jugak berkumpul dan tambah kenalan kan? heheh..pada yang memng dah kenal masa ni la kita nak tambahkan lagi kemesraan gitooohhh..hahaha
Wah!! Banyak aktiviti menarik Trip Guardian nie.. seronok tgk kak lily enjoy dgn semua aktiviti.. tahniah ssb terpilih sebagai pemenang.. syabas
Post a Comment