Hi Korang,
Rasa lama tak tulis blog plak rasanya, padahal baru je 2 hari tak menulis kan. Itulah bercuti lama sangat itulah jadinya huhuhuhuhuhu
Last 2 weeks ceritanya.
September memang bulan yang meriah dengan makan luar sebab ktorang bertiga celebrate birthday, kak lily, si aakif dan tamok. So acara makan-makan berlangsung setiap minggu pendek kata wei.
dah beso kan budak ni, sekejapan jelah
So birthday Aakif ni kenalah celebrate kan, sekejapan je dah besar anak sedara kak lily ni. Dari kecik memang ktorang observe je proses tumbesarannya. Dari gelap sampai dah cerah dah kulitnya sekarang ni.
mummy, chicken ni pedas abang tak boleh makan lah
Kalau dulu-dulu si Siti (mama aakif) ni rajin nak buat birthday party jemput sedara mara so kali ni dia malas plak hah sebab jemput ramai tapi yang datangnya boleh dikira berapa orang je, membazirkan so buat kecil-kecilan jelah katanya. Memang tak plan pun, just tamok pi beli kek je hah dan ktorang makan kat Johnny Rockets iOi City Mall ni senang dekat dengan rumah hah.
Dalam restoran Johnny Rockets ni tak ramai orang pun so takyah nak book bagai, sesampai terus je order nak makan of courselah burgers dan milkshake yang menjadi idaman kak lily ni.
nak mummy abang suapkan fries ek
Sebab ramai so memacamlah yang di ordernya tapi semua licin sebab kebetulan semua orang belum lunch lagi time tuh. Bahagia nau birthday boy ek, kuat makan ni lebih-lebih lagi chicken. Dah habis makan tuh, suruhlah budak waiter tuh keluarkan kek.
wow, ada kek lah
kakak, jangan ambil kete saya tau
Hah sukalah dia dapat kek Cars ni.
Pertama sekali dia pandang kereta tuh, bukan kek tuh. Itu yang nak di pegangnya dulu. Aduiyai kena bagitau jangan ambil kereta tuh dulu sebelum potong kek. Abis nyanyi-nyanyi bagai then baru dia sibuk nak kereta tau.
mummy abang ada cars banyak
Ni masa staff Johny Rockets buat tarian Shark Doo Doo, dia boleh marah nen nyanyi-nyanyi sekali kan, budak ni memang tau. Dia ni memang serabut perut, tak suka bising-bising tapi nak attention, pening betul nak layan.
nen janganlah nari-nari abang tak sukerr
Sambung makan kek then kemudiannya jalan-jalan dalam iOi City Mall ni.
ko boleh pandang mummy lagi ek, dik
lambat reaction kan hahaha
Sempat jugak tindik telinga si Aafiya, dia punya reaction tuh 10 saat selepas telinga di tembak then baru dia nangis itu pun sekejap je dia nangis kemudian dan ok balik dah cam biasa.
Itulah ktorang spend masa di hujung minggu dengan keluarga tersayang, walaupun kita contribute menda kecik-kecik je pun tapi itu yang mengembirakan keluarga.
Dah nanti citer pasal birthday tamok my BIL plak, makan kat Barbeque Nation wei..
1 comment :
pernh mkn skali je kt johnny rocket pavi dlu2...sedap nmpknye fries cheese tu...beso kek birthday nya
Post a Comment