Tuesday, October 30, 2018

Aplikasi Manhajj Penyelesaian Ibadah Umrah Dan Pelancaran Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua

Hi Korang,

Kak lily berkesempatan ke majlis pelancaran Aplikasi Manhajj dan Rancangan Manhajj Mutawwif Musim Kedua baru-baru ini di IDCC Shah Alam.


Wah nampak macam kecil je event ni tapi bila kak lily sampai mak oi ramai betul VVIP yang turut hadir sekali bagi memeriahkan majlis pelancaran ini. 

Program realiti televisyen pencarian mutawiff, Manhajj Mutawwif kembali lagi untuk musim kedua dengan menampilkan elemen segar dan pembaharuan. 

Penerbitnya, Abd Halim Ikhsan berkata, musim terbaharu ini lebih menarik kerana akan melibatkan pertandingan di kalangan empat buah negara iaitu iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. 


Beliau menjelaskan, para peserta akan mengharungi cabaran dan tugasan sebelum dinobatkan sebagai Mutawwif Terunggul Manhajj Mutawwif Nusantara. "Untuk musim kedua, program ini akan menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman serta panel juri yang berkaliber dan berwibawa. 

"Antara elemen baharu lain diperkenalkan adalah 'Sketch Artis' yang terdiri daripada barisan pelawak terkenal tanah air dalam usaha menarik minat penonton bagi memberi ilmu pengetahuan kepada mereka. "Seperti musim lalu, para peserta akan bersaing dalam lapan konsert termasuk final dengan tugasan yang akan mengupaskan persoalan berkaitan umrah dan permasalahannya," katanya. 

Abd Halim menambah, program yang berunsur dakwah itu terus komited untuk mengangkat profesion sebagai mutawwif agar lebih dikenali serta dihargai masyarakat. 

"Mutawwif merupakan satu pekerjaan yang mulia di sisi Islam di mana mereka bertindak sebagai pemimpin umat Islam ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah. "Tapi sayangnya peranan dan pengetahuan masyarakat terhadap pekerjaan ini masih kurang. Harapan saya melalui rancangan ini mutawwif akan lebih dikenali," katanya. 

Program selama satu jam setengah itu akan mula ditayangkan pada 25 Januari 2019. 

Manhajj musim pertama yang bersiaran bermula Mac hingga Mei lalu menobatkan Ahmad Syafik Samat sebagai juara yang berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 dan juga trofi.

Naib juara menjadi milik Muhammad Syafiq Abdul Rashid (RMS0,000 dan trofi), tempat ketiga dimenangi Wan Mohd. Taufik Wan Marzuki (RM30,000) dan tempat keempat adalah Muhammad Mustakim Abd. Rahim (RM10,000 dan trofi). 


Untuk sorotan musim pertama dan musim kedua (akan datang) rancangan Manhajj Mutawwif boleh layari sesawang ini https://manhajjmutawwif.com/


Aplikasi Manhajj penyelesaian ibadah umrah 


Manhajj Brothers Sdn Bhd (Manhajj Mutawwif) memperkenalkan Aplikasi Manhajj yang merupakan kemudahan dan bimbingan secara dekat kepada umat Islam di negara ini dalam permasalahan ibadah umrah. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abd Halim Ikhsan berkata, aplikasi tersebut berperanan sebagai satu pendekatan baharu dan canggih dalam perancangan ibadah umrah termasuk pengurusan pendaftaran, pembayaran dan semakan selain memastikan pengguna menerima layanan yang memuaskan dan efektif. 



Satu majlis perjanjian dan tandatangan memorandum (MoU) diantara Manhajj Mutawwif dan Narsco Travel di sesi pengenalan Manhajj Apps. Kerjasama ini adalah untuk memastikan pengguna aplikasi mendapat perkhimatan yang terbaik terutama dalam membuat pemilihan pakej umrah dan servis yang ditawarkan dari Narsco Travel.
Selain itu jelas beliau, Aplikasi Manhajj turut menghubungkan di kalangan pengguna menerusi laman hiburan yang bermanfaat di telefon bimbit dalam usaha menambah ilmu pengetahuan 

"Idea menghasilkan Aplikasi Manhajj tercetus apabila menyedari kepesatan teknologi maklumat yang berkembang dengan informasi berkaitan umrah dan permasalahan yang timbul. "Ia merupakan satu langkah atau pendekatan yang dlambll Manhajj Mutawwiff bagi membantu bakal jemaah untuk mempersiapkan diri menunaikan umrah. "Aplikasi Manhajj ini bakal menjadi tunjang utama dalam menjalankan perniagaan di samping menjadi medium pembelajaran sepanjang hayat untuk komuniti Manhajj," katanya. 

Abd Halim menambah, antara ciri-ciri pintar yang terdapat dalam Aplikasi Manhajj apabila pengguna boleh muat naik status menerusi ikon Community. 





Jelas beliau, gambar-gambar juga boleh dimuat turun melalui Kalam Manhajj dan memiliki ciri senarai semak bagi membantu persediaan jemaah umrah. 

"Aplikasi Manhajj juga mempunyai 'panic button' sekiranya berlaku kecemasan di Tanah Suci Makkah dan Madinah apabila kelebihannya dapat menghubungkan antara jemaah dan mutawwif sekiranya berlaku sebarang kecemasan di Tanah Suci. "Pada masa sama, pengguna boleh membuat pilihan pakej dan pendaftaran umrah secara terus melalui Register Umrah serta soalan-soalan beserta jawapan berkaitan permasalahan umrah," katanya. 

Abd Halim memberitahu, Aplikasi Manhajj turut memiliki kelebihan apabila menawarkan Kursus Umrah yang lengkap secara atas talian dan paling istimewa mempunyai senarai semak bagi membantu jemaah menunaikan ibadah umrah. 

Selain itu jelas beliau, pelbagai informasi menarik turut dibekalkan kepada pengguna. 

Beliau berkata, Aplikasi Manhajj dibangunkan selama empat bulan termasuk merangka dan menyediakan isi kandungan aplikasi. 


Keterangan lanjut boleh layari:-


Laman Web: 

Facebook Page: 

Instagram : 

Ataupun hubungi: 019-7078992



Ermm kenapa masa kak lily pi umrah tak de lagi aplikasi ni ek, kalau ada kan senang. Seronok tau pi umrah, rasanya cam tiap-tiap nak ke sana. Rasa tenang aman damai je hati ini tau...






1 comment :

OKje said...

Insyaallah moga satu hari nanti dpt jugak menjejakkan kaki ke sana....
Camne nak download ni CL.... mcm kita download apps lain dlm hp ke