Thursday, September 20, 2018

ST Rosyam Mart SALE-A-BRATION Hebat Sambutannya

Hi Korang, 

Minggu lepas kali pertama kak lily ke ST Rosyam Mart di Setiawangsa ni. 

Ya ampun, belakang rumah lama kak lily je masa bujang dulu hehehehe kalau tau dulu tak nak pindah dari situ hehehehe 


Kalau korang nak tau bermula 15 sehingga 23 September 2018, ST Rosyam Mart menganjurkan jualan SALE-A-BRATION dengan harga runtuh. Pasaraya ini dibuka 24-jam dan korang boleh membeli belah mengikut masa kesesuaian korang. 

ST Rosyam Mart ini dibuka pada 1 Jun 2018 dan belum lagi ada pelancaran sempena pembukaannya. Jadi jualan SALE-A-BRATION ini dikira sebagai pelancaran secara tidak langsung. Setiba di perkarangan ST Rosyam Mart, terdapat barisan manusia yang panjang menunggu giliran untuk masuk ke pasaraya ini. Hebat penangan branding Datuk Rosyam Nor ni, dan tahniah buat ST Rosyam Mart. 

Sejarah ST Rosyam Mart 

Datuk Rosyam Nor memang berminat dalam bidang pertanian selain berlakon. Oleh kerana minat itu, beliau sudah memiliki ladang Nangka Madu dan Durian Belanda yang menghasilkan pengeluaran yang bagus. 


Datuk Rosyam telah bertemu dengan Datuk Raymond (Sri Ternak Group of Companies) untuk memasarkan produk pertaniannya melalui Sri Ternak. Selepas beberapa perbincangan pada tahun 2015, lalu terhasillah ST Rosyam Mart. 
Di pasaraya ini korang boleh dapati barangan tangkapan hasil laut seperti ikan, udang, sotong dan sebagainya adalah segar dan jauh lebih murah dari pasaraya lain. Inilah kelebihan gandingan Datuk Rosyam dengan Sri Ternak. Selain daripada itu, barangan hasil ternakan, sayur-sayuran, buah-buahan dan pelbagai barangan lagi boleh didapati di pasaraya ini. 

Promosi SALE-A-BRATION 

Sempena promosi SALE-A-BRATION ini anda boleh membeli belah dengan menikmati harga runtuh yang ditawarkan. Video promosi Datuk Rosyam dah viral dan memang berpusu-pusu orang ramai datang untuk mendapatkan antaranya ayam seekor pada harga RM0.88, kentang pada harga RM0.18 dan bermacam-macam lagi. 




Hari ke-2 sambutan orang ramai tetap hangat, lihat sahaja update dari instagram @iamrosyam

Langkah ST Rosyam Mart seterusnya

Sambutan yang menggalakkan dan tak putus-putus sejak 1 Jun yang lalu memberikan semangat dan keyakinan untuk mengembangkan lagi branding ST Rosyam Mart dengan membuka beberapa lagi cawangan mereka. 


Menurut Datuk Rosyam, pihak pengurusan sudah mengenal pasti 3 lokasi berpotensi untuk pengembangan pasaraya ini yang terletak di Melaka, Bangi dan Shah Alam. In Shaa Allah, jika semua berjalan lancar pasaraya yang 3 kali lebih besar dari yang ada sekarang ini akan beroperasi ada tahun 2019 nanti. 


Tahniah di ucapkan kepada Datuk Rosyam Nor dan Datuk Raymond atas pembukaan ST Rosyam Mart ini dan mendoakan kejayaan berterusan.












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

3 comments :

mama tisya said...

oh bujang dlu dok setiawangsa ek..hehe...hah 15 sept aritu rmi giler...nasibaik umh dkt ..bole pi pg ptg siang mlm haha....akhirnya smlm dpt gk beli ayam 88sen tu..smlm ok la ..idok la sesak mcm 15hb aritu kn haha

Hanim said...

teringin benar nak pergi sebab agak dekat jugak dengan rumah tapi sampai sekarang tak jejak lagi sebab penuhnya orang dari first day dia bukak huhu

Sis Lin said...

Bilalah nak di buka cawangan kat JB..suka sebab 24jam operasi..