Friday, September 21, 2018

Holiday Ke Hatyai 2018 | Hatyai Municipal Park – Tengok Gajah Kepala 3 (PART 5)

Hi Korang, 

Sambung lagi travelog ke Hatyai ni, korang boleh baca entry sebelum-sebelum nie k 





Ok ni citer hari kedua di Hatyai, lepas makan dimsum Chabura tuh hehehehe 

Sebab memang tak plan apa-apa, ramai yang suggest pi ke Hatyai Municipal Park ni kalau nak tengok keindahan bandar Hatyai ni. So kitorang terjah jelah. 

comey kat Grab kak lily, kete mahal tuh

Check dekat GRAB berapa harga ke sana kalau murah then kita pi lah. Check pun punya dalam harga THB237 untuk one way, tak yah nak booking Tuk Tuk. Tekan je button BOOK tuh terus Grab sampai, kemain cantic lagi kereta ni ek nampak Volkswagen Polo tapi bukan eh jenama MG kot. Muka budak yang bawak Grab macam YB Syed Saddiq tuh, kak lily pun sampai tenung muka dia 2-3 kali tapi sayang tak pandai cakap English so banyak guna sign language jelah. 

Perjalanan dari Chabura Dimsum ke Hatyai Municipal Park rasanya dalam 25 minit. Yelah kita kena keluar dari bandar Hatyai ni sket untuk ke puncak bukit untuk menikmati keindahan alam. Kira macam dari KLCC tuh pi Bukit Ampang LookOut Point tulah lebih kurang jaraknya. 

Ramai orang suggest baik naik Grab dari Tuk Tuk sebab kena mendaki bukit, sian plak bila tengok Tuk-Tuk naik bukit bawak ramai orang, berat je rasa nak pi memang tinggi gak bukitnya. Tapi kalau ramai-ramai naik Tuk-Tuklah bolehlah jimat kos sket tapi cam sama je alah ikut korang lah yang mana senang dan mudah. 

Once sampai je cakaplah dengan driver Grab tuh, senang ke nak dapat Grab bila nak balik nanti ? dia cakap apa ? You go I wait here, dont worry how long I wait for you. Ewah kemain lagi ek, kak lily pun ok ok je. Kata Mr Big kalau tak de Grab kita menapaklah jalan kaki kebawah ek huahauhauha 


Korang nak tau apa yang ada kat Hatyai Municipal Park nie?? 

Selain daripada pemandangan yang indah dari puncak bukit, korang boleh naik cable car ke puncak bukit lagi satu tau dan tempat ni rupanya tempat sembahyang orang-orang Buddha kat sini. 

Cable Car 

Sesampai je terus ke cable car ingatkan ramailah macam kat Langkawi tuh ermm rupanya langsung tak de orang hahahha seronoknya. Tapi jangan nak expect lelebih macam kat Langkawi lah, just sekadar nak rasa apa salahnya kan. 


THB200 = RM23++ kot 

dalam cable car

aduiyai makin lebar plak rasanya muka ni ek

Masa kitorang nak naik tuh ada plak couple sekali naik dengan kitorang, sempat interview orang Narathiwat rupanya datang ke Hatyai ni untuk sembahyang kat atas bukit tuh. Sejuk je dalam dalam cable car tuh, yelah naik ke puncak bukit kan. 

inilah dia gajah kepala 3 yang kak lily cakap tuh

Turun-turun nampak patung-patung budha kat atas ni. Ramai pulak orang tengah sembahyang tuh agaknya ada hajat kot, tup-tup nampak pulak patung gajah kepala 3 ni, terus paksa Mr Big amik gambar. Paksa wokeh hahahaha 

aduiyai double chin weiiii

cantik kan

Sebenarnya banyak patung gajah-gajah ni cuma takdelah kak lily ber gambar sangat, naik ke atas balik tengok cara diorang sembahyang. Ramai jugak yang datang mintak doa ni, siap ada yang bernazar kot sebab selang setiap minit ada orang bakar mercun cina yang panjang tuh, lepas tuh ada kertas untuk bacakan doa hehehe 

banyak loceng tau, besar ni ada lagi yang lebih besar


diorang tengok sembahyang, tak kan nak masuk plak. So tengok dari jauh je, Mr Big siap pusing ke belakang tempat sembahyang, ada penari-penari kat atas pentas ni tau

Tapi lekalah duduk kat sini, tengok budaya orang kan. 

Habis tuh kitorang turun balik ke bawah naik cable car, jalan-jalan di sekitar Park ni. Inilah masanya untuk merehat-rehat untuk lihat sendiri keindahan bandar Hatyai dari sini. 

panas mencarak ni pun sibuk nak bergambar tau, mata tak boleh bukak tuh sebab tu pakai spek hauhauahua

sempat bergambar dengan tunas puteri yang comel-comel ni, diorang ni mendaki dari bawah tau. Banyak tangga-tangga tuh

Hah itu bandar Hatyai, dari sini nampak jugak Masjid Songkhla dan Samila Beach tuh

dengan polis pun nak bergambar jugak, tapi polis-polis kat sini sporting

inilah tangga-tangga yang bebudak tunas puteri tuh panjat tadi, ada lagi bawah tuh tau. Cantik kan, bandar Hatyai.

Jangan tak caya ek, memang ramai orang kat sini wokeh walaupun tengah panas mencarak tau. Tapi disebabkan berangin so takdelah rasa panas tuh kan. Anak-anak dara dari Malaysia pun ada jugak masa ni, tengah duk lepak bawah pokok melihat pemandangan indah Hatyai, sebab apa kak lily boleh tau sebad dioarang cakap melayu asyik-asyik jom selfie, jom selfie ka hehehhehe...

Lama jugak ktorang duduk kat sini, alah sesaje kan. Tak de apa nak buat. Tengok gelagat pelancong yang datang seronoklah. 

dalam Grab Syed Saddiq ni ek, turun bukit laju tuh

Dalam pukul 12 lebih cam tuh ktorang turun balik ke area parking tuh. Baru nak bukak Grab tetiba Mr Big cakap driver Grab yang tadi tuhlah. Terus kitorang ke kereta dia, dan tanya cam ne nak kira balik ke hotel ni. Dia cakap apa? You check how much the Grab charge then you pay me, but don’t click booking. Hah bagus kan!! So tambang balik ke hotel hanya THB250 je = RM27++ cam tuh. 

on the way balik hotel, ternampak ni. Banyak jugak universiti kat Hatyai ni lah

Hah terus naik kereta then balik ke hotel hehhehe 

Sebelum naik singgah 7-11 dulu untuk cuci mata tengok apa yang ada, ya ampun bila punah poket bila macam-macam menda nak dibeli di 7-11 Thailand ni. Susu pisang meiji, maggie tomyam kaw-kaw, mask muka, granola instant ermm memacam sungguh lah kan. 

ini salah satu cara untuk jimatkan duit belanja kat sana dengan gunakan Grab Rent, kira korang booking Grab untuk sepanjang hari ke lokasi-lokasi perlancongan kat dalam flyer tuh. Oklah harganya kalau berempat jimat banyak tuh

Ok settle PART 5, nanti ada lagi PART-PART yang seterusnya. 

Ni bagi sneak peak dulu apa nak citer pas ni. 

1. Train Ke Hatyai (PART 1) 

2. The Bed Hotel (PART 2) 

3. Lee Garden Plaza (PART 3) 

4. Chabura Dimsum (PART 4) 

5. Municipal Park – tengok gajah kepala 3 (PART 5) 

6. Khlong Hae Floating Market 

7. Khlong Hae Buffet Seafood 

8. Central Festival Mall 

9. Big Market 

10. Hatyai Junction 
















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

No comments :