Hi Korang,
Penyakit kaki dan mulut atau dikenali sebagai HFMD paling kerap menjangkiti golongan bayi dan kanak-kanak berusia bawah lima tahun. Namun begitu, kanak-kanak dan orang dewasa juga boleh dijangkiti HFMD[1]. Justeru, amat penting untuk kekal bersih sepanjang masa dan cara yang paling mudah untuk melakukannya adalah dengan menggunakan rangkaian auxiliary produk Antabax.
Di Malaysia, 35,886 jangkitan HFMD telah dilaporkan dari Januari hingga Julai tahun ini di seluruh negara yang telah menjangkiti kebanyakkan keluarga dan komuniti secara signifikan[2].
Antabax, rangkaian produk penjagaan diri antibakteria Halal nombor 1 di Malaysia mempunyai rangkaian auxiliary yang terdiri daripada Antabax Antibacterial Cleansing Wipes, Instant Hand Sanitizer dan Hand Sanitizer Spray bersaiz poket. Produk kebersihan yang penting ini boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan HFMD pada kanak-kanak dan bayi.
Kegunaan Produk
HFMD ialah penyakit berjangkit yang boleh tersebar menerusi sentuhan langsung dengan mukus, air liur, cecair lepuh dan najis kanak-kanak yang mengalami jangkitan[3]. Ia juga boleh tersebar secara tidak langsung menerusi permukaan yang sudah dijangkiti. Maka, cara terbaik adalah melakukan pembersihan ke atas barang yang sering disentuh di rumah atau yang dikongsi bersama orang ramai di tempat awam. Antaranya adalah botol minuman kanak-kanak, tombol pintu atau kerusi bayi. Kesat dengan menggunakan Antabax Antibacterial Wipes, yang mampu menghilangkan 99.9% kuman.
Baru-baru ini terdapat laporan bahawa wabak HFMD yang bermula di Pulau Pinang berpunca daripada pemegang troli pasar raya[4]. Sebagai langkah mudah dan juga untuk ketenangan fikiran, semburkan Antabax Hand Sanitizer Spray ke atas pemegang troli dan kesat dengan tisu yang bersih.
Ia juga sangat berguna bagi membersihkan permainan, peralatan sekolah seperti bekas pensil yang mungkin sudah disentuh oleh kanak-kanak lain. Ia juga boleh digunakan pada tandas awam, pemegang keretapi atau bas untuk anda yang menaikinya setiap hari.
Tangan kita sentiasa nampak bersih kerana kuman tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Penting buat ibu bapa untuk membersihkan tangan mereka selepas bersentuhan dengan orang luar atau peralatan awam sebelum memegang anak sebagai langkah berjaga-jaga.
Biarkan Antabax Gel Sanitizer bersihkan semua kuman itu! Picit sedikit ke atas tapak tangan, gosok pada seluruh tangan dan di antara jari kerana ia dapat menghilangkan kuman, terutamanya ketika ketiadaan sabun dan air.
Rangkaian produk Antabax menawarkan perlindungan 24 jam dan membunuh sehingga 99.9% kuman berbahaya. Diformulasikan dengan vitamin dan Aloe Vera untuk memastikan kulit kekal sihat dan lembab, Sistem Perlindungan Derma mengandungi Serum Pelembapan Mikro yang menjadikan tangan sentiasa lembut, licin dan sihat. Diuji secara dermatologi supaya lembut ke atas kulit yang paling sensitif, rangkaian produk ini sesuai untuk kegunaan harian.
Penggunaan Antabax memberikan ketenangan minda kepada seluruh keluarga kerana jenama ini diiktiraf Halal oleh JAKIM.
Amalan kebersihan yang baik bermula dari rumah. Sama-samalah kita mendidik anak-anak tentang kepentingan kebersihan dalam usaha membantu mengurangkan risiko anak-anak daripada dijangkiti HFMD dengan menggunakan Antabax.
Maklumat lanjut dan tips tentang bagaimana untuk mengurangkan risiko jangkitan HFMD, kunjungi
Facebook : fb.com/NewAntabax
Instagtam : @antabax
[1] https://www.straitstimes.com/singapore/health/hand-foot-and-mouth-disease-outbreak-in-malaysia-6-things-you-need-to-know-about
[2] https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/rise-in-hand-foot-and-mouth-disease-in-all-malaysia-states-except-sarawak
[3] https://www.cdc.gov/hand-foot-mouth/about/transmission.html
[4] https://www.prosyscom.tech/category/blog/
No comments :
Post a Comment