Hi Korang,
Kita tetap memerlukan pencetak walaupun dalam dunia yang mana penggunaan digital dan dalam talian dilihat kian dominan. Daripada kertas cadangan perniagaan, penyata kewangan, tugasan kolej dan sekolah sehinggalah pas perjalanan pesawat, kita memerlukannya dalam bentuk bercetak. Namun, bukan semua pencetak itu sama.
Sebab itulah Brother International yang merupakan peneraju dalam bidang persisian IT dengan pendekatan unik ‘Pelanggan Diutamakan’ telah memperkenalkan satu rangkaian pencetak warna dan monokrom lazer terbaik, serta pencetak inkjet bersepadu multi-fungsi (inkjet multi-function centres, MFC) untuk kegunaan di rumah, perniagaan dan peruncitan. Pencetak-pencetak yang sesuai untuk apa jua gaya hidup dan kerja ini adalah sebahagian daripada langkah berani Brother bagi meneroka lebih jauh ke dalam pasaran korporat dan cetakan runcit.
Rangkaian yang terdiri daripada 13 buah pencetak dan MFC itu menawarkan pengalaman penggunaan yang mudah, prestasi dan kualiti lebih baik. Ia juga memberi penekanan terhadap aspek estetika penuh fungsi demi menjadikannya produk yang cantik dipandang dan juga berfungsi sebaiknya.
Ciri-ciri seperti cetakan pantas, ketersambungan mudah alih yang telah dipertingkatkan dan penjimatan kos ditampilkan ke dalam reka bentuk kompak. Sekali gus menawarkan aspek praktikaliti dan pengalaman lebih baik yang dapat memenuhi semua keperluan pengguna. Daripada kelompok korporat, kedai jualan besar atau kecil, perniagaan kecil dan sederhana, ruang kerja pejabat/rumah yang kecil untuk pelajar atau kediaman, pasti ada penyelesaian pencetakan Brother yang boleh dimanfaatkan.
Produk-produk Brother direka supaya menjimatkan tenaga dengan kos pemilikan lebih rendah. Jadi, pengguna boleh menjaga alam sekitar dan mengurangkan kos, apabila menggunakan produk-produk berpenampilan menarik yang pastinya padan dengan rekaan dalaman ruang perniagaan, tempat kerja atau kediaman mereka.
Reka bentuk luaran, prestasi dan kejelasan cetakan yang dihasilkan oleh rangkaian pencetak dan MFC baharu Brother sememangnya seperti satu karya seni. Ia telah dilancarkan di White Box Art Gallery di mana kecantikan produk ini serta kualiti cetakan yang luar biasa boleh dilihat, diuji dan dihargai.
Rangkaian baharu itu melibatkan pencetak warna dan monokrom, serta MFC yang dapat memenuhi apa jua keperluan. Terdapat dua pencetak dengan fungsi tunggal dalam Business Colour Laser Series iaitu HL-L8260CDN dan HL-L8360CDW. Di samping dua pencetak Multi-Function Centres iaitu MFC-L8690CDW dan MFC-L8900CDW.
Satu lagi siri pencetak baharu yang menggabungkan ciri-ciri cetakan pantas, ketersambungan mudah alih yang telah dipertingkatkan dan menjimatkan kos ialah dua pencetak lazer monokrom - HL-L2370DN dan HL-L2385DW. Selain tiga pencetak Multi-Function Centres (MFCs) iaitu DCP-2550DW, MFC-L2715DW dan MFC-L2770DW.
Siri pencetak Inkjet Multi-Function Centre Inkjet Brother ini nyata meningkatkan penanda aras jenama untuk mesin yang menggabungkan aspek kecekapan dan prestasi cetakan luar biasa. Siri pencetak baharu ini menampilkan empat model Inkjet Multi-Function Centre baharu yang terdiri daripada DCP-T310 (cetak, salin, imbas), DCP-T510W & DCP-T710W (cetak, salin, imbas dengan ketersambungan tanpa wayar) dan MFC-T910DW (cetakan 2 belah halaman, salin, imbas & faks dengan ketersambungan Ethernet dan tanpa wayar).
“Perniagaan dan pengguna di rumah mahukan pencetak yang tahan lama, memiliki produktiviti lebih tinggi, menjimatkan kos serta ciri yang mesra alam sekitar. Mereka juga mahukan produk yang dapat memenuhi gaya hidup, serta sepadan dengan rekaan pejabat atau sebuah pangsapuri studio kecil yang minimalis. Dengan rangkaian pencetak serta MFC warna dan monokrom terkini Brother, mereka tidak perlu bimbang lagi,” kata Pengarah Brother International Malaysia, Itsuo Segawa.
“Dengan kelajuan cetakan mengagumkan, inovasi penjimatan kos dan keupayaan cetakan mudah alih yang mesra pengguna, siri pencetak ini menawarkan gabungan pelbagai ciri terkini dan ketahanan yang sememangnya sinonim dengan jenama Brother. Mereka boleh mengharapkan produk-produk yang hadir dalam reka bentuk kompak dan elegan ini bertahun-tahun lamanya.
“Sejak beberapa tahun lalu, Brother International Malaysia aktif meneroka sektor korporat. Pada tahun 2018, kami akan memperkenalkan pendekatan yang lebih bervariasi dengan fokus ke atas pasaran runcit dan korporat. Kami akan terus aktif memperkenalkan jenama, produk di dalam outlet peruncitan dan platform dalam talian kami untuk berkongsi lebih banyak idea mengenai percetakan, teknologi serta bagaimana Brother dapat membantu menyelamatkan alam sekitar sepanjang proses tersebut,” kata Segawa.
Bermula Ogos 2018, Brother akan menganjurkan satu siri simposium di seluruh negara yang bertindak sebagai platform untuk mendidik dan berkongsi idea dengan golongan peniaga dan pengguna.
_____________________________________________________________________________
How about reading my story in English?
If you want to share your
blog, story or media content in another language you may want to look into
having it professionally translated.
One noticeable agency in IB
Tower in KL is VEQTA, read more here: Translation in Malaysia
3 comments :
Hai cik Lily putih... Memang!!! Brother ni bagus...jimat sbb yg penting cartidge dia murah.
baru tahu ada jenama brother.. nampak cantik design2nya...
singgah sini dari Aerill Hassan
now aida memang guna printer brother.
3 in 1. printer, scanner & photocopy. terbaik.
dah lama dah, lily.
lebih 5 thn rasanya.
Post a Comment