Tuesday, July 31, 2018

Lunch Di PORMTIP Thai Restaurant, Bandar Tasik Permaisuri

Hi Korang, 

Lately ni kak lily ikut bebudak office ni keluar lunch jejauh sket dari office. 

Kebetulan pulak 2-3 minggu ni boss cuti balik Germany so kami pun ambil kesempatan lah untuk keluar lunch makan sedap-sedap kan huahauhaua. 

Sepatutnya nak makan kat Trust Tissue tapi cafe tuh hari Jumaat dia bukak lambat dalam kul 4pm cam tuh so nak tak nak tukarlah makan ke kedai lain yang berdekatan. 


Kak lily nampak kedai Pormtip ni, kemain siap ada anjung atap nipah tau. Ini tentu kedai makanan Thailand sebab ada gambar ala-ala Thai gituh, ermm memang iya iya lah. 

So singgah jelah, sebab dah lapar pun kan

Bila tengok menu tuh rasa cam pening sket sebab tak de gambar, ya ampun lainkali kalau buat menu, sila sertakan gambar ek supaya tak pening customer nak tanya 10 kali untuk dapatkan gambaran menu tersebut hehehhehe 

kan memacam hado

Sebab ini bukan review so tak delah beria-ria mengambil gambar makanan ek sebab tujuan utamanya just nak makan dan borak-borak huahauahuahu 

Cepat gak hidangan sampai walaupun orang dah mula ramai,nasib baik kitaorang sampai awal sket je daripada orang-orang kat sini. 

yang balut foil tuh Otak-otak, telur dadar dan Tom Ka Kai

Inilah Tom Ka Kai, chicken soup with coconut milk katanya. Kira macam masak lemak gituh sedaplah. Isi punya gak

Memang authentic sungguhlah menu-menu yang di order malah sedap lagi tuh. 

Harga ? 
of courselah mengikut budget lunch kak lily tak delah mahal melantun pun sekali-sekala ok sajorr 

Nak singgah? 

Pormtip Thai Restaurant 
83, Jalan Dwitasik 1, 
Dataran Dwitasik, 
Bandar Sri Permaisuri, Cheras. 


Orang-orang Queen memang tau lah tempat ni ek 

Selamat makan korang…










Hot Wheels® 50th Anniversary Launch Di Art Of Speed 2018, Malaysia.

Hi Korang, 

Minggu lepas memang weekend yang hectic bagi kitaorang berdua, maklumlah memasing ada kerja di event Art Of Speed di MAEPS Serdang. Mr Big dengan volunteering task untuk Art Af Speed 2018 dan kak lily plak as usual dengan media event di Art Of Speed jugak. So dua-dua di tempat yang sama tapi kitaorang tak berapa nak jumpa hahahaha 

kemain besau nak media pass ek, tapi cantik

Kak lily di AOS2018 ni sempena ulangtahun yang ke 50 Hot Wheels tau. Kita hanya ingat Hot Wheels tuh mainan kanak-kanak biasa je tapi bila kita do background check wow its amazing wei. 

Semangat untuk bersaing, kereta lumba permainan (die-cast) dan litar lumba berwarna jingga merupakan ciri-ciri tepat bagi menggambarkan Hot Wheels®. Logo bercorak api merah dan kuning ikoniknya juga menterjemahkan sempurna energi serta keterujaan yang diterajui jenama tersebut. Tahun ini, Hot Wheels meraikan Ulang Tahun ke-50. Sepanjang separuh abad, Hot Wheels menjadi inspirasi kanak-kanak mencabar halangan menerusi perlumbaan di atas litar jingga dengan meluncurkan kereta lumba mereka penuh bergaya. 


Jelajah 50 Tahun Asia Tenggara (SEA) Hot Wheels® yang dilancarkan turut dihadiri Pengurus Rekaan Produk Global Hot Wheels®, Dmitriy Shakhmatov. Malaysia menjadi destinasi pertama dengan pelancarannya diadakan di MAEPS Serdang, sejajar dengan penganjuran tahunan Art of Speed. Acara itu dihadiri ramai peminat automobil dari seluruh negara. Para pengumpul koleksi (collector) pastinya peka bahawa acara tersebut adalah peluang terbaik bagi mendapatkan koleksi istimewa yang terhad keluarannya. 

"Kami amat berbesar hati kerana Hot Wheels® telah memberi keseronokan dan kegembiraan kepada para peminatnya sepanjang tempoh 50 tahun ini. Kami percaya bahawa cabaran perlu dihadapi secara imaginatif dan kreatif. la adalah tanggungjawab kami untuk memastikan manfaat nilai-nilai sebegitu dapat dirasi generasi baharu," ujar Pengurus Cawangan Mattel Asia Tenggara, Ivan Franco. 


"Saya masih rasa seperti bermimpi apabila rekaan peribadi Arista Rat saya direalisasikan. ltulah janji Hot Wheels. Jika anda boleh memasang impian, anda juga mampu untuk menjelmakannya menjadi realiti. Semestinya saya akan menyertai pertandingan sebegini sekiranya saya seorang kanak-kanak. Saya gembira melihat Hot Wheels® bertindak proaktif dengan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyerlahkan kreativiti mereka," kongsi Shakhmatov. 

Pada acara Art of Speed 2018 Malaysia, Shakhmatov meluangkan sedikit masa bertemu sebahagian kanak-kanak, pengumpul koleksi dan peminat Hot Wheels. Beliau juga dilihat menandatangani autograf dan berbual-bual berkongsi minatnya terhadap kereta. Keterujaan beliau dapat disaksikan apabila beliau dikejutkan dengan hadiah berupa kolaj 50 penyertaan terbaik daripada pertandingan reka cipta tersebut. 



Bukan sahaja rekaan kereta yang memenangi pertandingan tersebut diumumkan, malah acara itu turut menyaksikan kemunculan kali pertama rekaan Car Culture 2019 yang ditunggu-tunggu. la merupakan hasil kerja Shakhmatov dengan kerjasama RWB Porsche. Perekanya bersama wakil RWB Porsche, Christian Coujin merasmikan rekaan baharu kolaboratif itu bagi menggandakan keterujaan pengunjung. Mereka turut menunjukkan buat kali pertamanya kepada umum model Ulang Tahun ke-50 Hot Wheels® RWB Porsche 911 bersaiz kereta sebenar. 

pandai anak-anak zaman sekarang ni ek, sambil belajar sambil reka kereta kan

Jenama tersebut turut menganjurkan pertandingan reka cipta dengan meminta pelajar berumur 9 hingga 12 tahun sekitar Lembah Klang menghantar idea reka cipta kereta Hot Wheels terbaik mereka. Ramai yang menyahut cabaran itu dan menonjolkan kreativiti masing-masing. Setiap penyertaan individu diadili Dmitriy Shakhmatov sendiri. Shakhmatov telah bersama dengan jenama tersebut bermula 2015 dan sejak itu berjaya merealisasikan impiannya. 

Sekiranya korang terlepas peluang untuk menyertai keseronokan ini, usah khuatir! Korang masih berpeluang untuk menunjukkan semangat mendepani cabaran pada Jelajah Kejohanan Hot Wheels® Asia Tenggara 2018! Hot Wheels® mengalu-alukan penyertaan berpasukan yang terdiri daripada ibu bersama seorang anak (berumur 5 hingga 12 tahun) bagi menguji ketepatan, kepantasan dan kreativiti. Jelajah ini akan ke 50 bandar-bandar sekitar Asia Tenggara. Hanya enam pasukan akan melangkah ke pusingan akhir yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada November 2018.
 
Tinggi benau Mr Dmitriy Shakhmatov sampai dia kena tunduk nak bergambar ek hhehehee

Selain itu, Hot Wheels® juga akan mengadakan larian santai "Made to Race" pada 12 Ogas 2018 di Kuala Lumpur. 

Pengumpul koleksi perlu memberikan perhatian bagi merebut Set Edisi Terhad sempena Ulang Tahun ke-50: 

  • Hot Wheels® 50th Black and Gold Collection 
  • Hot Wheels® 50th Originals Collection 
  • Hot Wheels® 50th Track Stars 5-car Pack 
  • Hot Wheels® 50th Anniversary Favourites 
  • Hot Wheels® 50th Zamac Flames Collection 
  • Hot Wheels® 50th Stars and Stripes Collection 
  • Hot Wheels® 50th Camaro Collection 
  • Hot Wheels® 50th Throwback Collection 
  • Hot Wheels® 50th Anniversary 10-car Pack 

Yang ni special nie..

pinjam marker pen ruby hah, nasib baik ek

nampak senyum lebarrrr

Yang best tuh, Mr Big hari tuh ada menang contest under ERAFm dan hadiahnya merupakan helmet Hot Wheels limited edition, so tanpa lepaskan peluang haruslah kita suruh Mr Dmitriy Shakhmatov sign pada helmet tuh hehehhe. Cari punya cari dapat gak jumpa dia then mintak dia sign, ermm haruslah indah tidur malam Mr Big ek hhuahauhauahua

Ada can nak jual helmet ni ek, huahauhua korang tengok lah laki ahkak ni lah ya ampun mata duitan sungguhlah..

cantiknya but Not For Sale plak

Untuk keterangan lanjut tentang Hot Wheels dan info berhubung sambutan Ulang Tahun ke-50, layari laman Facebook Hot Wheels atau laman web www.hotwheels.mattel.com
 

#ChaIlengeAcce pted 
#HotWheelsMY 
#HotWheelsSOthAnniversary














Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Monday, July 30, 2018

Manhattan Business Hotel TTDI, Selesa Dan Harganya Berpatutan Untuk Business Traveller

Hi Korang, 


Memang kak lily kalau pi event area-area Damasara tuh, ok je alah bukan jauh pun, travelling pun tak delah lama sangat kalau waktu off peak hour. Tapi bayangkan pepagi buta ada course kat area sana dan kena sampai sebelum 9 pagi 

Malasnya nak bangun pukul 4 pagi kan, then gerak kul 5 pagi semata-mata nak sampai area sana pukul 9 pagi, ermm baik cari hotel dekat-dekat situ then tidur semalam. 

Kebetulan pulak, kak lily ada course kat area Damansara Kim ni minggu lepas haruslah pucuk di cita ulam mendatang, merata jugak cari hotel yang dekat-dekat kawasan ni. Apalagi google punya google terjumpalah dengan ManhattanBusiness Hotel ni hah. 

Curlass nama ko ek hotel, Manhattan gituh. 

Ok book online sajor untuk secure bilik, kang walk in takut penuh pulak. 

Booking thru website hotel ni, ada diskaun 20% tau hehehehe jimat sket boleh makan sedap nanti.


Jadi dari site office kat Nilai tuh, kak lily terus je ke TTDI ni, eh of course baju dah bawak sesiap dalam kereta. Bila masuk area TTDI terus on Waze sekali nampak dah Manhattan Business Hotel ni, la rupanya sebelah Menara Glomac je hah dan dekat pulak dengan MRT TTDI. Kalau kak lily tau tadi baik nak MRT je senang tak yah nak drive boleh tidur dalam train ek hehehehe. 

So sampai-sampai je merapu jugak bila nak cari parking ni, tanya guard oh rupanya kena parking dalam Menara Glomac jugak, naik ke atas then jalan ke hotel ni. Senanglah secure parking. 

check in

Masuk-masuk je ke lobby nampak macam tak percaya, tengok lobby esklusif gituh tapi bila tengok harga bilik sangat berbeza ini namanya ekslusif tapi murah huahuahau. Ok bayar duit deposit RM100, sign registration form terus dapat kunci bilik. 


Manhattan Business Hotel ni di TTDI ni merupakan bangunan 6 tingkat dan setiapnya tingkat di namakan mengikut nama-nama tempat terkemuka di Manhattan seperti Fifth Avenue, Wall Street, Central Park, Times Square dan banyak lagi. Dan bilik kak lily di atas sekali di tingkat 6 iaitu di Wall Street. Ewah gaya-gaya macam broker saham pulak ek. 

Bilik kak lily nombor 602 

headboard kat belakang tuh view Manhattan wokeh

Simple just nice untuk business traveler macam kak lily ni sebab kita ni balik hotel nak tidur je, yelah seharian berseminar kan. Penat, masuk bilik tidur sangat. 

Walaupun simple je biliknya tapi segala amenities tetap di sediakan untuk keperluan pada tetamu. 

lengkap semua, berus gigi, sikat, shaver, shower cap dan memacam lah

haus-haus memalam boleh buat kopi atau teh

selipar pun hado

wei penting ni, nak keringkan rambut kan.


Nak tengok bilik air?

kak lily suka shower kepala besau ni

shampoo dan shower gel siap

sempat selfie walaupun tengah comot time tuh

Bilik air luas dan selesa. Yang penting kepala shower tu besar so boleh cover satu badan bila mandi heheheh itu pun nak citer ke.. 

empuknya wei bantalnya

Masuk je bilik, on semuanya then rehat dulu. Penat tuh drive dari Nilai ke TTDI hah merentasi 3 negeri hehehe itu yang sampai terlelap sekejap di buatnya. 

nampak MRT belakang hotel je hah

Malam tuh keluar makan dengan kengkawan kat sini, eh nasib baik ada MRT so naik je MRT ya udah settle masalah dapat lah merayau-rayau di Ikea E-Curve kan so tak yah nak bawak kereta. 


Banyak jugak tempat yang korang boleh pi naik MRT dari sini seperti :- 

· The Curve, Malaysia’s first lifestyle pedestrian shopping mall 
· eCurve 
· IKEA home furnishing store 
· IPC Shopping Centre 
· Tesco Extra Mutiara Damansara 
· Damansara Performing Arts Centre 
· PJ Trade Centre 
· One Utama 
· KL Sentral 


Alah janganlah korang bimbang pasal makan ni, di sebelah menyebelah hotel ni ada tempat makan jugak lah seperti Pedas-Pedas Café, Bijeox Café dan kalau korang rajin sket jalan boleh ke Ben’s Café alah semua tuh sebaris je. Kemudahan ATM seperti Maybank dan Bank Rakyat terletak di dalam Glo Damansara ni. 


Kalau malas nak lagi jalan jauh, singgah je 7-11 selang beberapa pintu dari Manhattan Business Hotel ni, settle!! Dapatkan je apa yang korang nak makan especially Maggie cup hehehhe 

rehatkan muka jugak, letih tuh 

selamat malam sayangku....

Ok tidur dulu lah, aduiyai empuk betul bantal dan katilnya ek

Yang penting Manhattan Business Hotel ni menyediakan sarapan pagi. 


Yesza, I liked it. 

Celik mata je kan fikir pasal makan. 

Masa check in tuh tanyalah receptionist kat mana tempat nak sarapan pagi yang senang esok harinya, tup-tup dia jawab eh jangan susah-susah miss hotel kami ada sediakan English breakfast untuk para tetamunya. 


So pagi tuh, pack barang untuk check out sekali sebab course mula pukul 9 pagi. Turun bawah then terus order breakfast. 


Ada 4 pilihan menu sarapan yang kak lily rasa kombinasinya enak dan lazat. Kalau ada jugak coffee dan tea serta roti bakar free flow, itu buat je sendiri ek hahaha 

Bagi kak lily harga yang ditawarkan memang amat-amat berbaloi bagi business traveler macam ahkak ni. Tak pening kepala nak bangun pagi-pagi untuk travel, mostly guest yang check in sama kak lily ni majoriti orang yang bekerja. Sarapan pakai suite bagai tau, kak lily pulak yang segan sebab pakai simple je 


Jika korang ingin membuat tempahan, kak lily cadangkan agar korang terus ke laman web mereka di www.manhattanbusinesshotel.com.my [klik sini], kerana korang mendapat diskaun antara 20% – 25% untuk bilik pilihan korang tuh. Tambahan pula, hotel ini mempunyai corporate rate untuk syarikat dan korang boleh hubungi mereka di talian +603-7732 2226 untuk bertanyakan tentang perkara ini, lagi banyak boleh jimat ni.

Dan kalau korang nak tau yang Manhattan Business Hotel TTDI ni telah memenangi anugerah 'Best Business Hotel' di Prestigious Developer Awards 2018 oleh Property Insight.


Ini dia alamatnya: 


Manhattan Business Hotel, TTDI 
Lot A-12-G, Block A, 
Glomac Damansara, 
No. 699, Jalan Damansara, 
Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia 

Telefon/Fax
+603-7732 2226 / +603-7733 2232





Untuk keterangan lanjut tentang Manhattan Business Hotel TTDI ini, korang boleh check it out info di social media mereka ni tau:- 

Laman Web

Facebook

Instagram


Saturday, July 28, 2018

Allianz Malaysia Memberi Kepercayaan Kepada 11street Untuk Menawarkan Perlindungan Yang Lebih Baik Kepada Rakyat Malaysia

Hi Korang,

Allianz Malaysia mengorak langkah baharu menerusi jalinan kerjasama dengan salah satu pasaran atas talian terkemuka di Malaysia, 11street. Usaha sama ini bertujuan untuk menyediakan ketenangan minda kepada rakyat negara ini menerusi penawaran perlindungan yang memenuhi segenap keperluan pengguna menerusi produk-produk insurans yang kini boleh didapati menerusi platform beli-belah atas talian berkenaan.

Henry Ho, General Manager of Business Development & Partnership of 11street dan Michael Fong, Head of Digital Partnerships and Innovation of Allianz


Allianz bersama 11street kini menjadikan langganan insurans lebih mudah dan lancar dengan menawarkan tiga produk komprehensif yang memenuhi keperluan pelanggan. Produk-produk ini termasuk; Personal Accident Insurance yang memberi persediaan terhadap perkara-perkara yang tidak dijangka pada setiap masa; Roadside Assistance Program yang menyediakan perlindungan komprehensif kepada pemandu apabila kereta mereka rosak dan Smart Home Cover yang memberi ketenangan minda kepada pelanggan apabila mengetahui bahawa kediaman yang dimiliki dilindungi.

Ketua Inovasi dan Usahasama Digital, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, Michael Fong berkata: “Ini merupakan langkah yang mengujakan dan proaktif bagi kami untuk bukan sahaja meningkatkan kesedaran umum berkenaan kepentingan perlindungan insurans tetapi ke arah menjadikan kaedah perlindungan penting ini lebih mudah diperoleh dan ditawarkan pada harga berpatutan bagi manfaat masyarakat umum. Dengan meneroka pendekatan baharu dalam menawarkan pelan insurans, kami berharap untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengambil langkah penting ke arah melindungi diri dan keluarga mereka, di samping mengurangkan jurang perlindungan dalam kalangan umum.”

Menurut Persatuan Insurans Hayat Malaysia, kadar penembusan insurans pada masa ini kekal sekitar 56% dengan hanya kira-kira 32% rakyat negara ini memiliki lebih daripada satu polisi.[1] Dengan sasaran Bank Negara Malaysia untuk mencapai kadar 75% penembusan insurans dan berpotensi melebihi 100% menjelang tahun 2020,[2] usaha sama antara Allianz dan 11street merupakan langkah penting dalam memastikan setiap rakyat Malaysia dilindungi.

Michael Fong, Head of Digital Partnerships and Innovation of Allianz and Henry Ho, General Manager of Business Development & Partnership of 11street 


Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan dan Usaha Sama 11street, Henry Ho berkata: “Ini pastinya satu pencapaian baharu bagi 11street. Kami merupakan sebuah platform holistik yang sentiasa menambah nilai dan memperkayakan kehidupan para pelanggan kami. Langganan perlindungan insurans merupakan satu kepentingan jangka panjang dan memandangkan golongan berusia 25 hingga 35 tahun merupakan kumpulan pelanggan terbesar 11street, kami bekerja rapat untuk menyediakan tiga produk yang secara khusus memenuhi keperluan pelanggan dewasa yang bekerja. Dengan semakin ramai bergantung kepada platform beli-belah atas talian untuk memenuhi keperluan kehidupan seharian mereka, kami merasakan usaha ini merupakan tambahan penting kepada kepelbagaian penawaran produk sedia ada di 11street.”

Allianz dan 11street menawarkan tiga produk berbeza yang akan menyediakan perlindungan untuk kediaman, kereta dan paling penting, diri dan keluarga anda. Di bawah produk Allianz Personal Accident Insurance, pelanggan layak menerima ganti rugi berganda apabila berlaku kematian atau keilatan kekal serta kemudahan tanpa tunai bagi kemasukan dan keluar daripada hospital. Pelan ini juga merangkumi liputan bagi perbelanjaan perubatan dan kes ragut.

Sementara Allianz Roadside Assistance Program menawarkan akses bantuan kereta dan perkhidmatan penundaan kereta pada jarak tanpa had 24 jam termasuk baik pulih kecil di tepi jalan serta pilihan meluas bengkel kereta panel yang disahkan bagi memastikan lokasi paling mudah bagi memenuhi keperluan baik pulih kereta pelanggan. Sebagai tambahan, individu yang mendapat liputan di bawah program ini juga diberi manfaat kereta ganti secara percuma bagi tempoh 5 hari.

Produk ketiga yang ditawarkan adalah Allianz Smart Home Cover yang membenarkan pelanggan menikmati penjimatan terhadap premium dengan penyediaan pakej khusus mengikut kehendak dan keperluan mereka. Pelanggan mempunyai pilihan untuk merangka pelan dengan memilih liputan bagi perkakasan di luar dan dalam kediaman mereka sahaja mahupun melanjutkan rangkuman perlindungan kepada pembaikan rumah, kesemuanya pada harga yang berpatutan!

Untuk melanggan sebarang produk insurans ini, layari Allianz Insurance Official Store di 11street. Seorang ejen khusus akan menghubungi pelanggan dalam tempoh 3 hari untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi terbitan polisi perlindungan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.11street.my.




[1] Menurut The Edge Markets ‘LIAM seeks govt support on insurance penetration’ pada 01 Julai 2018
[2] Menurut News Straits Times ‘BNM targets national insurance penetration rate to breach 75 pct by 2020’ pada 30 Oktober 2017


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

How about reading my story in English?

If you want to share your blog, story or media content in another language you may want to look into having it professionally translated.


One noticeable agency in IB Tower in KL is VEQTA, read more here: Translation in Malaysia 


Friday, July 27, 2018

Kaki Wayang Mesti Dapatkan Kad Kredit Wayang Paling Power Ni Tau

Hi Korang, 

Olla ada berita baik ni untuk korang tau...


Sekiranya korang suka menonton blockbusters terbaru di skrin besar lengkap dengan pengalaman bunyi surround yang mengasyikkan, ditambah dengan sebekas popcorn panas dan soda, maka Kad Kredit GSC Hong Leong Bank (HLB) yang dikemas kini dan Kad Kredit Mastercard HLB GSC yang baru dilancarkan, adalah satu kemestian untuk korang dapatkan. Penonton filem boleh menikmati lebih banyak filem, lebih banyak simpanan dan ganjaran dan faedah menarik lain di Golden Screen Cinemas (GSC), rantaian pawagam terbesar di Malaysia di seluruh negara. 


Dengan pengemaskinian baru kepada kad ini, korang iaitu para pelanggan akan menikmati potongan RM6/tiket setiap hari untuk semua dewan, termasuk Signature Halls dan potongan 30% untuk makanan ringan dan minuman apabila korang menempah dan membayar melalui laman web GSC dan aplikasi mudah alih GSC. 


Di samping lebih banyak pengurangan, pemegang kad juga boleh menikmati: 

  • Diskaun 20% untuk makanan dan minuman di outlet GSC. 
  • Dapat 3X Mata Ganjaran untuk perbelanjaan di luar negara, dalam talian dan apa sahaja perbelanjaan di GSC. 
  • Penebusan mata ganjaran untuk tiket-tiket filem 3D, 4DX, Tempat Duduk Berkembar, D-Box, MAXX, kerusi kulit premium dan makanan serta minuman di semua rantaian pawagam GSC cinemas, termasuk Signature Halls. 
  • Pemegang kad kredit Platinum dan Gold Principal akan menerima hadiah pengenalan (welcome gift) 10 tiket dan 5 tiket untuk kad-kad tersebut. 

Ini merupakan perkongsian baru dengan Mastercard bersama dengan pengemaskinian ciri dan faedah untuk pemegang kad HLB GSC. Pelancaran ini juga merupakan detik penting bagi Hong Leong Bank dan Golden Screen Cinemas, menandakan usahasama bagi tahun ke-9 sejak pengenalan kad yang sangat popular ini. Sejajar dengan semangat keusahawanan HLB, kad itu merupakan kad kredit berjenama yang pertama dengan rantaian pawagam di Malaysia apabila ia dilancarkan pada tahun 2009. 


“Kami sangat berpuas hati dengan perkongsian yang lama dan kukuh dengan GSC untuk memberi ganjaran kepada pelanggan yang dikongsi kami. Sejak pengenalan kad ini, ia masih menjadi salah satu nilai penawaran kad kredit terkemuka kepada pencinta filem. Kami teruja untuk menggabungkan kedua-dua Mastercard dan GSC untuk memperkenalkan kad yang memanjangkan manfaat gaya hidup ini untuk dinikmati para pemegang kad apabila mereka membeli tiket filem, makanan ringan dan minuman di platform digital GSC, sama ada dalam talian dan juga aplikasi. Kami yakin bahawa kad ini akan memenuhi permintaan pemegang kad sebagai the Ultimate Credit Card for Movie Lovers“, menurut En. Dominic Fuda, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB. 

Pn. Koh Mei Lee, Ketua Pegawai Eksekutif GSC berkata, “Sebagai rantaian pawagam terkemuka di negara ini, GSC sentiasa membuat pembaharuan untuk menyediakan dan memperkayakan pengalaman pawagam kepada pelanggan yang mana mereka dapat menikmati dengan keselesaan dan pada nilai terbaik. Selama hampir satu dekad, kami telah bekerjasama dengan Hong Leong Bank untuk memberi filem-filem Ultimate Movie Card, yang menawarkan faedah hebat apabila mereka datang untuk menonton filem dengan kami. Kami sangat bersemangat dan bangga dengan kerjasama ini dengan Mastercard yang dapat memberikan lebih banyak keistimewaan, ganjaran dan tawaran kepada pelanggan di pawagam kami. 

So korang yang kaki wayang tuh, apa tunggu lagi ek. Meh lah dapatkan segera..



Untuk maklumat lanjut tentang kad ini, anda boleh rujuk di www.hlb.com.my/GSC










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Thursday, July 26, 2018

Hi Tea Di Mamasan KLCC

Hi Korang, 

Lama betul tak pi hi tea ek, yelah semenjak dua menjak sibuk ni kan. 

Ntah apa yang disibukkan kak lily pun tak tau hauhauhauaha 

Menda ni memang tak plan, adhoc je. 

Petang isnin lepas, kawan kak lily ajak pi hi-tea kat KL ni so memang ada keja luar pun time tuh so kak lily set jelah. Tup-tup dia pilih dalam KLCC, mak oi ko memang tak agak-agak ni. Ermm pilah turutkan kehendak kengkawan kan. 

Kitaorang pun melepak di Mamasan Restaurant. 

akak lily assistant mamasan wokeh!!

Curlass nama kedai ko ek, mamasan dah macam taiko KLCC plak hehehehhe Mamasan betul-betul depan escalator tingkat 1, depan pintu yang keluar ke air pancut tuh. Cantik plak dekonya tapi tak delah beria sangat ambil gambar pun sebab ini bukan review hahahha.

not bad jugak latte kat mamasan ni, bolehlah sekali sekala tukar selera kan

Kenapa chillax petang?

Sebab lepas tuh boleh shopping kat sana, alah window shopping jelah, mana ada duit time tuh, belum gaji huahauahuahau 

Tengoklah menu hi tea yang kitaorang order.. 

penuh semeja hah dengan makanan

ni macam roti nan dengan kari masala, tapi ada cheese dalam roti tuh crispy. kuah karinya awesome

sotong goreng sunda, siap ada special sos tau. licin 3 pinggan

Hah pening ek sebab tak tau yang mana satu nak makan dulu, memang sedap-sedap belaka. By the way jangan tanya nama menu sebab kak lily langsung tak ambil note hahahha. 

In terms of harga, oklah harga KLCC la kan. Mana ada yang murah dah sekarang ni. Masuk toilet KLCC premier pun bayo RM2 tau.

Borak punya borak rupa-rupanya dah petang pun, dah jem dah dekat KLCC ni.


Nak balik cam no, so jejalan lah window shopping tengok handbag cantik kat dalam Isetan mall ni ek hauhauhauahuahau










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com