Hi Korang,
Sebenarnya gayahidup ataupun lifestyle seharian kita ni sangat-sangat mempengaruhi tahap kesihatan kita. Cara ni kita makan, cara kita beriadah, cara kita melepak ermm semua-semua ni lah. Bila makan tak ingat mulalah penyakit-penyakit datang, lebih-lebih kalau langsung tak bersenamlah cepatlah penyakit singgah kan.
Ni kak lily nak perkenalkan kepada korang ‘Water Of Magnesia’
Ianya merupakan supplemen kesihatan yang boled di amalkan setiap hari. Kalau korang nak tau magnesium merupakan salah satu mineral yang paling banyak dalam tubuh. 50% magnesium dalam badan terletak dalam tulang. Dan selebihnya terdapat pada organ dan sel-sel.
Magnesium sangat diperlukan oleh tubuh terutaman untuk tulang, saraf dan otot. Ia sangat penting untuk jaga sistem imun tubuh dan menjadikan tulang lebih kuat.
Antara fungsi magnesium adalah:
♣ Jaga otot dan saraf agar berfungsi dengan normal
♣ Menjaga rentak jantung
♣ Untuk sistem imun tubuh
♣ Mengatur kadar gula dalam darah
♣ Menjaga tenaga dan metabolisme
♣ Mengatur sintesis protein
Dari fb Dr Hafiz Sulaiman, beliau menyebut:
Begitu banyak sekali penyakit di zaman moden ini adalah disebabkan oleh tekanan dan stres yang menyebabkan kesakitan. Otot menjadi tegang, menguncup dan salur darah mengecut. Sel-sel akan kekurangan oksigen dan mungkin menyebabkan tisu kawasan itu mati dan sakit.
Semua disebabkan oleh stres dan penguncupan (contraction). Kejadian stres dan ketegangan ini mungkin disebabkan oleh kekurangan satu mineral utama yang tidak dapat badan kita hasilkan iaitu: Magnesium.
Selain sumber gizi yang kekurangan magnesium, kerosakan sistem pencernaan terutamanya kekurangan asid perut menyebabkan penyerapan magnesium berkurangan. Magnesium mempunyai lebih daripada 300 fungsi biokimia di dalam badan termasuk keseimbangan DNA dan RNA yang membentuk genetik yang sihat.
Kekurangan magnesium dikaitkan dengan banyak penyakit kronik. antara yang utama:
1. Melegakan Kesakitan
♣ Sakit kepala
♣ Sakit, kejang dan tegang otot.
♣ Fibromyalgia. (serba sakit sentiasa)
2. Melegakan Masalah Mental
♣ Kerisauan (anxiety)
♣ Tekanan perasaan (Depression)
♣ Susah tidur (Insomnia)
♣ Autism dan ADHD
♣ Restless leg syndrome
♣ Tic (muka berkedip secara tak sengaja)
3. Melegakan masalah lain
♣ Tekanan darah tinggi
♣ Kencing manis
♣ Osteoporosis (tulang rapuh)
♣ Ekzema, psoriasis
♣ Jerawat
♣ Asma
15 Kepentingan Magnesium Untuk Kesihatan
1. Mencegah dan melegakan tubuh dari serangan asthma
Magnesium sangat berguna untuk mencegah penyakit Asma, bahkan untuk orang yang telah terkena penyakit asthma yang cukup serius, dapat menormalkan kembali bernafas dengan bantuan zat / suplemen yang mengandungi magnesium.
Magnesium berfungsi untuk:
Memberikan kelonggaran kepada otot-otot bronkus dan menormalkan pernafasan
Mengurangkan pengecutan otot
Membantu mengurangkan pembengkakan dinding bahagian dalam saluran udara
2. Meningkatkan metabolisme tubuh
Zat Magnesium juga sangat berperanan dalam membantu sintesis protein, di mana ia boleh membantu tubuh untuk mengaktifkan enzim di dalam tubuh justeru meningkatkan proses metabolisme tubuh.
Magnesium juga dapat meningkatkan sistem imun tubuh, justeru dapat mencegah tubuh dari serangan pelbagai penyakit.
3. Menjaga kepadatan tulang
Dari aspek tulang, magnesium berperanan untuk
Menjaga kepadatan dan kesihatan tulang
Magnesium merupakan mineral penting sebagai penyusun tulang
Magnesium juga berperanan dalam menjaga kekuatan otot
Membantu mengatur kandungan kalsium, vitamin D, boron dan kuprum yang menjadikan kepadatan tulang terjaga setiap hari
Kewujudan magnesium mencukupi dalam tubuh membantu mencegah dan mengurangkan risiko osteoporosis.
4. Menjaga kesihatan jantung
Kegunaan lain yang sangat penting dari magnesium adalah menjaga kesihatan jantung, sehingga jantung dapat berfungsi dengan baik. Tubuh yang kekurangan magnesium berisiko terkena penyakit jantung.
Magnesium membantu agar denyutan jantung teratur
Membantu menenangkan saraf
Mencegah stress, gejolak emosi dan rasa cemas berlebihan
Dalam kajian menyebut pengambilan makanan yang mengandungi magnesium dapat membantu mengurangkan risiko kardiovaskular, tekanan darah tinggi, sindrom metabolik serta masalah jantung.
5. Mengendalikan tekanan darah
Magnesium juga berperanan dalam mengawal tekanan darah, mengelakkan tubuh terkena tekanan darah tinggi atau hipertensi. Umumnya pesakit darah tinggi mengalami kekurangan magnesium di dalam tubuh.
Magnesium membantu mengawal tekanan darah dimana magnesium berfungsi melebarkan otot polos, membantu menjaga pembuluh darah agar tetap lembut dan lentur, menjaga kualiti tidur – di mana kualiti tidur memberikan pengaruh besar terhadap risiko tekanan darah tinggi dan pelbagai lagi kesihatan keseluruhan.
6. Mengurangkan risiko diabetes jenis 2
Menurut sebuah kajian, magnesium mempunyai peranan penting dalam mengurangkan risiko diabetes jenis 2, kerana magnesium dapat mempertahankan homeostasis glukosa dan mengatur rembesan dan sensitiviti insulin.
Dari segi diabetes jenis 2, magnesium dapat membantu meningkatkan reaksi insulin untuk mengekalkan tahap gula dalam darah
7. Mencegah sembelit
Salah satu cara efektif untuk mengelakkan sembelit adalah dengan pengambilan magnesium yang mencukupi.
Fungsi magnesium dalam hal ini adalah:
Mengaktifkan otot-otot usus sehingga dapat membantu pergerakan usus
Menarik air yang digunakan untuk melembutkan najis sehingga pembuangan lancar
8. Magnesium penting bagi Ibu mengandung
Magnesium adalah salah satu elemen penting semasa mengandung. Pengambilan suplemen magnesium yang sesuai sangat digalakkan untuk mengurangkan risiko osteoporosis dan menjaga kestabilan tekanan darah.
Peranan magnesium untuk ibu mengandung adalah;
Mencegah kekejangan dan cramp
Mencegah pre eklampsia dan darah tinggi
Membantu memelihara kekuatan tulang ibu dan bayi
Menjaga tahap insulin dan gula dalam darah
Membantu enzim untuk fungsi sistem tubuh
Mencegah sembelit pada ibu mengandung
Mencegah denyutan jantung tidak teratur
Menjaga kadar kolesterol
Banyak kan?
Ada peranan lain lagi kepada ibu mengandung di mana magnesium membantu mempermudahkan proses bersalin iaitu semasa contraction yang mana berlaku pengecutan otot.
9. Melegakan ketegangan otot dan stress
Magnesium berperanan untuk melegakan sakit-sakit punggung, meredakan stress dan ketegangan pada otot. Ini kerana magnesium membantu dalam penyerapan kalsium dan bermanfaat dalam proses penyembuhan tulang. Gejala kejang kaki dan keletihan biasanya disebabkan oleh kekurangan magnesium.
Untuk mengatasi sakit otot, elok tambah makanan dengan vitamin D kerana ia sering dikaitkan dengan kekurangan vitamin D.
10. Mencegah serangan jantung
Pesakit jantung umumnya kekurangan magnesium dan ini memberikan kesan buruk kepada jantung. Peranan magnesium kepada jantung adalah
Melindungi jantung daripada masalah denyutan jantung tidak teratur
Menenangkan saraf dan mencegah muntah, cramp, gangguan pencernaan, perut kembung dan sembelit
Menurunkan risiko pembekuan atau penggumpalan darah
11. Mengatasi stres, kemurungan dan gangguan kejiwaan
Magnesium boleh bertindak sebagai ubat antidepresan iaitu dapat mengurangkan gejala kemurungan. Dalam satu kajian mendapati, kekurangan magnesium menyebabkan timbulnya risiko kemurungan yang cukup tinggi. Dalam hal ini magnesium bertindak untuk meningkatkan kadar serotonin (hormon gembira).
12. Menghasilkan kolagen
Magnesium membantu pengeluaran protein di dalam tubuh, yang secara perlahan nantinya berubah menjadi kolagen. Kolagen secara umumnya terdapat pada kornea, tendon, ligamen, kulit, tulang, usus, tulang rawan dan pembuluh darah. Kolagen mempunyai kandungan serat yang sangat bermanfaat untuk menjaga kekuatan dan struktur otot.
Kolagen juga mempunyai fungsi untuk membentuk dinding pembuluh darah, arteri dan kapilari, sehingga memberikan kekuatan pada dinding darah. Manfaat lain iaitu menjaga kekuatan tulang dan gigi.
Berdasarkan dari sebuah kajian FDA (Food And Drug Administration) mengatakan bahawa kolagen berperanan dalam proses regenerasi tulang rawan. Manfaat kolagen selajutnya iaitu menjaga kesihatan rambut dan kuku. Kolagen merangsang pertumbuhan rambut dan menguatkan kuku.
13. Menyerap mineral
Magnesium mempunyai peranan dalam membantu menyerap vitamin dan mineral penting di dalam tubuh, seperti natrium, kalsium, kalium dan fosfor. Penyerapan mineral terjadi semasa di dalam usus kecil. Kehadiran magnesium yang cukup di dalam tubuh, membantu dalam proses men-detoksifikasi banyak racun berbahaya di dalam tubuh, untuk dibuang keluar.
14. Kawalan fungsi pundi kencing
Banyak wanita yang mengalami masalah sering ingin buang air kecil, kemudian masalahnya dapat diselesaikan dengan bantuan pengambilan makanan tambahan magnesium. Masalah buang air kecil (kencing) ini boleh muncul dari beberapa punca, seperti masalah nefritis, jangkitan dan lain-lain.
Dengan pengambilan magnesium yang mencukupi badan dapat mencegah dari pundi kencing ini. Jangkitan saluran kencing biasanya bermula dari uretra dan pundi kencing, dan berkembang ke ureter dan buah pinggang apabila tidak dirawat.
15. Mengaktifkan enzim
Magnesium berperanan dalam membantu meningkatkan pengeluaran tenaga dalam tubuh, serta pengaktifan enzim untuk menghasilkan sel tenaga di dalam tubuh. Tanpa magnesium, tubuh korang tidak boleh dengan baik untuk mencerna makanan. Tubuh memerlukan magnesium untuk membantu proses pencernaan makanan, membantu mengatur tembaga, kalium, zink, vitamin D dan kadar kalsium, dan mengaktifkan enzim yang diperlukan tubuh. Magnesium sangat penting untuk sintesis enzim protein dan membantu menjadi pemangkin reaksi kimia dalam tubuh, seperti mengatur suhu tubuh.
Magnesium bekerja untuk menghasilkan dan menyimpan tenaga. Tanpa magnesium, tidak ada tenaga atau gerakan di dalam tubuh, yang bermakna tidak ada kehidupan.
KESAN SERTA MERTA
1. Palpitation
2. Darah tinggi
3. Sakit gigi
4. Jerawat yang baru nak naik
5. Cepat tidor
KESAN KE ESOKKAN HARI
DETOX BERLAKU UNTUK NEXT DAY
1. kerap buang air besar
2. Kerapa buang air kecil
3. Kepala akan mengalami sakit kepala yang sangat ringan
SESUAI DI GUNAKAN
1. Untuk semua orang termasuk bayi seusia 2 bulan
2. Binatang kesayangan
3. Tanaman
*AMARAN*
1) TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SAMA SEKALI KETIKA BADAN ANDA LETIH DAN SEDANG MEMANDU INI AKAN MENYEBABKAN ANDA TERTIDUR
Kerana Fungsi magnesia ketika badan ok dia kan memberi tenaga dan ketika badan letih dia akan merelak kan urat saraf
2 ) Jangan di letak kan di dalam mata menyebabkan mata pedih
CARA MENGGUNAKAN
1) untuk permulaan 5 titik selepas bangun dan sebelum tidor
2) sapu di tempat yang rasa sakit (contoh darah tinggi tiba2 naik sila sapukan di dada dan minum )
3) Tidak boleh di masuk kan di dalam air yang mengandungi cafein
4) boleh di letak kan dalam makanan
Kak lily pun dah amalkan titikan air ’Water Of Magnesia‘ ni so far alhamdulullah memberi rangsangan pada badan kak lily, tapi tak delah kesan yang negatif ek semua positif.
Nak bagitau korang gak ni yang ’Water Of Magnesia‘ telah mendapat sijil KKM dan berstatus HALAL dan juga mempunyai sijil GMP dan MESTI kerana ianya menggunakan bahan berunsurkan semulajadi dan tiada bahan kimia.
Untuk info lanjut, korang boleh dapatkannya di :
Website :
Meh LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :-
Facebook:
Instagram:
22 comments :
Macam product ni best! need to learn more about this d
Magnesium memang banyak manfaat kepada kesihatan kita. Tu sebab Rawlins minum Garam Buluh gak. Hehe
Magnesium memang banyak memberikan manfaat pada kesihatan kita. Itu sebabnya Rawlins minum Garam Buluh yang membekalkan magnesium kepada badan.
Kartun yang no 7 tu memang kita selalu kena cramp kaki bila menggiliat nak bangun pagi. rasa nak cuba minuman ni tengok macam bagus juga ni...
Bagus kegunaan water of magnesia ni baru pertama kali nampak, banyak fungsi merawat penyakit.. Boleh dicuba nanti.. Terima kasih kongsikannya yea
This is my first time reading about the advantages of magnesia. The illustrations make it so much easier to understand. Now is a good time to explore it and how I can benefit from it.
Bagusnya water of magnesia ni.first time sy dengar tapi banyak kelebihan menggunakan produk nih.kalau dah bagus untuk kesihatan kena dapatkan satu
aku perlukan benda ni sekarang sebab stress hahahah..sebab ianya mampu melegakan dan mengurangkan rasa stress jadi memang satu keperluan kepada rata2 masyarakat hari ni..lagi satu untuk laki aku juga sebab dia selalu ken acramp kaki hehehe
Panjangnya, hehe. Info yg sangat berguna. Benda2 macam ni kadang2 ramai yg tak tahu kerana kurangnya pembacaan berkaitan isu kesihatan ni. Dah sakit baru kalut nak cari ubatnya. Btw water of magnesia ni produk tempatan ke?
Betul, magnesium mmg salah satu sumber yg penting unt badan kita. Qeela pon follow Dr Hafiz tu, dan banyak juga baca pasal magnesium, food etc ni. Pernah tengok yg jenis mcm serbuk tu je as supplement tambahan, ni first time tgk jenis liquid mcm ni. Nanti nk tgk lah more details of this product. Nice sharing 👍🏿😊
Banyaknya kegunaan produk ni. Cuma jangan digunakan kalau badan letih je la kan?. Best sebab kegunaannya banyak. Kena ada 1 ni buat simpanan.
Macam menarik la..i selalu migraine tiap kali piyed...boleh amik x agaknya.. magnesium mmg penting utk badan
Baru pertama kali tau pasal water of magnesia ni..menarik sungguh dan byk kegunaan dia..good sharing
Cik Lily kita pun guna minuman ni hehehe hari tu pertama kali minum tak rasa apa macam biasa tapi memang malam tu tidur lena sangat nasib tak terlajak sahur hehehehe best produk ni..
Ternyata magnesium.itu penting bangat ya untuk tubuh. Kayaknya aku butuh nih secara tulang tulang aku akhir akhir ini sering pegel pegel. Itu bisa gk ya buatku. Oh ya jualnya benas kah produk ini?
Pertama kali tahu pasal produk nih kak.bila baca kelebihan produk nih bagus ya untuk kesihatan kita.kena grab satu ni untuk diri sendiri dan keluarga
Wahhhh banyak sungguh kegunaan air magnesia nie. Dan cara nak apply pon mudah. Just titiskan dalam air biasa. Yg paling penting dpt melegakan stress. Itu yg penting. Oky nak pi cari n order
First time ada kaedah merawat dengar air yang macam ni. Boleh bagi parent try nanti , sebab air ni mostly lebih menyembuhkan penyakit-penyak orang yang dah berusia.. Tapi tak bermakna orang muda tak perlu try kan? Insyallah nanti kalau rasa nak beli, nnt uzu rujuk entry ni semula...
Water of magnesia? I have never heard of this before? Sounds very interesting. Is it very effective for people who suffer from migraine?
this seems a must to have as i could see a lot positive review here and best part is it can helps many symptoms that gonna bring sickness...
good info kak. rupanya banyak juga kebaikan magnesium ni ya untuk kesihatan kita. menarik betul produk ni
I always feel my body need more magnesium, I always suffer constipation though! This product looks effective and easy to consumer too.
Post a Comment