Hi Korang,
Memang banyak restoran di TTDI ni kan tapi yang sediakan tempat untuk adakan party, event memang payah nak cari ek, tambah pulak nak sediakan buffet Ramadhan dengan harga yang murah ermm lagi la kan..
So kak lily di perkenalkan dengan Restoran On The Table yang terletak di Plaza TTDI ni.
Kalau korang perasan bangunan ni nampak macam office building tapi sebenarnya ada macam-macam kat situ. Selain ada supermarket, klinik, terdapat juga beberapa kedai makan termasuklah Restoran On The Table ni.
Restoran On The Table TTDI ni beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 11.00 pagi hingga 4.00 petang, menyajikan bufet nasi campur masakan melayu asli, kira macam kalau time makan tengahari tuh memang penuhlah.
Pada hari Sabtu dan Ahad akan dibuka sewaan untuk mengadakan majlis (lokasi + makanan) seperti majlis harijadi, pelancaran produk, majlis reunion dan lain-lain lagi.Restoran ini boleh menampung seramai 40 orang dalam satu-satu masa. Kira macam korang ada budget macam mana pun, diaorang akan cater mengikut budget yang korang berikan. Contoh macam untuk budget RM1,000 dah boleh dijalankan majlis untuk 3 jam bagi kak lily sangat-sangat berpatutan dan menjimatkan.
Buffet Ramadhan 2018 | Restoran On The Table TTDI
Ni kak lily nak bagitau ni pada bulan puasa akan datang nanti ni, Restoran On The Table TTDI akan beroperasi pada belah petang hingga ke malam dan sudah semestinya bakal menghidangkan buffet ramadhan sajian masakan Melayu asli yang kak lily unik sekali.
Hidangan utama terdapat beberapa menu yang bakal mengelodak selera korang seperti Sambal Udang Petai, Kari Kambing, Daging Dendeng, Ayam Goreng, Tahu Goreng Campur, Sup Ayam Berempah, Sayur Campur, Nasi Arab, Nasi Putih dan beberapa lagi hidangan.
Ye kak lily tunjuklah menu makanan ni
Kalau korang nak tau ada 2 hidangan yang di sediakan secara panas-panas iaitu:-
Ye kak lily tunjuklah menu makanan ni
Hidangan utama plak hah
sup ayam berempah
Kalau korang nak tau ada 2 hidangan yang di sediakan secara panas-panas iaitu:-
Patin Tempoyak pun ada dan disajikan dalam mangkuk claypot. Ini disajikan berasingan dari bufet untuk mengekalkan kepanasan lauk tersebut. Makan Patin Tempoyak kena la panas-panas baru sedap. Bagitau je bahagian mana yang korang inginkan bahagian kepala, badan atau ekor dan mereka akan sajikan. Ini semua termasuk dalam harga yang disebut di atas tadi.
Char Kueh Teow penuh dengan udang dan kerang, pun dihidangkan panas-panas. Kiranya bila nak makan baru di order so sedaplah ek.
Di antara hidangan pemanis mulut pula adalah Kuih Sagu, Agar-Agar, Puding, Kuih Bakar, Karipap, Bubur Kacang, Brownies dan Payasam.Tapi bukanlah hari-hari sama ye, ianya akan di tukar secara bergilir-gilir.
Untuk buffet ramadhan ni, ianya bermula dari 20hb Mei 2018 – 11hb Jun 2018 dari 6.30petang hingga 10.00 malam.
Harga buffet ramadhan 2018 ni adalah
EARLY BIRD
RM33.90nett (dewasa), bila korang membuat tempahana sebelum 15th April 2018.
RM35.90 nett (Dewasa) – jika tempahan dibuat antara 16 April – 5 Mei 2018
RM37.90 nett (Dewasa) – jika tempahan dibuat antara 6 – 10 Mei 2018
Harga Walk In pula adalah :
RM39.90 net (Dewasa),
RM25.00 net (Warga Emas 60 tahun ke atas)
RM25.00 net (Kanak-kanak 8 – 12 tahun)…bawah 7 tahun makan percuma.
Info mengenai tempahan:
*Nombor tempahan akan diberikan.
*50% bayaran pendahuluan diperlukan pada 1 Mei 2018.
Untuk tempahan Buffet Ramadhan 2018 di Restoran On The Table TTDI boleh hubungi
Jay = 011-26532128
Taufiq = 019-3852148
Berbaloi kan RM39.90 untuk hidangan melayu aunthentic cam ni ek
Jom kita ke :-
On The Table TTDI
B1-01-03,
Plaza TTDI,
Jalan Wan Kadir 3,
60000 Kuala Lumpur
Mari LIKE and FOLLOW di sosial media ek:
Instagram:
Info sampingan lainnya:
Ruang makan yang luas dan selesa.
Parking di luar bangunan pun boleh jugak kalau di dalam penuh.
Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan review tahun 2018, peta destinasi, koordinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2018 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.
No comments :
Post a Comment