Hi Korang,
Sampai ke Bandar Mahkota Cheras, kak lily korang ni pi mencari makan ek!!
Bukanlah kat Bangi tuh tak de tempat makan sedap tapi sekali sekala kenalah keluar dari area sket mencuba menu-menu makanan di tempat lain pulak so barulah datangnya kepelbagaian di situ hehehe ewah cakap macam YB sesangat dah kan..
Atas recomendation kengkawan, kak lily menjejakkan kaki ke BLUE Cafe di Bandar Mahkota Cheras ni ek. Kalau korang nak tau, sebelum Blue Cafe ini wujud cafe ni memang dah ada lama tau dekat sini dan cafe yang lama adalah Grey N Blue Cafe. Kemudian pemilik cafe ini telah rebranding semula dan mengubahsuai sedikit kemudian wujudlah Blue Cafe.
Dari jauh dah nampak dah Blue Cafe ni ek.
Pelbagai jenis pilihan menu yang membuatkan korang terkebil-kebil mata nak memilih masa satu yang korang nak makan, western food ada, fusion food ada, italian food dan macam-macam lagi tak ketinggalan juga vegetarian food ada juga di hidangkan.
ruang bersila, untuk mereka yang suka makan kat bawah
hah nak meeting-meeting boleh duduk kat sini
kemain besau kerusinye ek
Yang best tuh, cafe ini menyediakan pelbagai jenis ruang untuk korang makan di sini. Boleh makan di ruangan terbuka mahupun di tingkat atas bagi ruangan bersila eh ada juga ruangan untuk mengadakan ‘private function’ gak ye..
Ok kak lily pernahkan korang kepada beberapa jenis hidangan minuman yang bakal membuatkan tekak korang haus dan nak minum ek hehehhe
Di antaranya adalah :
Sirap Bandung, Ice Lemon Tea, Iced Caramel Latte, Peach Mojito, Ribena Lemon, Blue Lagoon, Strawberry Soda, Rosy Special, Strawberry Latte, Rosy Latte dan banyak lagi.
Banyak betul nak di minumnya ermm semua sedap-sedap belaka.
Itu baru minuman belum menu makanan lagi kan
Yelah kak lily tunjuklah
Appetizer
Rendang Chicken Pizza RM18.90
Smoked Duck Pizza RM18.90
Uniknya kedua-dua pizza ni adalah mempunyai perisa tempatan, rendang sinonim dengan orang melayu dan smoked duck dengan orang cina. Dohnya crunchy dan ranggup, seharusnya di makan panas-panas
Main Course
Seafood Platter RM36.90
Mixed Grilled Platter RM36.90
Sesuai di makan secara berjemaah kerana portionnya yang besar, gabungan yang menarik dan sedap di makan bersama. Kalau makan sorang mesti tak habis punya.
Grilled Chicken Chop RM13.90
Lamb Shoulder RM18.90
Spaghetti Vongole RM18.90
Cheese Chicken Chop RM17.90
Oblong Beef Burger RM14.90
Pemanis Mulut
Tiramisu RM10.80
Brownies RM9.80
Kedua-dua pemanis mulut ni memang sesuai di nikmati selepas makan, tidak berapa manis. Kombinasi yang menarik bila di makan bersama.
What do you think about the price?
Ermm tak delah mahal mana pun kan, memang average dan berpatutan dengan saiz makanan yang di hidangkan. Lagipun bila ada menu makanan barat ni, bahan-bahannya mahal la sket kan, macam keju, rempah ratus dan memacam lagi.
Jom kita ke:
BlueCafe
No. 7, 7-1, 7-2,
Jalan Temenggung 25/ 9,
Bandar Mahkota Cheras, Seksyen 9,
43200 Cheras, Selangor.
Tel : 03-9011 3891
Operation Hour :
Monday : Closed
Tuesday - Sunday : 11 a.m - 12 a.m
Friday - Saturday : 11 a.m - 1 a.m
Untuk info lanjut boleh check it out di social media BLUE CAFE ni,
Facebook :
Instagram :
1 comment :
Sedapnya, boleh lah cuba nanti nie..
Post a Comment