Hi Korang,
Lip balm memang sangat penting bagi kak lily, yelah kita nak duduk di dalam aircon sepanjang hari. Posibility untuk kulit kering tuh memang ada ek, inikan pulak bibir lagilah mongering yang amat huahauhau
Memperkenalkan LANA SOFT lipbalm keluaran terbaru daripada Mentholatum yang menawarkan korang pengalaman yang unik dengan formula baru menggunakan Lanolin Gred Farmaseutikal Premium dan Ekstrak Essence yang didapatkan oleh teknologi canggih dari Jepun.
Edisi terbaru ini, bukan hanya melembapkan bibir tetapi juga membantu mengekalkan bibir yang lembut dimana Mentholatum mempunyai balsam bibir untuk setiap keperluan korang sama ada untuk bibir kering dan menggelupas, kusam, sensitif atau penampilan yang kurang sempurna.
Lanolin adalah agen pelembap yang popular di dalam penjagaan kulit, penjagaan rambut dan terutamanya dalam produk balsam bibir. Ia berasal semula jadi daripada bulu kambing biri-biri yang sangat emolien dan berfungsi sebagai pelembap berkesan. Tekstur seperti lilin membolehkan aplikasi mudah dengan hanya meluncur apabila dioles. Lanolin mengunci lembapan secara semula jadi dan menghalangnya daripada kekeringan. Ia juga menyerap kelembapan daripada udara, dengan itu ia melembapkan bibir sambil meremajakannya.
Selain Lanolin, Lano Soft juga mengandungi bahan lembapan yang hebat seperti Minyak Jojoba, Minyak Argan, Minyak Biji Bunga Matahari dan Ekstrak Daun Rosemary yang melembap secara mendalam serta memperbaiki penampilan garis halus.
Dengan Lano Soft, korang boleh menikmati seperti berikut:
Lembut dan Membelai
Bukan sahaja Lano Soft berasa lembut pada kulit anda, ia juga membantu bibir anda kekal lembut dan lembap. Ia bebas daripada pewangi dan pewarna tiruan dan juga ringan dengan kerengsaan rendah.
Lembapan
Selain Lanolin, ia juga mengandungi bahan lembapan yang hebat seperti Minyak Jojoba, Minyak Argan, Minyak Biji Bunga Matahari dan Ekstrak Daun Rosemary yang melembap secara mendalam serta memperbaiki penampilan garis halus.
Perlindungan Tinggi
Tidak kira apa keadaan cuaca, bibir anda dilindungi dengan Lano Soft. Lanolin mengandungi kolesterol yang sangat penting berfungsi sebagai penghalang kulit. Ia membentuk halangan pelindung pada bibir untuk menyuburkan dan melindungi daripada keadaan cuaca kering, sejuk dan kasar.
Lano Soft Lipbalm ini dijual pada harga RM19.50 dan boleh didapati di semua farmasi dan pasar raya utama.
Meh layari www.mentholathum.com.my untuk info lanjut
No comments :
Post a Comment